nuff

Saturday, March 31, 2018

BERJINAK DENGAN NANAS MD2. Siri 02

Banyak pelajaran yang diperolehi dari lawatan ke KULIM PINENAPLE Ulu Tiram.

1. Sembur hormon ke pokok nanas mesti selepas 5.30ptg atau sebelum 9.30pagi.
2. Akar pokok nanas tidak boleh terendam lebih 24 jam.
3. Sulur nanas perlu rendam sekurang2 empat jam dalam cecair racun kulat.
4. Selepas usia 4 bulan, pokok nanas diberi baja cecair semburan daun. Sama spt para 1 juga.

1/4/18
Tanam 200 sulur nanas.
Gaul baja dalam lubang, kambus lubang, siram, tutup dengan plastik hitam dan tanam sulur dengan cara menebuk lubang pada plastik itu. Saya Amir berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

14/4/18
Rancang mahu beli 1000 sulur nanas dari Ladang Nanas Ulu Tiram. Tapak untuk 1000 salor telah siap. Berjaya beli 1200 sulur pada 29/4/18.

Target untuk tanam 1400 dalam bulan April. Siap tanam pada 30/4/18 sebanyak 1175. Baki 225 siap tanam pada 1/5/18.

11/5/18
Beli 1000 sulur benih MD2 dari kebun pn Ita di Sungai Miang.  Telah hantar ke kebun. Hingga kini telah tanam 2400 salur nanas MD2. Target ialah 30,000 salur.

27/5/18
Beli 1100 sulur benih MD2 dari Ulu Tiram. Siap tanam dalam tempoh 2 hari.✔

10/6/18
Beli 500 sulur dari pn Ita Sungai Miang. Siap tanam.✔

24/6/18
Akan beli 1200 sulur dari Ulu Tiram. Tapak untuk tanaman telah siap sedia. Siap beli 1400 salur.✔

01/4......  200
29/4......1200
11/5..... 1000
27/5 .....1100
10/6......  500
24/6......1400     ..... 5400✔
01/8......1500     ..... 6900✔
15/8......1500     ..... 8400✔
28/8...... 1000    ......9400✔
07/9.......1000    .....10400✔
14/9.......1000    .....11400✔
21/9.......1000   ......12400✔
07/10.... 1000 ........13400✔
14/10.....1000  .......14400✔

Tuesday, March 27, 2018

Cuti satu hari 27/3/18

Cuti yang terkumpul ada 15 hari lagi. Mustahil boleh dihabiskan hingga 31/3/18 ini. Ambil satu hari ada baki 14 hari. Hanguslah 14 itu. Ok tidak mengapa.
Hari ini nak lakukan perkara berikut:
1. Hantar surat permohonan bantuan projek kelapa. ✔ .... melaksanakan pemulihan. Merancang untuk dapatkan bantuan.
2. Punggah 40 batang pokok ubikayu yg bersepah ke satu tempat. Siap 50 ✔ .... melaksanakan maintanance untuk kembalikan kebersihan Loving Garden.
3. Racun kawasan yg belum kena racun di kebun belakang. Ditangguhkan kerana hujan. Sebelum ini upah orang memotong rumput tetapi lalang makin kuat tumbuhnya. Ambil langkah menghapus lalang dengan cara meracun. Telah siap 40%.
4. Siram pokok lada kecil dengan air basuhan ikan bilis. ✔

Kerja yang mudah boleh lakukan sendiri dengan segera.
Kerja yang mencabar perlukan kesabaran dan ketelitian. Jika melibatkan komunikasi perlu berhati2. Tunjukkan minat, beri peluang pegawai kemukakan pandangannya. Kita akan dapat pengetahuan baru.
Contohnya sewaktu menghantar surat permohonan ke JPN, pegawai yg bertugas memberikan pandangan dan pengalamannya tentang penanaman kelapa. Sungguh berfaedah.

Kejayaan pada 27/3 .... 3/4.... 75%

Monday, March 19, 2018

Cuti 2 hari 20&21 Mac 2018

1. Daftar koperasi keluarga ZA.✅✔
2. Ambil batu nisan dan tanam.✔
3. Siapkan surat mohon bantuan kebun kelapa.✅✔
4. Racun rumput belakang rumah. Telah buat tetapi kena hujan. Akan ulangi pada 25/3/18✅ telah ulangi tetapi belum siap.✅
5. Pasang paip siram lemon depan rumah✔
6. Semai biji lada 25 ulas. Belum dilaksanakan.

8/12 = 75%
9/12 = 80%