nuff

Saturday, March 31, 2018

BERJINAK DENGAN NANAS MD2. Siri 02

Banyak pelajaran yang diperolehi dari lawatan ke KULIM PINENAPLE Ulu Tiram.

1. Sembur hormon ke pokok nanas mesti selepas 5.30ptg atau sebelum 9.30pagi.
2. Akar pokok nanas tidak boleh terendam lebih 24 jam.
3. Sulur nanas perlu rendam sekurang2 empat jam dalam cecair racun kulat.
4. Selepas usia 4 bulan, pokok nanas diberi baja cecair semburan daun. Sama spt para 1 juga.

1/4/18
Tanam 200 sulur nanas.
Gaul baja dalam lubang, kambus lubang, siram, tutup dengan plastik hitam dan tanam sulur dengan cara menebuk lubang pada plastik itu. Saya Amir berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

14/4/18
Rancang mahu beli 1000 sulur nanas dari Ladang Nanas sg Tiram. Tapak untuk 1000 salor telah siap. Berjaya beli 1200 sulur pada 29/4/18.

Target untuk tanam 1400 dalam bulan April. Siap tanam pada 30/4/18 sebanyak 1175. Baki 225 siap tanam pada 1/5/18.

11/5/18
Beli 1000 sulur benih MD2 dari kebun pn Ita di Sungai Miang.  Telah hantar ke kebun. Hingga kini telah tanam 2400 salur nanas MD2. Target ialah 30,000 salur.

Tuesday, March 27, 2018

Cuti satu hari 27/3/18

Cuti yang terkumpul ada 15 hari lagi. Mustahil boleh dihabiskan hingga 31/3/18 ini. Ambil satu hari ada baki 14 hari. Hanguslah 14 itu. Ok tidak mengapa.
Hari ini nak lakukan perkara berikut:
1. Hantar surat permohonan bantuan projek kelapa. ✔ .... melaksanakan pemulihan. Merancang untuk dapatkan bantuan.
2. Punggah 40 batang pokok ubikayu yg bersepah ke satu tempat. Siap 50 ✔ .... melaksanakan maintanance untuk kembalikan kebersihan Loving Garden.
3. Racun kawasan yg belum kena racun di kebun belakang. Ditangguhkan kerana hujan. Sebelum ini upah orang memotong rumput tetapi lalang makin kuat tumbuhnya. Ambil langkah menghapus lalang dengan cara meracun. Telah siap 40%.
4. Siram pokok lada kecil dengan air basuhan ikan bilis. ✔

Kerja yang mudah boleh lakukan sendiri dengan segera.
Kerja yang mencabar perlukan kesabaran dan ketelitian. Jika melibatkan komunikasi perlu berhati2. Tunjukkan minat, beri peluang pegawai kemukakan pandangannya. Kita akan dapat pengetahuan baru.
Contohnya sewaktu menghantar surat permohonan ke JPN, pegawai yg bertugas memberikan pandangan dan pengalamannya tentang penanaman kelapa. Sungguh berfaedah.

Kejayaan pada 27/3 .... 3/4.... 75%

Monday, March 19, 2018

Cuti 2 hari 20&21 Mac 2018

1. Daftar koperasi keluarga ZA.✅✔
2. Ambil batu nisan dan tanam.✔
3. Siapkan surat mohon bantuan kebun kelapa.✅✔
4. Racun rumput belakang rumah. Telah buat tetapi kena hujan. Akan ulangi pada 25/3/18✅ telah ulangi tetapi belum siap.✅
5. Pasang paip siram lemon depan rumah✔
6. Semai biji lada 25 ulas. Belum dilaksanakan.

8/12 = 75%
9/12 = 80%

Sunday, February 18, 2018

Tindakan upgrade Loving Garden

Selepas lima tahun, LOVING GARDEN kelihatan usang, semak. Pokok durian belanda yang hidup subur dan rajin berbuah sudah pupus. Hanya tinggal pokok kering. Bila ditolak begitu mudah tumbang. Pokok ubikayu sudah tumbunh tidak terkawal. Ada pokok yang meranting dan berlengkar. Ada yang tumbang kelihatan umbinya terjongket keluar dari permukaan bumi. Begitu huduh bentuknya. Lalang pula bukan main subur meliputi kira2 30% kawasan. Sakibaki pisang nangka masih ada yang tumbuh. Pada mulanya mahu dihapuskan semuanya tetapi kini saya ubah fikiran mahu memindahkannya ke kebun. Saya akan ambil 10 anak pokok untuk memanjangkan zuriatnya.
Lima tahun lalu saya tanam 5 pokok durian. Tiga daripadanya musang king, semuanya mati. Hanya tinggal dua pokok baka IOI.

