nuff

Thursday, September 24, 2015

Buluh Lemang

Penyeri juadah hari raya ialah lemang. Bila sebut lemang mesti dikaitkan dengan buluh. Sekarang bukan main susah untuk mencari buluh lemang. Kena meresap dalam hutan. Tidak hairanlah harga setekung buluh lemang kosong rm1.50. Sekali fikir memang mahal. Tetapi kalau lihat susahnya pencari menetak dan memikul keluar memang berbaloi. Makin lama makin susah untuk mencari buluh lemang. Lima tahun lagi?

Setahun yang lalu saya menyemai umbi dan tunggul pokok buluh untuk buluh lemang. Saya upah Harun Basir dan Sani menggali dari perdu buluh di kampung Paya Ladang dan kampung Lompat.

Benih disemai dalam polibag. Banyak yang cambah. Tidak disangka semuanya tenggelam banjir hujung tahun 2014 yang lalu. Belanja yang dikeluarkan hampir rm700 hangus.

"Aku tidak putus asa."

Hujung Ogos 2015 yang lalu saya mencuba lagi. Kali ini saya suruh adik saya mencari benih buluh. Sai suruh kawan dia di Purun menggali di pinggir hutan simpan Bera. Saya dapat 50 perdu. Kosnya rm350.

Kini 50 polibag diletak bawah pokok jambu belakang rumah Kuantan. 
Saya menyiram lat hari. Berharap akan cambah.


Eempat telah bertunas. Kejayaan kini 8%.
2/10.... Tujuh telah bertunas. 14%.
3/10.... Lapan telah bertunas. 16%.
4/10.... Sembilan telah bertunas. 18%.

Beberapa bulan kemudian semua mati. Gagal lahi.
Projek 2014 ..... gagal
Projek 2015 ..... gagal juga.

Belum serik. Kini tahun 2016 saya dapat 20 benih buluh lemang yang telah cambah.


Gagal 2X tidak bermakna gagal selamanya. 

Tanggal 7 November 2016, sempena hari jadi saya,  berjaya menanam 20 pokok buluh lemang di lembah yang subur.


Pada 18/2/17 berjaya tanam 9 pokok buluh lemang di teres paling bawah kebun hadapan. Kawasan ini ditenggelami air banjir pada akhir tahun 2016 yang lalu. Perlu kerap beri baja dan siram agar lonjakannya melebihi lima kaki hingga akhir tahun ini. Hingga kini saya berjaya menanam 29 pokok semuanya.
Perlu jagaan rapi. Lengkapkan penutup plastik, baja yang cukup dan siraman berkala.

2/3/17.
Order benih buluh lemang 40 sulor daripada Majid Indon. Jumpa Majid di kedai Pak Arih kg Sentosa. Benih buluh banyak dalam ladang felcra kg Sentosa. 
Majid kata dia mahu cari hari minggu ini.

4/8/17
Memeriksa buluh yg ditanam pada 18/2/17 yg lalu. Daripada 9 hanya 8 yg hidup. Kebanyakannya subur. Perlu dipecah dua. Yang dicabut itu perlu dicambah dalam polibag. Langkah ini sebagai mengurangkan risiko banjir. Sekurang-kurangnya separuh boleh diselamatkan.

12/8/17
Memeriksa pokok yang ditanam pada 7/11/16. Banyak yang subur. Perlu buat rancangan pemecahan. Telah cuba buat satu hari ini. Beritahu Amir agar meneruskan rancangan pemecahan ini.

21 comments:

Mohd Hanafiah said...

Tuan, ada menjual benih buluh lemang? Sy ingin menanam buluh lemang di Batu Pahat, Johor.

Mohd Hanafiah said...

Tuan, ada menjual benih buluh lemang? Sy ingin menanam buluh lemang di Batu Pahat, Johor.

Yahya Zainal Abidin said...

Semua yg saya semai mati. Saya nak cuba tanam sekali lagi.

Yahya Zainal Abidin said...

Semua yg saya semai mati. Saya nak cuba tanam sekali lagi.

Anak jati Kg Pesagi di KL said...

