nuff

Wednesday, June 24, 2015

Tindakan Harian

24 Jun 2015

1. Semai 10 biji benih kacang panjang.✔
2. Semai 10 biji benih markisa.✔
3. Pindahkan 2 pokok kacang panjang ke polybag yg besar.✔
4. Isi tanah ke dalam 50 polybag kecil dan semai biji durian belanda.✔
5. Pos dua surat ke MARDI.✔

Pokok kacang panjang yang telah dipindahkan ke polybag besar.

Benih markisa yang telah ditanam. Dua minggu baru tahu cambah atau sebaliknya.

50 polybag yang mengandungi biji durian belanda. 30 akan datang baru tahu keputusannya.

Benih kacang panjang boleh kelihatan selepas 7 hari.

25 Jun 2015

1. Pindahkan 30 anak pokok DB kedalam polybag.✔
2. Gam semula tapak kasut yang tercabut.✔
3. Melawat kebun kg Lompat.✔



26 Jun 2015
1. Tebang pokok pisang, ambil buahnya. Pisang lemak msnis.✔
2. Isi 20 anak pokok db ke dalam polybag.✔
3. Semai 30 biji db ke dlm polybag.
4. Beli skrew 5" & nut - 6 batang.

29 Jun 2015
1. Semai 50 ulas benih db.✔
2. Replant 15 anak pokok db.✔
3. Hubungi pengusaha minuman slieza. bidaraherba@gmail.com dan 09-5150445 & 013-9330445. ✔   sudah hubungi Ros tuan punya syarikat. Beliau juga menerima khidmat nasihat dan bimbingan MARDI.


30 Jun 2015
1. Susun polybag ikut kelompok.✔
2. Semai db 70 polybag. Hingga 7.30pagi baru dapat 25. Hingga 7ptg berjaya dapat 60. Siap 70 ✔
3. Punggah kertas kitar semula.
4. Baca buku BERESKAN KERJA 20 m/s.✔
  


1 Julai
1. Tanam 10 anak pokok db.✔
2. Masuk 15 polybag anak pokok yg disemai.✔
3. Selia kerja jentera baiki permukaan tanah pagar.✔
4. Baca buku BK 10 m/s.✔

2 Julai 2015
1. Masuk 20 pokok anak db ke dlm polybag.✔
2. Baca 10m/s buku BK.✔
3. Baca buku BAP.✔

Tuesday, June 23, 2015

NEXT STEP

22 Jun 2015.

Lokasi

Hubungi encik Abu Zarim bin Ujang
Pengurus Stesen MARDI Cameron Highlands.

23 Jun 2015.
1. Sudah tulis surat dan hantar kepada MARDI CH.✔
2. Hantar juga surat permohonan ke MARDI Serdang.✔

29 Jun 2015

Saya akan hubungi tuan punya pengeluar produk ini untuk panduan saya.

Saya dapat berbual melalui telefon. Sangat berfaedah. Hari rabu ini saya boleh jumpa.

8 Julai 2015
Pegawai MARDI ada call menerangkan kemudahan yg disediakan oleh MARDI. Stesen MARDI CH ada memproses buah utk dijadikan minuman. MARDI akan hantar surat.

22 Julai 2015
Tulis surat kpd Pejabat Pertanian Maran dan Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Telah hantar surat kepada Pej. Pertanian Daerah Maran.

23 Julai 2015
Melawat pejabat dan mesin BIDARA HERBA NIAGA di bangunan MARA Kuantan.

Mesin label tarikh lupus.

Air minuman yang dihasilkan oleh BIDARA HERBA.

31/7/15
Terima surat dari MARDI yang memperakukan untuk beri bimbingan untuk memproses buah durian belanda untuk dijadikan minuman. MARDI akan beri bimbingan di Cameron Highlands.

