nuff

Wednesday, January 1, 2014

LOVING GARDEN

Sempena tahun baru 2014, saya memulakan pembinaan sebuah LOVING GARDEN. Kebun belakang rumah dinaik tarafkan sahaja. Saya bina jalan bertangga batu yang akan menyususri kebun itu. Tangga batu itu terdiri daripada kepingan batu terpakai disusun memanjang. Jalan itu akan melalui celah pokok pisang, tepi pokok bunga senduduk, di tepi pokok durian belanda. Jalan yang bengkang bengkok dan turun naik itu boleh memberi kepuasan fizikal dan emosi. Sepanjang jalan akan dibina susur untuk tempat berpegang khas untuk WAWA. Beliau perlu tempat berpaut jika permukaan curang.



Sambil berjalan kami akan memerhati pokok pisang yang sedang berbuah. Kami petik jantungnya untuk dibuat sayur masak lemak. Kami melangkah ke hadapan, melihat pula bunga senduduk yang kembang mekar. Sungguh cantik bunga senduduk. WAWA petik kelopaknya untuk disapu ke muka, mahu kelihatan mudalah agaknya. Saya juga begitu.



Dalam perjalanan kami memerhati pula pokok durian belanda, wah buahnya sudah kelihatan tua. "Bolehkah kita petik sekarang buah itu abang?" WAWA sudah tidak sabar.
"Tunggu dua minggu lagi."


 Saya lihat kelopak bunga senduduk berwarna unggu. Kalau dibiarkan pasti akan berguguran begitu sahaja. Saya terus petik beberapa helai, saya pusarkan di tapak tangan.... lepas itu sapu ke muka, mahu kelihatan segar.


Di suatu sudut kelihatan keledek tumbuh subur hingga menjalar jauh. Banyak jasanya. Semalam seorang kawan mengambil batang kekedek yang menjalar subur itu hendak ditanam di kebunnya. Sewaktu merenung ke tengah rimbun keledek tiba-tiba ternampak bunga putih ditengahnya unggu,,, oh itu bunga keledek! Rupamu cantik tetapi tidak diketengahkan. Kini kau menghiasi tamanku LOVING GARDEN. Aku percaya WAWA suka melihat kau. Kau ada kecantikan tersendiri.





Pokok pisang di LOVING GARDEN ini sudah mula berbuah. Semalam saya nampak satu tandan baru muncul, pisang lemak manis juga. Kalau hendakkan hasil dalam tempoh satu tahun tanamlah pisang. Kalau hendakkan hasil dalam tempoh enam bulan tanamlah ubi kayu.





18 Januari 2014
Saya ada peluang berada di sini pagi ini selama satu jam. Saya membina satu anak tangga. Mula-mula bersih dan ratakankan tapaknya. Kemudian pasang penghadang. Lepas itu letakkan bongkah batu bata terbuang di dalam kepungan itu. Lepas itu bancuh simen dengan pasir. Kemudian curahkan di ruang kosong dalam kepungan itu dan ratakan. Pembinaan tangga ini sangat jimat kerana menggunakan banyak bahan terpakai. Modalnya hanya simen dan pasir sahaja, kosnya dianggarkan RM3 sahaja.



Seterusnya saya mengali kunyit hidup, WAWA kata nak pakai kunyit hidup nak goring ikan. Kunyit hidup lebih berkhasiat berbanding kunyit serbuk yang dibeli. Saya juga memetik cili api dan daun kunyit.



19 Januari 2015
Pagi ini saya mencabut seperdu ubi kayu, kami mahu makan ubi kayu rebus sebagai sarapan pagi. Saya juga memetik pucuk ubi kayu dan daun limau purut dan buah limau kasturi. Saya lihat senuduk di tepi pagar penuh dengan kelopak bunga yang berwarna pink, sungguh cantik dan menarik. Saaya ambil beberapa helai. Saya kepal dan lomor ke muka.


Saya sudah mula menikmati hasil hobi tani yang saya mulakan Februari tahun lalu. Tidak rugi berbudi kepada tanah.




Tangga yang sedang dibina ini melalui seperdu halia bara yang saya tanam setahun yang lalu. Saya nampak pertumbuhannya telah tepu, dahannya berasak-asak dek kerana persaingan intraspisis. Saya alihkan sehingga menjadi lapan perdu baru semuanya. Saya namakan Anjung Halia Bara.


Saya tertanya-tanya apakah khasiat halia bara ini?
Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:

Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin

Sumber: http://violetgloves.blogspot.com/

Setahun yang lalu saya membeli dua pokok belimbing besi. Tingginya ketika itu parasperut saya. Usianya ketika itu sudah setahun setengah. Saya tanam di tepi pagar. Saya baja dan terangkan pangkatnya, kini sudah lapus kepala saya. Saya nampak bunga sudah mula muncul pada pokoknya. Bila saya telitikan, rupanya dah berbuah pun. Alhamdulillah. Saya akan merasa hasilnya dalam masa terdekat ini. Belimbing besi boleh buat sambal. Boleh jadi perencah gulai masam ikan sungai.





..... projek akan diteruskan, mungkin ambil masa dua bualan untuk disiapkan.

15 Jun 2014
Lama betul projek jalan dalam kebun ini tergendala. Saya telah sambung semula sejak dua hari yang lalu. Kali ini saya letakkan kepingan batu bergelutu atas tanah yang diratakan. Telah siap 30 mata tangga. Hingga kini... bahagian yang siap telah melebihi 55%.


Saya memetik buah durian belanda, bunga kantan dan menebang pokok pisang berangan yang telah tua. Dalam tempoh setahun setengah saya telah menikmati hasilnya.