Koi pernah juga cuba tanam buloh lemang dengan pelbagai kaedah. Memang banyok yang mati selepas beberapa minggu. Tips terakhir saya diberitahu ialah benih digali bersama akar umbi (pokok kecil). Memang susah. Kena guna cop sawit sebab besinya kuat. Selepas diambil kena terus tanam dalam polybag atau ke tanah ditempat redup. Tak boleh langsung disimpan atau rendam dalam air untuk beberapa hari. Confirm akan mati. Selepas tanam, kena selalu siram jika musim panas.

Yahya Zainal Abidin said...

Assalamualaikum
Terima kasih Anak Jati Pesagi di KL. Ce cerita sikit awak anak anak sapa? Rumah di mana? Cedong? Lompat? Tanjung Berangan? Tanjung Palas? Bkt Resak?

Anonymous said...

Salam tuan,

Saya mencari anak benih pokok buluh lemang ni dah lama. Tapi x jumpa lg. Boleh saya beli dari tuan?. Terima kasih

Yahya Zainal Abidin said...

Yg saya semai semuanya mati. Saya tidak putus asa. Kini saya suruh org kampung cari dan semai. Dapat dah utk kegunaan sendiri.

Yahya Zainal Abidin said...
This comment has been removed by the author.
saudara kg Pesagi said...

Cer berjumpa sdr Deraman (anak arwah Awang Dilu) di Kg Bt Resak. Pasti dia boleh bantu tuan.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih saudara kg Pesagi. Bila saya perlu saya akan jumpa dia.
Saya baru sahaja dapat 20 anak pokok buluh yg dah cambah. Beli dari org Lengkor.

Anonymous said...

Aslmkm tuan. Saya juga sedang cari anak benih buluh lemang nak tanam di kebun saya. Jika tuan tidak keberatan, boleh kongsikan dgn saya nombor contact orang Lengkor tesebut pada saya? Saya nak beli dari dia. Ini nombor saya: 0133250225-shah. Terima kasih saya dahulukan atas kesudian tuan.

Yahya Zainal Abidin said...

Kalau gitu ada dua org Lengkor yg jual anak benih buluh lemang. Saya beli dar Mii dan awak dari SHAH.
OK TERIMA KASIH.

Anonymous said...

Asalam Encik. Saya Shah,Saya rasa mungkin Encik salah faham. Saya sebenarnya nak beli anak benih buluh lemang dari org yang Encik beli tersebut (org Lengkor). Jika Encik tak keberatan untuk kongsikan nombor contact org Lengkor tersebut dgn saya untuk saya hubungi beliau. Terima kasih saya dahulukan atas kesudian Encik.

Yahya Zainal Abidin said...

Saya dah hantar melalui sms

Anonymous said...

Salam Tuan-Tuan Semua,

Saya Nizam,

Boleh tak kalau saya pun nak no tel org Lengkor tu..saya nak tanam di melaka.

ni no tel saya 013 -392 5902

Yahya Zainal Abidin said...

Sdr Nizam hendak berapa pokok?

dzan event&catering said...

ada sesiapa boleh jual benih buluh lemang , saya perlukan 10-20 pokok

Raimi Zuraimi said...

Saya sedang mencari benih buluh lemang...kalu ada boleh hubungi saya 0196645969

saudara kg Pesagi said...

Tak lama lagi dah Ramadhan. Intai2lah buloh lemang dari sekarang. Kalau lambat, bimbang lesap nanti. Kalau dah ada stok banyak, boleh jual buloh saja Rm 1 - 2 satu batang. Bila dah jadi lemang boleh cecah RM 15-20 satu batang di kuala lumpur. Tahun lepas, saya pesan dengan rodong belikan buloh dari orang asli di raub. Malangnya tahun ni kelapa pulak dah mahal sangat. Juga daging lembu tempatan. Agoknya ramai antara kita ni akan makan ketupat pulut dengan ikan masin 'takok' saja.

saudara kg Pesagi said...

Syabas d yahya berjaya tanam dan hidup. Memang pokok buloh lemang ni susoh nak hidup hingga besor. Sejak 3 tahun dulu saya tanam hampir 30 benih. Hanya satu saja yang hidup membesar. April 2017 saya semai dalam polybag 20 pkk. Hidup 10 pkk saja. Skarang tunggu dulu hingga besar sikit untuk tanam dikebun. 25 julai 2017 saya semai lagi 32 pkk benih dari kg Dong, Raub. Jika dapat 50 peratus yang hidup pon alhamdulillah.

Post a Comment