Thursday, June 18, 2015

Pemandangan Dari Jendela

18 Jun 2015
7.15pagi.

Jauh di belakang kelihatan pokok hutan, pokoknya kurus dan ada yang telah saka. Menandakan permukaan tanah yang memegang akarnya adalah lembap dan berpaya. Di hadapannya ada tembok batu yang terlindung merupakan pagar yang kukuh. Di hadapan tembok terdapat pokok jati yang besar, tinggi dan dahannya rendang. Banyak tumbuhan berakar menumpang dan bergayut. Kelihatan pokok oked hutan berdaun lebar membelit pokok jati itu. Kelihatan oked itu hidup subur. Terdapat juga akar yang berjuntai dari dahan jati. Begitulah satu kehidupan si parasait. Kelihatan akar sirih juga menumpang hidup. Ia memanjat berpaut pada akar dan pokok jati yang kuat itu.
Di sebelah pokok jati terdapat pokok pisang. Kelihatan kurang subur kerana dinaungi oleh pokok jati.  Kurang baja juga agaknya.
Di hadapan lagi nampak dua baris ampai kain. Bahagian atas ampai itu terbentang jaring plastik hitam. Jaring ini bertindak menghalang 70% cahaya matahari. Di bawah ampaian itu terdapat banyak anak pokok yang bercambah dari polibag. Polibag itu disusun dalam takung plastik berbagai warna. Terdapat banyak takung. Setiap takung memuatkan 15 polibag anak pokok.


Rupanya ada semaian anak benih durian belanda. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Usianya ada yang telah menjangkau lima bulan.


Tuesday, June 16, 2015

CERAMAH CEMERLANG MATEMATIK YAYASAN SABAH

Saya diundang oleh YS memberi ceramah kepada 350 orang guru Matematik seluruh Sabah.
Fokus saya ialah Hands on to minds on.
Saya buat persediaan rakaman video beberapa eksprimen.

Peserta yang mengikuti sesi ceramah dua jam seramai 350 orang.

Thursday, June 11, 2015

TM berangkat ke KIPSAS

Perkembangan Bahasa Arab di KIPSAS. Hari yang penting... TM dan duta UAE melawat KIPSAS.

Saya telah membentang program yang sedang dijalankan dan akan datang berdasarkan strategi belajar dari yang pakar, memperkasakan kebolehan pensyarah, mengoptimom motivasi pelajar dan limpahan kepada masyarakat sekitar.

Saya di kiri sekali, duta UAE, TM dan DS Safian SS.

Liputan akhbar DYTM Tengku Abdullah

Saturday, June 6, 2015

Ceramah Motivasi Matematik kepada pelajar SMA Besut

4 Jun 2015.
Saya cuti hari ini baru pulang dari Mesir, sampai rumah 4 pagi. Rehat sahaja dan mengantuk kesan jetlet.
Tiba-tiba dapat masej dari KIPSAS mengatakan ada group pelajar dari Besut seramai 40 orang melawat KIPSAS. Pihak promosi dan kaunseling mengatur program untuk mereka. Antaranya "Sesi Bersama Presiden KIPSAS". Puan Fiza menghubungi saya adakah saya boleh hadir? Dia tahu saya cuti. Saya memikirkan budak-budak itu datang dari jauh maka saya kuatkan semangat dan buat persediaan. Jam 9 malam saya dapat menghadirkan diri di dewan BARAKAH. Tetamu saya telah bersedia.
Saya gunakan pendekatan hands on to minds on untuk menerapkan minat meneroka matematik.

Saya perhatikan mereka cepat menangkap. Macam otak budak sbp je. Budak lelaki lebih laju.

Ini merupakan jawapan bagaimana hendak menarik minat budak lelaki belajar.

Wednesday, June 3, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - JUN 2015

Target bulan Jun.
1. Cuci tanah belakang daripada sakibaki tunggul dan pokok yg tumbang. Sudah siap.✔
2. Bersihkan tanah 4.5 ekar.✔
3. Bersihkan kepala paya sepanjang 20 rantai.
4. Tanam 500 pokok durian belanda. Sudah siap 270 pokok.✔
5. Tanam 400 pokok kelapa. Baru siap 100 pokok. Baki 300 pokok lagi.
6. Siapkan pondok.✔
7. Roto tanah Tan satu ekar.
8. Pasang pagar hingga bercantum dgn tanah Uda.

Tugas 7 Jun 2015
1. Siram pokok db yg kecil... 37 pokok.✔
2. Punggah tanah bakar utk tanam tiga pokok markisa.✔
3. Tanda lubang utk saluran paip di dapur dan bilik air.✔
4. Pasang tiang sokong pokok condong 5 batang.✔
5. Bincang rekabentuk tangga.✔

 8 Jun 2015

Rumput jalar yang cepat memanjat, amat ganas. Perlu dihapuskan sertamerta.

Telah dilepaskan dari belitan rumput yang membelit.


