nuff

Sunday, July 10, 2016

Buah Durian Belanda Masak Di pokok

Saya baru sedar bahawa dua biji buah db sudah terlalu masak, sudah lembek tetapi masih belum jatuh. Saya terus petik. Buah yang terlajak masak tidak boleh dimakan kerana isinya menyek dan berair. Saya belah dan periksa isinya. Didapati masih putih dan tiada buruk sedikit pun.
Saya periksa bininya, hitam dan gebu. Menandakan biji yang cukup matang. Biji beginilah yang elok disemai.

Isinya putih bersih tetapi sangat lekit menandakan sangat masak.




Thursday, July 7, 2016

Kebun Kg Lompat Julai 2016

Syukur alhamdulillah usaha dua tahun setengah sudah mula berhasil. Hari ini 2/7/16. Petik 32kg terus diborong pada hari yang sama.

Hasil kali pertama.

Mengapa buah menjadi ketot?
1. Kurang air
2. Kurang baja yang sesuai.

Mengapa buah menjadi tempat semut berhimpun?
Mengapa buah ada yang buruk?


Hari ini 9/7/16, saya berjaya memetik lagi.
Hasil kali kedua.

Buah yang ketot biasanya kurang mendapat sambutan pembeli. Saya ambil langkah memetiknya sewaktu berusia 10 minggu, tidak perlu tunggu masak. Saya kupas, wah isinya putih mengkal. Bijinya sudah hitam.


Saya hiris isi nipis 2cm. Lepas itu saya celup dalam tepung. Seterusnya goreng. Jadi seperti pisang goreng. Bila masuk dalam mulut terasa sangat enak. Manis ada, lemak ada. Semua ahli keluarga saya kata enak.

Ada potensi untuk memasarkan isi buah durian belanda yang dikupas. Namun begitu saya perlu banyakkan promosi.

Target bulan Julai 2016
1. Siap pasang pagar tanah 4.5 ekar
2. Pasang wayer ke kebun belakang
3. Gali perigi.
4. Pasang pam sedut air.
5. Pelau 4 ekar.
6. Tanam 100 pokok db di kebun depan. Telah tanam 20 pokok.
7. Semai 600 benih betik. Telah beri benih.
8. Beri benih db kira2 100 ulas untuk disemai. Telah semai.
9. Beri baja kepada pokok db yang berbuah. Siap tabur.

Banyak pokok yang begini, semak di pangkal pokok. Banyak memakan baja. Saya beritahu Bakti pada 13/7/16 melalui telefon agar menghapuskan semua semak di pangkal pokok. Kebanyakan semak pangkal pokok telah dibersihkan.

14/7/16, waktu senja sempat menanam 12 pokok Air Mata Pengantin. Kami siapkan dalam masa 10 minit sahaja. Pokok ini perlu disiram kerana masih kecil. Telah hubungi Bakti untuk tugas menyiram. Mahu tanam 20 pokok lagi sabtu ini di tiga kawasan lain.


Pokok IMP ini hidup subur. Satu pemandangan yang cantik di tepi jalan Lepar Utara. Menjadi kesukaan lebah dan kelulut hinggap menyedut madu. Saya mahu pemandangan begini di kebun saya.

16/7/16. Berjaya tanam 21 anak pokok AMP. Mahu tanam 40 pokok AMP di dua kawasan baru.

Buah yang baru dipetik hingga hari ini kira-kira 90kg. Pendapatan dari jualan bulan ini hingga kini rm1080. Syukur alhamdulilah. Pasaran sudah sampai ke Jerantut.
Kerja baru ialah mencari pasaran.

Didapati beberapa batang pokok condong. Telah suruh Bakti pasang penyokong untuk tegakkan semula.



Tengok gambar di bawah. 
Kelihatan tompok hitam dan debu putih.

Buah ini berusia 8 minggu. Lima minggu lagi untuk masak. Adakah dia boleh masak ? Jawabnya amat sukar. Ia diserang oleh serangga. Kini tompok hitam menyerang bahagian kulit. Bintik putih ialah sejenis kulat yg amat cepat membiak. Jika dibiarkan akan menyalut seluruh permukaan. Buah menjadi bantut dan kerang. Bila terjadi begini tiada guna satu senpun. Lebih baik petik awal-awal lagi.

Saya berus kulitnya. Kini tompok putih telah tanggal tetapi tompok hitam tetap ada. Tompok hitam telah sebati dengan kulit. Kalau mahu hapuskan juga kena hiris dengan pisau.

24/716. Berjaya petik 12kg menjadikan 102kg semuanya. Kali ini diborong seluruhnya oleh peminat buah durian belanda dari Pekan. 

27/7/16. 7 pagi. Berjaya semai 19 ulas biji durian belanda untuk tanam di kebun.
Hari tidak sangka dapat panggilan dari pegawai pejabat veterina Maran. Beliau melawat kebun, waktu itu pekerja saya Bakti ada di sana. Beliau tertarik dengan tanaman pokok napier. Beliau beri cadangan untuk pelihara lembu kerana beliau nampak ada pokok rumput napier hidup subur. Memang perancangan saya ke arah itu. 
Hari ini pegawai itu mahu membeli semua rumput itu dan berjanji mahu menguruskan tanam semula. Saya bersetuju dengan cadangan itu.