LOVING GURDEN adalah kebun kecil seperti rojak. Nasib baik pagarnya kukuh. Tiang pagar besi L, jaringnya dawai besi bersalut plasti hinjau . Bahagian bawah kira2 setengah kaki dikonkrit. Hujung jaring terbenam dalam simen konkrit. Ini menambahkan kekuatan pagar ini.

Apakah impianku terhadap LOVING GARDEN ini?

1. Sistem menyiram yang lengkap. Ada tangki yg menyimpan air hujan dan tangki menyiram air baja.
2. Memberi hasil jangka pendek, sederhana dan panjang.
3. Tiada pembaziran.

18-23 Feb. 2018

1. Pasang paip air. Penyambung T ✔, stoper✔,  tap dan kiip 2.✔ Batang besi 2( bawa dari rumah Kuantan). Siap
2. Tebas keliling pokok lemon. ✅
3. Cucuk keliling pokok untuk putuskan akar lalang dan rumput liar dan untuk gemburkan tanah juga.✅
4. Tebang pokok mengkudu.✅
5. Sembur racun untuk halau kerengga.✅
6. Buang pokok ubikayu.✅✔
7. Gali 3 lubang utk tanam buluh. Tanam pokok buluh✔
8. Tungkat dahan pokok lemon yang ada buah.✅✔
9. Buang pokok pisang.✔
10. Tebas keliling pokok buluh.✅✔
11. Sembur racun kulat pada batang pokok lemon yg baru tanam.✅✔
12. Tabur baja penggalak akar keliling pokok lemon dan jambu pasir yg baru tanam.✅✔

✔..... bermaksud siap dilakukan dalam tempoh.
✅ .... bermaksud dilakukan selepas tarikh akhir.
❌.... bermaksud masih belum disiapkan.
✔.... 2 markah
✅....1 markah

Walaupun terlewat tetapi semua yang dirancang berjaya disiapkan. Markah yang diperolehi ialah 3x2 + 9x1 = 15. Markah penuh ialah 24. Pencapaian ialah (15×100)÷24 = 62.5%

Jika kau tewas dengan rumput, ia akan menewaskan pokok yang kau tanam. Oleh itu sebelum dia menjalar jauh atau membesar cepat-cepat hapuskan.

Jika kau tidak beri baja, ia akan kurus dan pucat.

Jika kau tidak siram, ia akan layu. Jika tiada hujan mungkin akan kering layu.

Terdapat sarang anai2 tepi pangkal pokok. Memang elok gemburkan keliling pokok dan kemudian jirus cecair racun anai2.

Kerengga juga banyak bersarang pada daun lemon. Perlu dihapuskan dengan cara menyembur racun serangga. Telah sembur racun serangga. Beberapa hari kemudian sudah tiada lagi tetapi daun terdapat karah hitam. Apa yang menyebabkan karah tersebut?

26 Feb - 2 Mac 2018

1. Cuci tompok semak pokok ubikayu.✔
2. Kumpul pokok ubikayu yang bertabur di permukaan tanah.✅✔
3. Potong rumput guna mesin rumput.
4. Gemburkan tanah keliling pokok lemon.
5. Tabur baja 15-15-15✔
6. Pasang polypaip 16mm & sambung saluran kecil kepada setiap pokok lemon.✔
7. Upgrade saluran polipaip bahagian pangkal supaya nampak lebih kemas.✅✔

3 Mac - 9 Mac

1. Tutup pangkal pokok lemon dengan kepingan tikar getah/kepingan keras.✅siap separuh.
2. Pasang saluran paip kecil pangkal pokok.✅✔
3. Buang pokok ubikayu dekat tangga dan septik tank.✔
4. Tanam dua pokok Lemon Australia.✔
5. Semai biji benih lada kecil.✔
6. Tanam anak lada kecil antara pokok lemon.✔
7. Tanam satu perdu buluh lemang.✔
8. Gali 20 lubang  dan tanam lada. Baru siap 9..✅ sudah siap tanam 15 batang.✅siap pindahkan ke polibag 6 pokok lada kampung dan 20 pokok lada Lombok.✔

(14+1)/8 = 15/16 = 93.75%

17/3 - 18/3
1. Tutup pangkal pokok lada & lemon dgn kepingan .✅
2. Gemburkan keliling pangkal pokok. ✅ pokok yang digemburkan kelilingnya kelihatan subur.

Banyak pokok lada mati dan layu. Ada kesan dimakan ulat dan ada yg tewas dengan kepanasan sinaran matahari.

31/3 & 1/4
1. Punggah 40 batang pokok ubikayu. Siap✔
2. Gali 10 pokok anak pokok pisang nangka.
3. Punggah 40 batang pokok ubikayu yg kedua. Siap 16.✅.✔
4. Racun lalang yg masih belum layu.✔
5. Gemburkan tanah keliling 10 pokok lemon.
6. Tutup pangkal 3 pokok lemon.✔
7.  Pasang wayer penyiram kpd dua pokok lemon yg tidak dpt air siraman.

