nuff

Friday, December 5, 2014

Buah Durian Belanda: Makan isi, semai biji.

Hari selasa 2 Disember 2014, 9 malam saya merayau-rayau di Supermaket SOGO KL. Tiba-tiba saja berjumpa dengan duriadn belanda. Saya terus membeli sebiji. Harganya rm9, beratnya dianggar 700 gram. Buahnya kelihatan elok tetapi masih keras. Selepas dua hari ia saya picit.. lembek... tandanya sudah masak. Saya dan WAWA terus mengupasnya. Kami hadap bersama. Anak lelaki kami yang dua orang itu tidak gemar. Langsung tidak mahu menjamah. Kami makan separuh. Separuh lagi simpan dalam peti. Keesokan harinya saya makan sampai licin. Saya ambil bijinya.. ada 56 ulas yang elok dan7 dua ulas tidak sempurna.

24 Disember hingga 28 Disember 2014 yang lalu saya melawat bandaraya Ho Chee Meh. Saya berjalan-jalan di kedai buah dan pasar. Terdapat banyak buah durian belanda saiznya besar. Saya terus membeli beberapa biji. 

Buah yang masak kami kupas... makan isinya dan bijinya kami himpun.

Saya beli lagi beberapa biji yang tua tetapi belum masak. Saya bawa pulang. Dua hari kemudian ia masak. Saya carik dan asingkan biji dari isinya. Isinya yang bewarna putih itu saya simpan dalam peti sejuk.

Saya jadikan jus minuman. Tambah sesudu madu lebah, bland dan minum bersama WAWA. Huh enak sungguh rasanya.

Kini saya ada stok 950 ulas biji durian belanda. 85 ulas telah semai dalam polybag.
Inilah pencapaian saya pada 7 Januari 2015.

Hingga 8 Januari 2015 sudah berjaya menyemai 137 polybag.

Terkini pada 8 Januari 2015

Marathon ini masih diperingkat permulaan. Perlukan stamina. InsyAllah aku akan harungi.

Hingga 15 Januari 2015 berjaya menyemai 232 pokok.

Perjalanan masih jauh ke garis penamat. Aku mesti bergerak lebih laju.

27/1/2015.
Hingga kini 569 ulas biji durian belanda berjaya disemai. 60% berjaya disemai.

Semai dalam bekas plastik besar. Boleh muat 100 ulas setiap bekas.

28 Januari 2015

Kerja menyemai biji benih durian belanda mesti disiapkan sebelum akhir bulan ini.

771 biji benih atau 81% berjaya disemai.

29 Januari 2015
Selepas solat subuh, saya berjaya semai 102 ulas pagi tadi menjadikan 873 telah berjaya disemai. Ambil masa 15minit sahaja. Ada baki 77 ulas sahaja lagi. Saya mahu siapkan hari ini juga. Saya mahu mencecah garisan penamat petang ini.

Hah.... tambah lagi 151 berjaya disemai menjadikan 1024. Sudah melepasi 950. Sudah melepasi matlamat sebanyak 74 ulas.

Mulai sekarang merenung percambahan pula. Tentulah harap tumbuh 100%. Bulan Februari adalah bulan penantian.

2 Februari 2015
Setelah 25 hari disemai masih belum nampak walau satupun yang cambah. Rasa berdebar juga bimbang tidak menjadi. Kalau ikut perangai biji durian belanda mula bercambah antara 15 hingga 30 hari.

9 Februari 2015. Masih tiada yang muncul walau satupun. Kumpulan yang semai 7/1 kini telah masuk hari ke 33. Masih sabar menunggu. Nampak seekor siput sedang merayap di atas polybag.

Syukur alhamdullilah. Telah mula cambah. Terdapat empat percambahan.
Jam 2petang didapati lima percambahan baru menjadikan sembilan percammbahan. Siput mula memanjat dan merayau dalam polybag. Nak cari apa? Tentu nak cari pucuk daun muda. Macam mana nak halau siput?

Kelihatan empat benih yang cambah.

Percambahan makin laju. Siput pula sudah merayap menghala ke kawasan semaian. Mesti buat pemantauan yang kerap dan cari kaedah mengawal. Ada kawan kata tabur garam disekeliling semaian.

Terus bertambah.

14/2/15.  Memang ada musuh.. terdapat dua ekor siput sedang berihat dalam polybag semaian padahal telah tabur garam. Ini bermakna dinding garam tidak berkesan.

Hari ini adalah hari yang ke38, terdapat 40 percambahan semuanya.

16/2/2015
Hari yang ke 42, pertumbuhan meningkat kepada 47. Ancaman siput masih ada.

