nuff

Monday, December 25, 2017

Memori 241217

Dua minggu yang lalu WAWA ajak tengok cucu dua orang itu di KL. Adam dan Adin. Aku juga sudah terbayang-bayang Adam yang baru pandai menyebut perkataan dengan betul. Teringatkan Adin yang sentiasa menyebut "atok, atok."
Saya tetapkan 24/12/17 adalah hari melawat cucu di Saujana Putera.
Jam 8.30pagi, saya, WAWA dan Syafik memulakan perjalanan dari Kuantan. Ini adalah peluang saya rihat kerana Syafik jadi pemandu. Kami singgah sebentar di RnR Temerloh untuk mengalas perut. Seterusnya kami bergerak ke Kuala Lumpur. Perut terasa lapar, kami berhenti di RnR Awan Besar pula. Ada banyak menu makanan di sini. Saya order nasi gulai lemak pedas ikan kembong. WAWA pula nasi ikan tenggiri asam pedas. Syafik pula ....

The best memory
Aman
Ilo
Kashut baru atok ye
Baju atok beli ke
Adam cayang atok neny
Adam shayag atok neny pakuda
Ode panggilan pakuda
Oti
Suap nasi dgn atok
Tak mahu naik kereta mama... nak naik kereta atok.... meronta2
Neny bawa hadiah

Sunday, December 17, 2017

Memori 171217

7.00pagi... pergi belakang rumah. Tutup empat keliling pokok lemon dengan kertas surat kabar dan plastik. Lepas itu tindih dengan ranting kayu. Kaedah ini ambil masa yang lama. Kena cari alternatif lain untuk dijadikan penutup keliling pokok lemon ini. Tanam dua pokok lemon menjadikan 27 pokok semuanya. Berjaya tut 11 dahan.
8.00pagi... minum di warung Ani.
10.pagi.... masuk kebun periksa barisan pisang lemak manis. Berjaya pindahkan empat anak pokok pisang lemak manis. Terasa mengah buat kerja bawah sinar matahari terik. Ada banyak, berpuluh anak pokok pisang yang cambah. Ini merupakan peluang untuk menambah tanaman pisang lemak manis ini. Suruh Amir gali 10 anak pokok pisang lemak manis untuk saya biakkan dalam polibag. Bila besar nanti akan bawa semula ke kebun.
Sebelah petang meninjau pokok durian belanda di lereng bukit. Banyak yang mati dan tidak subur. Kebanyakan pokok yang di biriai lereng kontor kelihatan tidak subur. Kena tanam semula pada bahagian dalam kontor. Dianggar 50 pokok boleh ditanam. Sempat petik beberapa biji buah durian belanda yang tua. Ada sebiji warnanya bertompok, kulitnya ada tompok hitam dan terdapat juga tompok putih macam kulat, tidak menarik. Tomlok putih dan hitam memenuhi lebih separuh kermukaan kulit. Memang buah ini tiada nilai pasaran. Saya akan bersihkan apabila di rumah nanti.

Pergi ke kebun belakang.  Bersama Amir pasang atap pondok. Hanya tinggal sekeping sahaja lagi yang belum dipasang. Saya lihat Amir ada kebolehan bertukang, wang upah dapat dijimatkan.

Bawa balik 6 batang anak pokok pisang LM untuk tanam dalam polibag. Bila dah subur baru pindahkan ke kebun. Ambil 4 dahan yang ditut kerana tutnya sudah matang.

Sebelum pulang, pesan kepada Amir suruh kutip buah DB, saya akan ambil malam esok.

Sunday, December 10, 2017

Memori 101217

Di Impiana Hotel Ipoh
Pagi ini hingga 2 petang berada di sini, menghadiri seminar koperasi kariah masjid peringkat kebangsaan sejak semalam.
Perkara pertama yang saya dapat ialah beli produk istemewa Koperasi KM Al-MUTTAQIN BHD KL. Produknya ialah penghalau musuh tanaman, harganya rm80. Hendak cuba letak di kebun.
Dapat peluang anjur kursus e-usahawan kepada anggota koperasi.
Ceramah bertajuk Inovasi Dalam Perniagaan oleh tn hj. Yasim bin Mohamed. Banyak petua yang saya dapat.
Terdapat 10 faktor kegagalan
1. Tidak ada pengalaman dan kelayakan.
2. Tidak mempunyai kemahiran dalam pengurusan.
3. Tidak menggunakan bakat secara maksimum.
4. Tidak bersedia bekerja lebih masa.
5. Tidak mendapat sokongan keluarga.
6. Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi.
7. Tiada networking.
8. Tidak berusaha keras.
9. Tidak sanggup berhadapan dgn krisis (risiko dan apa strategi).
10. Terlalu fokus kepada produk.

Tindakan
1. Tulis surat kepada ANGKASA syur adakan lawatan penanda aras ke Selatan Thai.
2. Hubungi Angkasa untuk anjurkan kursus e-usahawaan.

Majlis penutup sangat panjang meleret hampir 2 petang. Tetamu kehormat berucap macanm-macam, macam beri kuliah sejarah. Ada kalanya macam ceramah di masjid. Masa checkout hotel jam 1 petang. Aduh.... terpaksa tinggalkan majis. Peserta lain di baris belakang sudah resah gelisah.

