nuff

Sunday, November 30, 2014

Kebun Kampung Lompat - Disember 2014

Kini masuk bulan ketujuh marathon yang panjang ini. Setengah tahun telah dilalui. Seolah-olah telah melalui satu semester pengajian di universiti untuk mendapat ijazah. Perlu semak semula kelemahan.
Tindakan pertama .... kaji khidmat setiap orang pekerja. Jika ada yang kurang efision ambil tindakan. Telah ambil tindakan rehatkan seorang.
Tindakan kedua .... bina pagar elektrik sebagai tambahan kepada longkang. Siap bina pagar elektrik empat lapis dan tiga lapis. Kos pagar hadapan rm3700 dan belakang rm2700. Tiang pagar 200 batang kosnya rm700. Jumlah keseluruhan membina pagar elektrik ialah rm7100.00
Tindakan ketiga .... cari khidmat buruh yang lebih murah tetapi lebih cekap.
Tindakan keempat ... pemantauan yang lebih teliti dan menyeluruh. Disusuli tindakan pembetulan yang pantas.
Tindakan kelima ... tanam rumput penutup bumi dan pokok roselle untuk membendung hakisan.
Tindakan keenam ... tanam kelapa 500 pokok dan durian belanda 100 pokok.
Tindakan ketujuh ... siapkan pondok & stor.

2/12/2014 ... hari yang istemewa kerana menerima bantuan baja, racun dan alat pertanian daripada Jabatan Pertanian bernilai rm15,000.00  Sebelum ini saya telah mendapat bantuan pagar dan baja.
Terima kasih Kerajaan Malaysia.

Saya meninjau kebun petang ini. Usaha enam bulan yang lalu sudah nampak hasilnya. Nampak ada pokok durian belanda subur tetapi ads beberapa batang pokok condong. Mungkin tanah yang memegang akar tidak kukuh kerana lembut disebabkan hujan. Saya pasangkan kayu untuk menambat batang agar tegak semula.


Anak pokok yang disemai sendiri telah mula memeriahkan lagi kebun ini. Petang ini saya telah menanam enam pokok sepanjang tepi pagar.


Masih ada yang condong.
Perlukan penyokong.

Telah pasang tiang penyokong... kelihatan tegak semula.

Kelihatan satu turus pagar tumbang kerana tanah mengalami hakisan. Perlu dibaiki segera. Sudah hubungi Khairul.

Terdapat beberapa tempat masih lompang.... belum ditanam dengan nenas. Perlu penuhkan. Telah beritahu Jsma supaya dilaksanakan segera.

Aduh kasihan..... terbakar.... terlebih baja.
Sudah dua batang anak pokok durian belanda yang aku semai mati kerana panas akibat pembajaan yang tidak betul. Aku perlu berhati-hati selepas ini.

Sudah tanam empat ekar. Sedang berjuang tanam dua ekar lagi.

16 Disember 2014.. jam 6.40pagi.. aku memantau kebun ini. Terkejut sebatang pokok durian belanda terkulai. Pekerja tidak perasan?


Tidak boleh dibiarkan. Aku terus ambil tindakan.

Kini kau tegak semula. Seronok tengok pokok segar dan tegak. 
Terdapat perbezaan perasaan antara tuan punya dan pekerja. Kita suruh pekerja cabut rumput dan anak pokok liar di keliling pokok durian belanda. Bila cabut anak pokok liar menyebabkan pokok db hilang sokongan menyebabkan ia condong. Oleh kerana tiada arahan minta menegakkan pokok db maka ia dibiarkan begitu. Aduh.... tiada perasaan kasihan kepada pokok. Sebab itu tuan punya kena buat pemantauan selalu.

18 Disember 2014, jam 5.30petang.
Dapat berita kurang sedap dari Jama.. mengatakan 17 pokok anak kelapa tercabut angkara monyet atau beruk. Ini kali keempat pokok kelapaku dibinasakannya.

Nampaknya pagar elektrik dirempuh juga.
Kena ambil tindakan lain pula. Mesti ada orsng duduk di dalam kebun sepenuh masa.
Tindakan segera ialah buat pondok untuk pekerja.

20 Disember 2014
Sekali lagi dugaan besar. Tengok ini dia makan dan tinggalkan tompok hitsm dalam kebun.

Tebu yang tumbuh subur baru dapat baja minggu lepas gondol diratahnya. Nampaknya tebu adalah kesukaan mereka.

Huh.... dia lompat je longkang.
Ok kena buat pagar elektrik juga. Aku mahu bertindak sekarang. Terus beli dawai dan minta Khairul pasang sambungan pagar elektrik sekeliling tanah.
 



21 Disember 2014
Didapai ada pokok durian belanda yang layu dsn ada yang luruh semua daunnya dan dehannya boleh dipatah-patahkan
Saya potong pokoknya dan sarungkan dengan tin minuman untuk melindungi kulitnya.

Saya jirus air yang dibancuh racun anai-anai ke pangkal pokok untuk membenteras anai-anai. Satu kemungkinan ia diserang anai-anai. Saya cuba-cuba aja.

31 Disember 2013
Penutup tahun 2014.... tidak disangka banjir besar melanda. Tidak kurang 30 pokok kelapa tenggelam. Hanya dua pokok yang di bawah nampak pucuk sahaja. Tidak kurang 100 pokok buluh madu tenggelam. Tidak kurang 70 pokok durian belanda yang tenggelam.



Anak pokok nenas juga ada yang tenggelam. Kira-kira dua ekar tenggelam.

Paras air masih naik.
Sudah jadi ketentuan Allah. 
Saya akan terus berusaha.

No comments:

Post a Comment