nuff

Thursday, October 9, 2014

Putik Durian Belanda Keguguran

Hairan sejak tiga bulan kebelakangan ini putik durian durian sentiasa gugur. Saya hanya merasa dua biji yang mula sahaja. Lepas itu putiknya tiada yang lekat.

Inilah pokok yang rajin berputik tetapi kebelakangan ini asyik keguguran.

Selepas beberapa hari puyik ini gugut. Apa sebabnya? Perhati betut2... ada semut. Saya perhatikan ada beberapa ekor semut berkerumun di keliling tangkai. Ada itu penyebabya?

Siapa tahu apa sebabnya?

Tengok yang ini... minta2 boleh lekat.

Melalui pengamatan , saya agak gerombolan semut yang mengelilingi putik adalah penyebab?
Saya gunakan kaedah mesra alam. Saya bland bawang putih dan ambil airnya. Saya sembur kepada putik durian belanda itu. Nampak gerombolan semut itu lari. Saya akan tinjau lagi.


Malam semalam saya sembur dengan air bawang putih... semua semut lari. Pagi ini saya buat pemerhatian. Didapati semut-semut itu bertumpu balik di tangkai putik itu. Malam ini saya akan buat pemerhatian lagi.

Saya campurkan cecair bawang putih dengan sabun supaya cecair itu melekat lebih lama. Saya semburkan sekali lagi.

2 comments:

rosdi azis said...

pokok durian belanda tidak berbuah kerana kadar pendebungaan yang rendah. Ini kerana daun durian belanda bersifat insect repellen.Serangga seperti lebah jarang kite lihat berada di pokok durian belanda.lagi satu waktu kesuburan fasa jantan dan betina berlainan.oleh itu durian belanda memerlukan pendebungaan berbantu.caranya,
gunakan berus lukisan dan sapukan pollen dari fasa jantan (seperti gambar 2) pada permukaan stigma pada fasa betina (seperti gambar 4). pilih bunga yang kelopoknya telah terbuka kerana stigmanya telah subur. fasa betina biasa bermula jam 4-5 ptg.dan fasa jantan biasanya bermula jam 8-9 malam. elakkan pendebungan berbantu dilakukan awal pagi kerana kesuburan fasa betina pada tahap minimum.

Yahya Zainal Abidin said...

Ini ilmu yang sangat berguna. Saya akan cuba. Terima kasih encik Rosdi Azis.

Post a Comment