nuff

Saturday, October 1, 2016

Kebun Kg Lompat bulan Oktober 2016

1/10/16

Ini bulan yang ke 34 atau 2 tahun 8 bulan telah dilewati. Kalau orang belajar buat ijazah 3 tahun tinggal tiga bulan sahaja untuk dapat ijazah. Awal tahun hadapan sudah boleh kerja dan dapat gaji. Bagi projek ini, adakah awal lahun 2017 sudah boleh memetik hasil? Sudah mampu membayar pinjaman sebanyak rm2280 sebulan untuk tempah tujuh tahun lagi? Seterusnya hasil projek ini mampu membayar gaji dua orang pekerja sebanyak rm3000 sebulan? Satu persoalan yang mencabar minda. Hilux yang memudahkan saya keluar masuk kebun itu kena bayar rm1280 sebulan. Adakah projek ini mampu membayar semua bernilai rm6560 sebulan? Ada lagi bayaran lain seperti air dan api.

Saya sudah lalui 91% perjalanan. Tidak boleh undur, mesti teruskan. Masa semakin suntuk tetapi hasil masih kabur.

Sehingga kini saya belum memperolehi hasil dari usaha selama 33 bulan ini. Ini adalah satu kesilapan strategi. Sepatutnya sejak peringkat awal penerokaan tanaman kontan terus diusahakan. Waktu itu tidak terfikir, sebab tiada ilmu dan pengalaman. 

Masuk kebun 7.50pagi. Mula2 periksa pokok durian belanda. Ada yang berputik. Ada yang ada buah besar ibu jari. Periksa pokok AMP. Selepas itu periksa pokok betik yang telah ditanam. Anggaran terkini ialah 600 pokok. Selepas itu saya bersama Bakti menanam 56 pokok kelapa pandan. Bermula dengan bearing, ukur dan tanam. Saya korbankan tiga jam . Sungguh meletihkan tetapi hati puas.


Target sempena hari pertama maalhijrah 1438H
1. Tanam lagi 60 pokok kelapa pandan. Siap tanam pada 2/10 sebanyak 31 pokok. Siap tanam semua. Jumlah pokok yang siap tanam ialah 170 pokok. ✔
2. Sulam labu. Siap sulam pada 2/10. Mahu tumbuh sekurang2 90%. Perlu disulam lagi.✅ Bawa ke bulan November.
3. Tanam betik 400 pokok di kebun hadapan. Telah beritahu Bakti.✔
4. Tempah pintu pagar. Bawa ke bulan November.
5. Beli baja penggalak akar untuk tabur dipangkal pokok kelapa yang baru tanam. Siap beli.✔
6. Pulihkan pokok db yg ketot.✔
7. Pulihkan anak labu yang diserang ulat. Siap sembur racun serangga. ✔
8. Baiki pagar. ✅. Teruskan ke bulan November.
9. Baja betik. Buat lubang di tepi pokok dan isikan baja tahi ayam.✔
10. Baja labu. Sudah dimulai.✔
11. Sulam db. Siap 14 pokok yg mati.✔
12. Pulihkan pokok db yang layu. Tebuk enam lubang keliling pokok. Curahkan racun kulat akar dan racun anai2 ke dalam lubang. Bila kering isikan baja dalam lubang hingga penuh. Telah gali lubang.✅✔
13. Beli baja pokok kelapa untuk pokok kelapa kebun belakang. Siap beli.✔
14. Pindahkan pokok kelapa kebun hadapan yang kerdil ke kebun belakang. Siap  ✔
15. Bubun pokok kelapa dalam kawasan nenas.
16. Tanam 170 pokok anak durian belanda di kebun belakang. Telah siap tanam 100 pokok.✅✔
17. Tanam 15 lubang pokok AMP di lereng teres.✔
18. Bersihkan dari rumput liar dan baja kloni AMP yang telah ditanam.✅ Teruskan bulan November.
19. Beli baja pokok db besar yg berbuah.✔
20. Bersihkan pangkal pokok db dan beri baja.✅✔
21. Bersihkan pangkal pokok kelapa yg besar dan beri baja.✔
22. Bersihkan dan beri baja pokok db dan kelapa yg kecil. Bawa ke bulan November.
23. Tanam benih labu di kubun B1 yang dekat paya.✔
24. Gali longkang 50 kaki x 10 kaki di D3 ( kawasan paya). Ditangguhkan selepas musim tengkujuh.
25. Beli satu lori batu jalan untuk kebun D.✔
26. Beli tiga lori batu jalan utk kebun B. Bawa ke bulan November.
27. Tanam satu baris benih labu di kebun B1. Bawa ke bulan Nov.
28. Beli dua kampit benih betik.✔
29. Pasang lima batang tiang batu.✅ Teruskan ke bulan Nov.

2/10/16.
Sempat buat kerja menanam kelapa sebelah petang satu jam setengah. Badan berpeluh dan selesa.
Pokok db  ini telah lama uzur. Telah jirus racun kulat dan racun anai-anai.


Kelihatan pokok labu menjalar subur. Tiga bulan lagi boleh mengeluarkan hasil. Namun begitu banyak biji benih labu dalam lubang tidak cambah kerana dimakan oleh semut. Kena cari jalan menghalang semut memakan biji labu yang ditanam.