4/7 = 57% kejayaan

7/4/18
1. Gembur 10 pokok lemon.
2. Pasang wayer penyiram kepada 4 pokok lemon.
3. Racun sakibaki rumput yang belum kena racun. Siap 80% ✅
4. Bakar berperingkat pokok ubikayu.✅
5. Punggah sakibaki kayu yang mati.✅
6. Tabur baja 15-15-15./ baja organik ✅ 4 pokok belum beri.✔
7. Tabur baja buah kepada pokok belimbing dan kelapa.✔
8. Bersihkan rumput pangkal pokok buluh lemang.✔

Wednesday, February 14, 2018

Tindakan 16, 17, 18 Februari

1. Beli racun KIN-UP satu tong 20 liter✔
2. Racun Allai✔
3. Racun kulat✔ Habis perlu beli lagi.
4. Ambil 3 perdu buluh lemang untuk tanam di kg Sentosa. Tangguh minggu hadapan. Gali lubang untuk tanam pokok buluh. ✔
5. Potong rumput keliling pokok db kebun belakang.✅sambung lagi.✔
6. Beri baja kpd pokok db kebun belakang.✅sambung lagi.✔
7. Periksa pagar belakang. Tangguh minggu hadapan. Siap.✔
8. Pasang penyambung T terus ke tangki air. Tangguh minggu hadapan.✔
9. Tanam satu pokok lemon di belakang rumah.✔
10. Racun rumput & anak pokok liar di kebun 4 ekar.✅sambung lagi.✔

Kejayaan minggu ini ialah 9/10 atau 90%.

Nombor 8 akan dibawa ke minggu hadapan.
Siap semua... 100%

Sunday, January 21, 2018

Meningkatkan Produktiviti

21/1/18

Target
1. Pengeluaran buah durian belanda:
    1/4/2018...... 50 kg/minggu
    1/7/2018...... 100 kg/minggu
    1/10/2018.... 200 kg/minggu
    1/1/19........... 300 kg/minggu
2. Bilangan pokok yang berbuah pada 1/6/18 sebanyak 800 pokok.

Aktiviti 1
Membuat lorong laluan untuk memudahkan kerja meracun lorong. Suruh pekerja meracun lorong dan bersihkan keliling pokok kelapa & durian belanda. Buat pemantauan minggu hadapan.
1. Mudahkan kerja pekerja agar cepat siap
2. Tunjuk contoh
3. Arahan yang jelas

Aktiviti 2
Buat demo tut dahan durian belanda. Suruh pekerja teruskan, siapkan 29 lagi. Buat pemantauan minggu hadapan. Sudah siap, elok kerjanya. Tetapi keputusan dua bulan lagi.

Aktiviti 3
Fokuskan kepada tanaman utama
Tanaman utama ialah Durian Belanda dan Kelapa. Pokok DB telah mengeluarkan hasil. Cari jalan agar buahnya mempunyai kualiti yang tinggi dan tingkatkan kilogram per pokok. Tindakan:
1. Beri baja organik pada 22/1/18. Satu tan rm848. Telah siap tabur baja. Masih belum mencukupi, perlu beli satu tan lagi.  Sudah beli satu tan lagi.
2. Elakkan guna racun di bawah pokok. Potong rumput gunakan mesin potong rumput. Telah mula potng guna mesin rumput.
3. Lepaskan dari belitan akar.
4. Hapuskan semut yg bersarang... beli racun REGAIN 500 500ML, harga rm63.

Aktiviti 4
Tingkatkan kekuatan pagar.
1. Baiki pagar elektrik.
2. Bina pintu pagar.
3. Beli tiang pagar besi. Beli 50 batang panjang 5 kaki.

Aktiviti 5
Buat jalan masuk ke kebun belakang belah barat. Tanda dan racun dulu.

Aktiviti 6
Potong rumput keliling pokok durian belanda kebun belakang dan tabur baja organik.

Saturday, January 6, 2018

Memori 311217

Hujan renyai2 kadang2 lebat.
Semalam aku merancang untuk menanam beberapa batang pokok lemon di belakang rumah. Aku membeli baju hujan sebagai persediaan.
Memang betul, pagi ini hujan renyai2. Aku memakai baju hujan untuk menanam tiga pokok lemon. Alhamdulilah, siap. Aku juga tutup keliling pokok yang telah ditanam dengan daun pisang dan tindih pula dgn pokok pisang supaya daun itu tidak terbang ditiup angin. Ini adalah teknik semulajadi untuk menghalang rumput rampai tumbuh di sekeliling pangkal pokok lemon itu. Ada 15 pokok yang belum dilindungi pangkal :
Sebelah tengahari pergi ke kebun.