nuff

Wednesday, October 1, 2014

Kebun Kampung Lompat - Oktober 2014

Adakah usaha ini akan pulang modal? Adakah boleh untung? Adakah akan rugi? Adakah usaha ini tidak menyalahi undang-undang? Tidak mengganggu ketenteraman penduduk? Adakah usaha ini memberi pekerjaan kepada penduduk kampung? Adakah model yang baik kepada aktiviti pertanian? Usahawan tani?

Hari pertama bulan Oktober.
Semua pokok sudah dapat baja. Hari ini membaja dua baris yang paling bawah. Jadual membaja dua bulan sekali. Membaja yang akan datang ialah akhir bulan November.

Pokok kelapa tepi pintu pagar kelihatan subur. Ada sebaris pokok pinang di kiri dan kanan pintu pagar. Di tepi timbunan yang memanjang sebelah longkang ditanam tebu dalam deretan yang panjang.


Buah labu kelihatan subur.


Tebing tanjung dalam kolam dipenuhi tumbuhan... antaranya keledek.

Tanaman kontan yang akan dimuatkan di ruang tepi paya yang tidak digunakan ialah keladi dan benteng tepi longkang sempadan ialah tebu. Usaha ini telahpun dimulakan dan akan dipergiatkan bulan ini.

Didapati beberapa batang pokok kelapa mati. Ada beberapa kawasan belum ditanam kelapa. Tanah pangkal pokok durian belanda terhakis... perlu letakkan tanah baru dan juga penghalang.

4 Oktober 2014
Jam 7 pagi.. dua ekor beruk tidak diundang menceroboh kebunku. Tangan dan mulutnya rakus. Ada yang dicabut... pucuk dan umbi dimamahnya.


Inilah cabaran terbaru. Kena cari jalan. Apa ya?
Mungkin kena buat pagar yang mengelilingi setiap pokok di tepi sempadan itu?

Hari ini Jama menanam 48 pokok durian belanda di antara pokok kelapa. Keesokan harinya saya membaja pokok yang baru ditanam itu.

Saya gunakan teknik baru iaitu tebuk tiga lubang dekat pangkal.isikan baja ke dalam lubang. 18 pokok semuanya.

Saya cuba cara kedua. Tebuk satu lebang dan masukkan baja dalam lubang dan taburkan sedikit disekeliling. 
Hari ini saya guna cuptaan teknologi itu mesin penebuk lubang menanam durian belanda. Sungguh pantas. Boleh digunakan gali lubang turus pagar. Titik pulang modal jika boleh gali 1000 lubang.


7 Oktober
Ini ialah pokok kelapa mataq... saya beli rm24 sepokok. Kini baru dua kaki tinggi.


Ini pokok yang berharga rm50 sepokok. Kini tingginya 5 kaki.


Masih banyak lagi kawasan yang belum ditanam pokok kelapa. Pagi ini saya mahu menanam beberapa pokok. Saya dibantu oleh Harun dan Jama berjaya menanam 14 pokok kelapa pandan. Jama pula berjaya menanam 130 pokok durian belanda. Sebelah petang hujan turun menyiram semua pokok yang ditanam, alhamdulillah.

11 Oktober 2014
Mulai bulan ini Kebun Kampung Lompat menambah keluasan. Bertambah 13 ekar lagi. Kawasan baru ini terpisah 500meter dari kawasan sedia ada. Untuk sampai ke sini terpaksa melalui tanah sepupu saya hj Jamaludin bin Ismail. Pembersihan tanah ini melibatkan kos rm21,900.00. Iaitu kerja membersih kawasan dan membuat longkang. Tapak ini akan tanam kelapa. Sebelum tanam kelapa, tanam tebu dahulu. Kerja menanam tebu bermula menggali longkang untuk menanam tebu. Guna jentera buat alur untuk tanam tebu. Cepat sungguh.


Benih tebu disusun dud-dua dalam longkang jarak 2kaki. Jarak antara longkang 8 kaki.


Benih tebu dikambus. Hingga 13/10 baru berjaya tanam 350 pasang beneh tebu. Target bulan Oktober ialah dua ekar.  Kejayaan menanam tebu setakat ini ialah 10.2%.


Membaiki teres.


Benteng teres masih semak ditumbuhi pokok liar. Aku bercita-cita mengganti dengan tumbuhan yang berfaedah seperti roselle.

14 Oktober 2014.
Jama telah tanam semua anak pokok durian belanda. Kini semua pokok durian belanda yang berjaya ditanam lebih 750 pokok. Kelapa pula 450 pokok. 

15 Oktober 2014
Buat pertama kalinya saya menanam empat anak pokok durian belanda yang disemai sendiri. Biji benihnya dari pokok belakang rumah yang saya tanam setahun setengah yang lalu. Sungguh berjasa.


Beri perlindungan... masih kecil... beri baja dan siram



Aku terasa rindu dan ragu. Apa khabar anak kecil empat beradik?

Semalam benih nenas datang bertimbun.
12000 pokok semuanya. 


Hari ini 17 /10 ... beberapa ratus telahpun ditanam.

Trektor sedang pelau tanah tambahan di belakang tanah yang di belakang.


Walaupun jentera melaksanakan kerja pelau tanah.... kerja yang lebih teliti mengutip kayu perlukan ulang empat kerat.


23 Oktober 2014
Memetik daun durian belanda dari kebun. Ini adalah kali pertama. Daun ini akan dikeringkan dan akan hantar ke Makmal herba Malysia Techonology Park Raub untuk diproses jadi tea herba. 
Daun ini akan dikeringkan dahulu.



Produk dari kebun telah mula mengorak langkah. Dalam proses ujian makmal.
Rakaman pada 4 Januari 2015. Pemandangan dari hadapan pintu masuk. Waktu ini banjir sudah mulai surut.

1 comment:

أحمد شكور said...

Asslm,saye nk tnyer...pkok kelapa yng sudah besar perlu ke dibersihkan kwasan sekitarnya dari rumput dan lalang...perlu ke pokok tu disoram...atau siram mser pkok tu kcik je??

Post a Comment