nuff

Thursday, July 15, 2010

Tapak Sekolah Kebangsaan Pesagi yang asal

Hanya tinggal kenangan. Dulu dari tahun 1961 hingga 1966 saya belajar di sini. Kini hanya bongkah tiang bangunan sahaja yang tinggal. Sewaktu saya mula masuk sekolah, pokok durian itu hanya tinggi sedikit dari ketinggian saya. Kini pokok durian sebatang itu sahaja yang tinggal, katanya rajin berbuah. Saya anggarkan pokok durian sebetang itu berumur tidak kurang 53 tahun. Kalau nak tahu lebih tepat lagi kita boleh tanya apak Midin kerana beliau adalah tukang kebun ketika itu.


SK Pesagi yang asal terletak sebelah hilir muara sungai Pesagi. Sewaktu saya bersekolah di sini tahun 1961 hingga 1966, murid SK Pesagi tiap-tiap tahun tidak kurang dari 150 orang. Kita boleh bayangkan betapa meriahnya kampung kita, ramai penghuni. Bangunan sekolah ada dua. Kami panggil bangunan awah dan bangunan atas. Bangunan bawah ada tiga kelas (darjah 1,2 dan 3) dan anjung menempatkan bilik guru dan bilik Guru Besar. Dindingnya papan dan atap zink. Bangunan atas pula kelihatan lebih kukuh, tiangnya besar. Dinding papan dan atap asbestos. Menempatkan darjah 4 hingga 6. Sewaktu sekolah dulu guru hanya ada tujuh orang termasuk ustaz Deraman. Ini bermakna GB juga kena mengajar satu kelas. Hari ini guru di SK Pesagi tidak kurang 15 orang? Banjir besar tahun 1970 dan 1971 meranapkan sama sekali SK Pesagi. Bangunan sekolah dan perabut hanyut ke Pekan. Kini yang tinggal hanya sisa tiangnya sahaja.


Hari ini kita lihat SK Pesagi tesergam indah dan hebat di atas bukit. Saya difahamkan bilangan muridnya sekitar 70 orang.

Monday, July 12, 2010

Piala Dunia 2010 di Kampung Sentosa








Tahniah Spanyol menang 1-0 mengalahkan Belanda.

Hebat betul anak muda Kampung Sentosa menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di laman kampung sendiri. Yang tua pun ada. Tahniah kepada kumpulan anak muda Kampung Sentosa yang menguruskan tempat santai tengok skrin besar sambil menikmati minuman. Tak perlulah pergi ke Maran atau Temerloh.

Wah khusyuk betul abang ni sampai telopong mulut, yang seorang itu hisap paip.



Bersemangat betul adik-adik ni, kerusi penuh, bertengek atas tembokpun oklah tapi jangan sampai jatuh. Inilah semangat anak muda kampung Sentosa. Datuk nenek mereka asalnya dari kampung Pesagi.

Gooll.... wah gembiranya. Nampak seorang daripadanya ialah Fauzi abang Rahim. Angah ayah awang Sagor yg pakai topi senyum aja.







Tuesday, July 6, 2010

Cerita kenduri rumah Abang Mat Poadi lagi

Saya nak ceritakan kisah kenduri di kampung Sentosa tahun 2010. Manalah tahu cerita ini boleh bertahan lama dalam alam maya ini, boleh jadi bahan sejarah pada masa akan datang, mungkin boleh banding dengan kenduri 20 tahun akan datang?


Kali ini nak paparkan aktiviti malam 2 Julai 2010. Di luar ramai orang bergotong royong memotong daging untuk buat gulai. Sementara dalam rumah pula kumpulan apak Laboh, Chu Nor, Pian dan ramai lagi memperdengarkan lagu-lagu khasidah dan marhaban. Sewaktu kenduri di kampung Pesagi tahun 60an dulu, acara marhaban/ berdikir dan berzanji memang suatu kebiasaan tetapi kini sangat jarang.





Tahniah Abang Mat kerana berjaya mengadakan hidangan yang istemewa ini. Semuga acara besar ini tidak akan hilang.


Sunday, July 4, 2010

Gotongroyong menyiang daging kenduri rumah Abang Mat Poadi di Kampung Sentosa

Haji Seman Lak Ecik Alyasak
Rumah berjiran di kampung Pesagi
Semua jiran datang memasak
Kenduri kahwin anak Mat Poadi

Semangat gotong royong menguruskan kenduri masyarakat Kampung Sentosa tetap utuh. Semangat ini telah sebati sejak zaman datuk nenek kita di Kampung Pesagi. Bermula dari menyiang daging oleh kaum bapa, menyedia ramuan serta rempah ratus oleh kaum ibu hinggalah memasak, semuanya dilaksanakan oleh penduduk kampung ini. Inilah warisan tradisi yang perlu dikekalkan.

2 Julai 2010,
Kaum bapa bergotongroyong mula memotong daging waktu malam 9 mlm hingga 12 malam.

Sebelah kanan Hamzah, abang Aat, Wan Kamarudin, xxx, vvv, cikgu cccc dan abang Li.

Sebelah kiri, ustaz Naim,



Tiga orang gagah Kampung Sentosa sedang mengipuk tulang lembu. Mereka ialah Angah, abang Saadan dan Tengku. Atas meja kelihatan kepala lembu.


Sebelah kiri; abang Li dan cikgu Deris.
Sebelah kaanan; Chop, Mat Sawal (Ketua Blok C. Beliau adalah ketua kumpulan kerja kenduri ini), abang Mamat (suami Mak Som) dan ustaz Naim ( baju merah, kepiah putih).


Saya sempat juga menyibuk. sebelah kanan abang Aziz, yang pakai baju nombor 16 ialah dan yang pakai baju kuning ialah abang Adi.




Biasalah, menunggu giliran nak memetong daging bersembang dulu. Entah apa yang dibualkan, nampak gelak ketawa mereka. Ketua berborak ialah tok ketua Tuan Haji Suhaimi. Dolah, haji Duan, Hasin, ustaz Hashim, abang Adi dan abang Aziz asyik mendengar koyok boss.






Friday, July 2, 2010

Rumah yang ditinggalkan

Kita menyusur ke hilir.
Kita mengkaji bukti sejarah hingga kita tahu siapa waris dan apakah ilmu yang kita perolehi dari penerokaan ini.

Kini kita singgah sebentar di hadapan rumah ini.

Rumah 04
Binaannya kemas, masih gagah tetapi tinggal sepi. Di manakah anak cucunya?
Ini ialah rumah arwah Elong hj. Bakar. Abang sulung kepada Etang Mamud, Achu Tar (ayah cikgu Rozi) dan xxx. Isteri beliau yang kedua ialah yyyy. Di sebelah rumah ini ada sebuah surau. Surau ini dibina oleh Elong Hj Bakar. Di sinilah tempat penduduk sekitar sembahyang dan belajar kitab. Saya terpaksa merujuk kepada cikgu Rozi.

Rumah 05
Rumah lama ini masih mampu berdiri walaupun telah diuji air banjir besar beberapa kali. Memang binaannya kukuh. Tuannya ialah arwah Tokki Haji Daud. Anak Tokki Hj Daud ialah Mak Awa, xxx, xxx. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat saya terpaksa merujuk kepada Apak Halim.



Rumah 06

Rumah tinggalan siapa dalam semak ini?
Banyak lagi
Penerokaan baru bermula.
Sila rujuk warisanpesagi.blogspot.com