nuff

Sunday, January 11, 2015

Masihkah Milik Aku?

Kayu tebal tiga inci lebar 3 kaki dan panjang 4 kaki dipotong oleh Mamat Jawa dari batang balak jenis keladan.
Papan lebar itu disimpan dalam kebun. Susun bersama kayu lain ditempat yang tinggi juga.
Tidak disangka hujung Disember 2014 yang lalu air sungai Pahang naik dengan cepat hingga mencecah timbunan kayu. Tidak disangka keesokan hari air naik lagi hingga menghanyutkan papan lebar dan kayu yang lain juga. Saya sungguh sayang kepada kayu lebar itu kerana saya cadang hendak buat meja antik.
Satu hari sewaktu banjir sudah sampai ke puncaknya, saya pergi ke kebun bersama Jama menaiki bot. Saya merayau di dalam kebun sawit sebelah. Tiba-tiba ternampak kayu lebar tersangkut pada pokok kelapa sawit.

Petang kelmaring saya masuk kebun kelapa sawit sepupu saya. Saya pergi ke lokasi papan yang tersangkut itu. Huh kecewa kerana papan itu tidak kelihatan. Hanyutkah dia? Dicuri orang? Tidak mungkin kerana papan itu hanya boleh diusung empat orang.

Hari ini, 11 Januari 2015 saya merayau lagi dalam kebun sawit sepu saya. Puas juga merayau dalam kebun yang luas ini. Tiba-tiba saya nampak kawan himpunan kayu dan sampah terdampar. Hah... terus nampak si lebar itu. Kau terdampar di sini rupanya. Nasib baik kau tidak hanyut menghala ke sungai Pahang. Kalau tidak tentu kau dihempas ombak laut. Hah masih ada rezeki aku rupanya. Aku perlu ajak lima orang lagi untuk mengusung masuk ke HILUX.



Hari ini Sabtu 17/1 aku pergi menjenguk kau dalam timbunan kayu dan reba. Masih ada kau di situ. 


24 Januari 2015.
Aku berjanji mahu menyelamatkan  kau. Hajatnya mahu mengusung kamu masuk ke belakang hilucx. Mesti ada enam orang baru tersngkat. Tetapi kami ada empat orang sahaja. Kami angkat satu sisi dan lepaskan kau supaya terbalik ke hadapan. Huh itupun rasa nak putus urat perut.

Nasib baik jumpa Atan dan kawannya sedang menebas kebunnya. Terus saya panggil mereka membantu saya. Akhirnya kami berjaya menyandarkan kau pada pokok kdlapa sawit di tepi jalan. Minggu depan aku akan gagahi membawa kau pulang ke kebunku. Minggu hadapan aku akan bawa kau pulang menggunakan khidmat JCB.

"Wahai sang kayu, kau berehatlah sambil bersandar pada pokok kelapa sawit ini. Aku akan bawa kau pulang minggu hadapan."

1 Februari 2015.... Aku berjaya membawa kau pulang. Aku harap kau lebih selamat  berada di dalam kebun ini.

Tutup rapat di bawah atap.


22 Februari 2015. Kami berenam mengusung kau. Shahmi, Topek, Zali, Amat, Arifin dan aku berpadu tenaga. Kau semakin menghampiri pondok ini tetapi kau belum boleh masuk ke pondok ini. Aku mula melicinkan muka mu.

Kerja mengetam sudah bermula. Tidak sukar melakukannya kerana kayu ini telah kering sepenuhnya. 

27/2/2015. Hari ini muka kau berjaya dilicinkan. Tetapi masih asa tompok-tompok yang lekok. Aku gunakan permukaan sebagai tempat latihan belajar mengetam papan menggunakan ketam elektrik. Aku nsmpak Arifin cepat pandai.


Kaki meja dari keratan batang pokok dibelah empat.

Ini adalah hasil seni Jali. Jali memang handal membelah kayu menggunakan cainsaw.

Menyediakan tapak meja antik. Empat tapak digali lepas itu isi bancuhan simen. Tengah2 letak umbi pisang. Biarkan simen keras selama seminggu. Seterusnya pasang tiang. Pastikan tegak 90 darjah dan puncak tiang sama aras. Gunakan penimbang air.

Telah berjaya meletakkan kepingan papan lebar atas empat kaki. Namun begitu kemasan akhir belum siap lagi. Permukaannya perlu diketam lagi hingga licin. Birainya perlu dibasuh gunakan berus. Bila kering gosok kertas pasir dan seterusnya sapu varnish. Pangkal tiangnya perlu jirus racun anai-anai. Tiang perlu dibasuh dan gosok dengan berus. Bila kering sapu dgn varnish.
Fasa berikut ialah fasa kekemasan. Akan diletakkan empat buah bangku kayu dan permukaan lantai yang kemas dan menarik. 
Permukaan bawah meja perlu isi batu kasar. Buang keluar permukaan tanah setebal tiga inci kemudian tabur batu.

Mahu dicantikkan lagi, melicinkan permukaan.

Seterusnya dilicinkan lagi gunakan kertas pasir.

2 comments:

Nor Hanis said...

Alhamdulillah. Masih rezeki ayah...

Yahya Zainal Abidin said...

Tetapi ayah ada sedikit kebimbangan sebab dia masih berada di luar kawalan. Bimbang dipijak oleh kerbsu. Ayah nak buat kerahan tenaga sabtu depan. Kak Teh bolehlah ambil bahagian.

Post a Comment