nuff

Thursday, July 2, 2020

MENDAKI 3


Saya pernah menulis buku judul MENDAKI dan sebuah lagi MENDAKI 2. Semua mengesahkan perjuangan getir memakan masa lebih setahun. Namanya MENDAKI sudah tentu berkait dengan langkah dari aras rendah kepada aras yang lebih tinggi. Ada ketika landai dan ada ketika merangkak untuk melepaskan permukasn yang cerun. Banyak sekali dugaaan yang perlu dihadapi.
MENDAKI mengesahkan dua perjuangan. Pertama berjuang memeras otak sewaktu remaja ketika usia 18 tahun. Pendakian mengambil masa hampir dua tahun memberi pulangan yang sangat manis. Saya memperolehi gred A subjek Matematik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran. Itulah puncak gemilang yang saya capai ketika di bangku sekolah. Kedua pula berjuang mencurah keringat demi menjaga kesihatan dengan pelaksanaan aktiviti menawan puncak gunung pada usia akhir 50an. Melalui kegigihan dalam persiapan, saya berjaya dua kali berdiri di puncak gunung Kinabalu. Kejayaan itu dirakam dalam buku kecil MENDSKI.  MENDAKI ditulis sewaktu saya mencecah usia 56 tahun.
MENDAKI 2 pula mengesahkan perjalan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam bermula tahun 1978 hingga 2012. Banyak sekali pengalaman yang beharga boleh dikongsikan. Bermula sebagai guru novis hingga diberi amanah sebagai pengarah pelajaran negeri. MENDAKI 2 berjaya disiapkan sebelum bersara umur 58 pada akhir tahun 2012.
Kini MENDAKI 3 dalam proses penulisan pada usia menjelang 66 tahun. Jalan ceritanya kesah berjuang juga tetapi berfokus kepada kerja orang bersara. Sewaktu bekerja sebagai pegawai kerajaan saya telah memasang angan-angan untuk kembali bekerja kebun apabila bersara. Tidak disangka, cita-cita ini hanya boleh direalisasikan ketika umur menlintas garis 65 tahun. MENDAKI 3 merupakan satu perjalanan selama 10 tahun pada waktu petang. Sewaktu saya mula menulis hari ini perjalanannya sudah melepasi 60% pendakian. Pengalaman ensm tahun sungguh perit, rasa seperti nyawa ikan, hidup segan mati tak mahu tetapi digagahkan juga.
Ada empat tahun lagi yang menentukan kejayaan pendakian ini. Adakah usiaku sempat lagi? 
Aku mengimpikan sebuah kebun yang ditumbuhi pokok buah-buahan. Anak dan cucu datang dan berminat untuk datang lagi. Disini adalah tempat memberi motivasi kepada anak muda agar tertarik untuk menjadi usahawan agro. Disini adalah laman tarikah orang pencen untyk membuat pelaburan dalam bidang agro.
Di sini adalah tempat indah yang mengerakkan mata penaku.

Bab 1... Kebolehan Matematik makin cemerlang.
Bab 2... Berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu dua kali.
Bab 3... Bermula sebagai guru novis tamat sebagai rektor kolej universiti
Bab 4... Projek sawah padi
Bab 5... Loving garden
Bab 6..  Kebun getah peninggalan emak
Bab 7... Kembali ke desaku
Bab 8... Tanam pokok Durian Belanda.
Bab 9... Tanam pokok kelapa Mataq F2
Bab 10... Tanam nanas N36 dan MD2.
Bab 12... Tanam pisang.
Bab 13... Tanam durian.
Bab 14... Covid 19.
Bab 15... Tanam pisang strategi baru.
Bab 16... Tanam nanas kali ke 3
Bab 17... Bunga Air Mata Pengantin.
Bab 18... Pemulihan pokok kelapa.
Bab 19... Pemulihan pokok Durian Belanda.
Bab 20... Tanam anak pokok durian hutan.
Bab 21... Tanam durian tempatan.
Bab 22... Taknik baru tanam pokok durian.
Bab 23... 

2 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an menjadi sumber inspirasi kepada anak2 muda sekarang

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih.... saya akan Cuba.

Post a Comment