nuff

Monday, September 7, 2015

CERAMAH DI SMK PULAU TAWAR JERANTUT

5 September 2015 saya diundang memberi ceramah kepada guru dan staf SMK Pulau Tawar. Beberapa minggu yang lalu pihak sekolah mengundang saya untuk beri ceramah motivasi yang akan diadakan pada 11 September. Saya telah menyatakan persetujuan. Tiba-tiba cikgu Khatijah menghubungi saya sekali lagi memohon untuk memberi ceramah pada 5hb. Saya menyangka program dibawa kehadapan. Rupanya acara lain. Tanpa lengah saya menyatakan persetujuan.  Sewaktu saya jadi pengarah dulu selama 11 bulan tidak sempat jenguk sekolah ini.

Semua guru, staf dan pengetua (puan Suriaton) mengikuti ceramah saya hingga akhir. Harap-harap ada kesan positif.

Selepas ceramah saya melawat sekejap sekitar sekolah. Nampak kesan banjir besar akhir tahun lepas masih belum dipulihkan sepenuhnya. Aras banjir hingga meneggelami tingkat bawah dan tingkat satu. Banyak kemusnahan harta benda. Ada antaranya masih belum dibaiki. Ada antaranya rosak terus. Banyak kena keluar belanja. Kalau sesiapa ada duit lebih boleh salurkan ke SMK PT. Saya kagum dengan kegigihan pengetua, guru serta staf sanggup bertugas di luar bandar.
Sewaktu peringkat perbincangan awal, pihak sekolah bertanya berapa bayaran ceramah? Saya kata "free". Pihak sekolah macam tidak percaya. Sebaliknya saya ada membawa buku yang saya tulis iaitu WATAK GURU. Harga pasarannya rm12 tetapi saya jual rm5 sahaja. Banyak sekali teladan yang boleh diikuti. Inilah strategi saya. Beri ceramah dan sediakan peluang membaca buku. Komunikasi yang pelbagai.
11 September 2015 saya akan datang lagi ke sini untuk bertemu pelajar tingkatan 4 dan 5  pula.

Ya... saya berjaya tunaikan janji demi anak-anak tingkatan 4 dan 5 SMK Pulau Tawar.
Tiga perkara yang saya sentuh:
1. Ikut cara pelajar cemerlang belajar. Jadikan idola. Memahami Tangga Kejayan.
2. Lakukan perubahan untuk mencipta lonjakan.
3. Dengar dan ikut nasihat guru.

Terima kasih kerana beri perhatian.
Saya doakan anak-anak di SMKPT memperoleh kejayaan dunia & akhirat.

Sungguh menyentuh perasaan saya bila berada di sini. Memandang anak-anak ini tidak ubah seperti saya waktu dulu. Berasal dari kampung tepi sungai seperti mereka.



No comments:

Post a Comment