Pokok betik berusia tiga bulan perlu diberi baja tahi ayam dengan cara menggali lubang di kiri kanan pokok betik itu.

Pokok db ini telah layu dan mengalami keguguran daun hampir setahun yang lalu. Telah beri rawatan dengan cara menjirus racun kulat dan racun anai-anai. Perlu ulangi lagi. Kali ini kena tebuk lapan lubang diameter  6 inci dan dalam 8 inci. Jirus racun kulat bercampur racun anai2. Biarkan beberapa jam. Lepas itu cecair meresap ke dalam tanah pangkal pokok. Isi lubang dengan baja tahi ayam hingga penuh. Jirus air ke dalam lubang untuk pembajaan.

3/10/2016
Sempena maalhijrah 1438, saya mahu melakukan usaha yang terbaik.

9/10/16
Siap tanam 20 anak pokok kelapa pandan. Juga siap pindahkan 18 pokok kelapa kebun hadapan ke belakang. Bilangan pokok kelapa pandan yang ditanam ialah 168 pokok. Masih ada ruang sebanyak 200 pokok lagi.
Labu yang ditanam pada 21/8/16 ada yang subur telah mula berbuah.

Aduh musuh menyerang lagi. Saya nampak satu pokok betik yang baru ditanam dicabut. Kelapa yang baru ditanam telah dicabut pucuknya. Pucuk kelapa yang lembut memang sedap dimamah. Energerser pagar elektrik rosak. Pagar elektrik tidak berfungsi. Apa yang perlu dilakukan? Tidak boleh lengah.

10/10/16
Masalah semalam itu segera diselesaikan. Saya beli racun Furadan 5G untuk ditabur celah pelepah anak kelapa. Bakti telah tabur dicelah pelepah kelapa.

Saya ganti energeser dengan yang elok. Langkah ini tidak cukup. Pagar mesti bersih dari rumput yang memanjat.

Energizer ini saya pinjam dari abang saya.

11/10/16
Beli 35 anak pokok kelapa pandan di Saloma Nuseri. Harga sepokok rm12. Pokok kelapa ini masih kecil. Oleh itu pokok ini diletakkan sementara di pusat serenti. Saya beri baja dan siram. Biarkan mereka berihat di sini untuk tempoh satu bulan.

Saya masih memerlukan 200 pokok lagi.


Satu cara untuk memanjangkan usia pokok labu agar terus subur dan terus berbuah. Berikan baja dekat jalaran yg ada akar. Tutup baja dengan tanah. Lebih elok jika kawasan berakar itu ditutup juga dengan tanah. Jangan terlalu tebal lapian tanah itu. InsyAllah pokok boleh panjang hayatnya dan banyak buahnya.

15/10/16
Labu ada kelihatan subur. Begitu juga pokok betik.

Lama tidak periksa pagar, rupanya telah mendap, kendur dan tumbang.

Tempat penting seperti pagar perlu periksa sendiri. Tidak boleh dengar laporan pekerja. Mesti periksa sendiri. Pekerja hanya buat apa yang disuruh. Kerja membaiki perlu laksanakan segera. 


Lebih separuh pokok kelapa dalam kebun depan tumbuh subur. Perlu beri perhatian agar terhindar dari penyakit. Perlu beri baja setiap bulan. 

Ketika yang baik untuk menyemai dan membaja.
Pertumbuhan labu tidak seperti yang dijangka. Saya periksa dengan telili. Didapati yang tumbuh hanya 10% sahaja. Sebab utama kerana benih dimakan semut selepas ditanam. Oleh iti kena semai dalam tray dahulu. Bila cambah baru pindahkan ke kebun. 
Labu yang tumbuh perlu diselenggara dengan baik. Cabut rumput di sekelilingnya serta racun rumput liar di sekitar. Beri perhatian kepada kualiti pertumbuhan. Terdapat banyak pokok db yang tumbang di kebun belakang. Perlu pasang penyokong segera.

Nenas ND2 ada yang keluar sulor. Saya petik 15 untuk tanam semula di tempat baru.

Kebun diserang lagi, depan dan belakang. Perlu ambil tindakan serta merta.

25/10/16
Ambil tindakan pasang jaring hitam. Siap pasang tanah B6. Inilah tindakan pantas.

31/10/16
Ambil cuti hari ini. Seronok boleh ke kebun dari awal pagi.
Tengok labu ada yang mula masak. Ada yang besar.

Berjaya tanam 35 pokok kelapa bersama Amir. Amir tanam 90 pokok durian belanda di antara pokok kelapa yang baru tanam. Beri penerangan kepada Amir apa yang patut dilakukan sepanjang minggu ini. 
1. racun dua jalur antara pokok kelapa untuk tanam labu.
2. racun dua jalur antara baris kelapa untuk tanam betik.
3. Bersihkan lorong kelapa dlm kawasan nenas untuk bubun mana yg mati.
4. Ratakan timbunan batu tengah jalan dalam kebun kelapa sawit.
Perlu ganti segera charger Patriot.