17 Februari 2015
Hari yang ke41, terdapat 57 percambahan. Nampak belalang hinggap di permukaan semaian. Adakah pengancam?

23 Februari 2015.
Cuti lima hari. Lamalah tidak update percambahan. Kini percambahan menjadi 93. Ada yang sudah keluar sepasang daun. Kelihatan segar dan hijau.

25 Februari 2015.
Benih yang cambah mencecah 128.

1 Mac 2015
Percambahan makin laju. Kini dianggarkan 260 benih telah cambah.

Dianggarkan 20 pokok yang tumbuh awal telah mengeluarkan tiga daun.

Hari ini 2 Mac 2015. Benih yang cambah meningkat kepada 360pokok.

4 Mac 2015. Benih yang cambah telah mencapai 420.

Sudah mula keluar daun ke empat.

6 Mac 2015. Bilangan biji benih yang cambah telah melebihi 450. Kadar pertumbuhan belum sampai separuh.

6 Mac 2015. Kumpulan pertama 30 anak pokok durian belanda benih dari Vieatnam dalam perjalanan ke kebun. Usia anak pokok ini ialah satu bulan. Daunnya sudah ada tiga helai. Sudah mula muncul pucuk yang keempat.
9 Mac 2015. Hari yang ke 60( dua bulan)  pertumbuhan mencapai 500.
12/3/15. Daun bergulung dan berlubang. Saya buka gulungan itu. Tiba-tiba jatuh ulat warna hijau.

Satu lagi ancaman selepas siput. Perlu benteras. Caranya pokok disembur racun ulat/anai2. Saya telah lakukan sebentar tadi.
Harap rama-rama atau ulat tidak hinggap untuk tempoh dua minggu ini kerana kini pokok berbau yang sangat menyakitkan hidung.

Ulat makan daun muda duduk dalam daun yang bergulung.

1 April 2015.
Anak pokok yang berusia 50 hari. Telah ada tujuh helai daun. Tingginya 6 inci.

3 April 2015
Sudah ada tujuh helai daun. Usia sembilan minggu dan tunggi satu jengkal.

17 April 2015
Sudah ada sekurang-sekurang 10 helai daun bila usia 11 minggu.

2 Mei 2015
27 pokok anak durian belanda telah ditanam dalam kebun.

17 Jun 2015

11 comments:

Anonymous said...

Saya semaikan dalam tray dulu kemudian pindah kedlm poly bag 3 x 6 sebab nak jimat tanah, selection yg hidup rentat, asingkan yg tinggi/rendah, elakkan ulat hijau, siput, hama tanah. Bila confirm tinggi 8 '' baru pindah kedlm polybag 3 x 6 '' yg sy maksudkan tadi. selepas seminggu baru iklan promosi jualan. 950 x rm5 = rm $$$$, tolak kos poly bag, tanah hitam, siram, peluh jantanbetinapondan selepas 60 hari dapatlah gaji + bonus

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih cadangan yang baik. Kalau ikut matematik memang seronok. Tetapi yg hidup baru 550 aja.

Yahya Zainal Abidin said...

Kalau usahakan sungguh dan beri perhatian memang boleh buat duit.

Unknown said...

salam..saya nak bagi pendapat tentang tanaman tuan dan saya penah alaminya..biji benih yang kat polibeg tu mesti dalam kn dri permukaan tanah??dulu sye buat dalam..memang lambat nk tolak tanah..tpi setelah belajar car semaian yang betul saya dapat jimatkan hampir 15 hari bercambahan berbanding yang tanam dalam.saya boleh buat dalam 26 ke 30 hari je.kalau x pecaye tengok kt blog sye..x update macam tuan..tpi ckup la tuk saya bagitau hasilnya bagaimana..dalam masa 40 hingga 50 hari saya da ada 500 pokok lbih kurang yang bercambah..happyhealthgardens.blogspot.com

Yahya Zainal Abidin said...

Satu cadangan yg baik. Nanti saya cuba.

dizaniedin said...

di mana saya mahu dapatkan biji benih durian belanda tu? pm saya 019-8008438

jusinfiniti said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
..
.merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

saya nak mendapatkan benih yg belum disemai untuk durian belanda..klu bley area k.bharu...whatapp 017-9299818

Unknown said...

saya nak mendapatkan benih yg belum disemai untuk durian belanda..klu bley area k.bharu...whatapp 017-9299818

Unknown said...

Hebat bro ....
Terpana dgn usaha anda !
Sy juga sdg mencari varieti durian belanda jumbo...

Post a Comment