Jam 2.30 petang kami meninggalkan bandar Ipoh, menyusur jalan biasa menuju Gopeng. Masuk highway PLUS, beberapa minit kemudian berhenti di RnR untuk makan tengah hari yang terlewat. Perut lapar, nasi campur ikan goreng gulai tauchu dan sayur kacang licin. WAWA dan Syafik pula makan nasi ayam. Harga makanan dan minuman di sini sangat murah, hanya rm21.60.

Kami meneruskan perjalanan di hiway PLUS dengan perlahan, kenderaan tepu menghala ke KL. Kami ambil tindakan keluar dari hiway di simpang Slim River, berharap jalan ini tidak sibuk. Ya jangkaan kami tepat.

Singgah di Batang Kali, untuk minum di sebuah kafe. Kafe ini milik orang Melayu, bersih, menunya menarik dan ada identiti. Pekerjanya ramai. Saya order lempeng kelapa dan teh tarik. WAWA dan Syafik order ikut seleranya sendiri. Makanan yang kami order sudah sampai kecuali air kopi yang Syafik tidak sampai. Saya dah siap makan dan minum tetapi air teh Syafik belum sampai lagi. Kami menghadapi kesukaran memanggil pekerja. Ada dua orang pembantu duduk atas kerusi membelakangkan kami. Mereka asyik tengok TV dan handfon. Kami panggil tetapi tidak dihiraukan. Aduh... ini satu penyiksaan, tidak pedulikan pelanggan.

11.30 malam, perut terasa lapar, singgah di restoran Sri Desa Batu 12, Kuantan makan nasi kerabu. Alhamdulillah.

12.45mlm sampai rumah di KUIPSAS. Sukur alhamdulillah.

Sunday, December 3, 2017

Memori 031217

Banyak sekali cerita hari ini. Cuaca cerah begitu sesuai sekali untuk aktiviti luar rumah.
Awal pagi saya didera oleh cucu Addin. Addin mahu naik Hilux pusing kampung. Saya ikutkan kehendaknya. Semasa sampai di rumah merengek pulak mahu "air Lo". Sewaktu pusing kampung tadi dia tak cakap. Cucu balik sesekali, layan ajalah. Keluar sekali lagi ke kedai Aziz. Satu kepuasan rupanya bila dapat layan cucu. Kini baru boleh melepaskan diri. Saya terus memandu Hilux menuju ke warung Tok Imam Pening. Perjalanan ambil masa 45 minit dari kg Sentosa. Saya letak lima anak pokok Durian Belanda untuk promosi, harganya rm5 sepokok. Saya order tea tarik dan roti canai. Sekeping rasa tak cukup lalu order mihon goreng dan telur dadar. Sambil makan berborak dengan Harun Basir dan Din Pomen. Sebelum meninggalkan warung tiba-tiba Tok Imam menghulur duit rm104 hasil jualan 10 pokok kelapa dan satu pokok durian belanda dua minggu lalu. Seronok juga dapat wang hasil titik peluh sendiri.

Jam 9 pagi masuk kebun. Pagi ini saya mulakan dengan kerja mengangkut batu simen sebanyak 350 bini yang berlonggok tepi jalan dalam kebun sawit abang Jama. Seterusnya angkut 16 keping atap dari pondok kebun hadapan ke kebun belakang. Binaan stor di kebun belakang telah 60% siap.

Seterusnya saya berjalan sepanjang beberapa baris pokok pisang lemak manis. Ada tiga pokok telah berbuah. Pokok kelibatan subur dan ada kelihatan banyak anak yang tinggi sekaki. Anak pisang ini boleh dipindahkan membentuk satu baris baru 35 pokok. Sstakat ini ada lima baris. Saya teruskan perjalanan memeriksa pokok pisang berangan pula hingga ke barisan hujung sekali. Terkejut melihat ada kesan tapak kaki binatang dan beberapa batang anak pokok pisang tercabut. Angkara siapakah ini? Saya meneruskan perjalanan menyusur tepi pagar. Ada beberapa tempat jaring hitam telah melelepek ke bawah. Ada yang terputus ikatan. Sewaktu melintas pagar tepi kebun getah tiba-tiba seekor kera meluru keluar melanggar jaring pagar. Dia tidak lepas keluar, lalu mengundurkan diri. Dia uja kali kedua, kali ini meluru ke bawah jaring. Dia berjaya melepaskan diri. Itulah gayanya sang pencuri masuk kebun. Bila sahaja sedar tuan ada memerhati terus sahaja cabut menyelamatkan diri. Saya suruh Amir betulkan jaring pagar yang mendap itu.

12.30th.... pulang ke rumah kampung Sentosa. Lepas zohor pergi makan kenduri di rumah Chop. Makan nasi sayur lemak kuning ubikayu, sungguh enak. Banyak lagi lauk lain tetapi yang paling istemewa ialah sayur ubikayu.

Lepas asar pergi ke kebun sekali lagi. Kali ini saya ambil buah durian belanda yang telah dipetik. Saya bawa buah itu kampung Awah untuk jual borong kepada akak Zainab yang jual buah. Saya dapat rm30 hasil jualan buah durian belanda.

Hari ini saya dapat rm134 hasil jualan. Sungguh seronok dapat duit dari hasil titik peluh sendiri.

..... bersambung