Pokok markisa telah membelit tiang. Ada tiga pokok semuanya. Pokok ini akan memanjat tiang dan menjalar di atas para.

Tangga ini perlu dirombak. Tidak menepati ukuran. Perlu bongkar dan bina yang lain.

Pintu telah dipasang. Dinding sedang dipekap lubangnya.


Pokok ini telah mendapat penyokong besi yang baru. Besi penyokong lebih dari tujuh kaki tinggi dan dihentak, tenggelam dua kaki. Pokok dipaut kepada tiang dengan cara menambat dengan tali. Kini pokok nampak tegak dan tegap.

13 Jun 2015
Genap setahun proses penanaman dan penjagaan. Sungguh bergelora pelayaran ini. Sungguh mencabar pendakian ini. Saya berjalan meredah paya yang berselut. Kaki saya terbenam dalam lumpur. Bukan main susah hendak melangkah. Saya mendaki bukit yang curam. Kadang berpaut pada batu dan akar untuk melangkah ke atas. Kalau ibaratnya belajar untuk dapatkan ijazah.... saya baru melepasi tahun pertama. 

14 Jun 2015
Beli empat pokok durian belanda berumur hampir tiga tahun di Seremban. Tingginya lebih dari empat kaki,harganya rm150. 

18 Jun 2015

Mabuk daun. Terlalu banyak baja. Tanah yang subur.... tanah bakar.
Sempat melawat kebun belakang. Kelihatan pokok kelapa semakin subur. Beberapa batang mati. Perlu ganti segera .

20 Jun 2015

Sudah tanam empat pokok yang beli ahad lepas di Seremban. Telah taruk baja,  baja penggalak akar dan siram.

Ikut kata kawan yang berpengalaman.. hujung daun yg kering kerana serangan hama. Cara mengatasinya ialah sembur racun serangga. Saya tidak arif racun apa?

Hari ini kerja membina stor dimulakan. Untuk menyimpan baja, racun dan alat2 kerja. 

Tugas 21 Jun 2015.
1. Bakar baki kayu yg belum terbakar.✔ .... disambung oleh Harun.
2. Buat staking lubang kelapa.✔.... disambung oleh Jama.
3. Tanam dua pokok markisa.✔.... disambung oleh pekerja.
4. Baja buah  50 pokok db.✔.... dapat 55 pokok

Tiga pokok db condong dan dipanjat oleh ulan. Pokok kelapa juga dipanjat ulan. Perlu tindakan segera. Telah beritahu Jama. Saya suruh pulihkan segera. Sehari selepas saya beri arahan, Jama masih belum jumpa. Ini adalah masalah komunikasi. Kawasan tanah ini perlu disektorkan dan beri nama sektor tersebut. Bila beri arahan sebut sahaja sektor tersebut. 
Hari ini 55 pokok yang besar mendapat baja buah formulanya 12-12-17-2+TE
Masih ada separuh. Saya akan teruskan membaja hari sabtu atau ahad depan.

23 Jun 2015.
Jama melaporkan telah tanam 100 pokok kelapa mataq.

=====================
27 & 28 Jun 2015
1. Membaja 50 pokok yg tinggi 5' ke aras untuk galakkan berbuah.✔
2. Memeriksa jarak baris dan antara pokok kelapa.✔
3. Menyiram pokok kelapa yang baru ditanam. Sudah siram 55 pokok.
4. Tanam 100 pokok anak pokok db. Baru tanam 40 pokok.
5. Bakar longgok kayu yg disodok.✔
Kejayaan keseluruhan 80%
==================

Ada pengganggu rupanya.

Apa yang dicarinya? Telah dibetulkan.
Pagar aku tidak kukuh rupanya. Telah bincang dengan Lokman hendak ratakan tanah petmukaan pagar tepi paya. Selepas itu tambah dua urat lagi pagar.

Ulan yang memanjat telah dihapuskan.

Minggu lepas ulan memanjat hingga ke puncak. Kini telah dimusnahkan

××××××××××××××××
29, 30 Jun, 1 & 2 Julai 2015.

1. Teruskan kerja menyiram pokok kelapa dan durian belanda yang baru tanam.
2. Longgokkan semula sakibaki kayu yg masih belum terbakar. Putuskan yg genting. Tanggalkan tanah dari akar.
3. Teruskan membakar longgok yang masih belum terbakar.
4. Merata tanah bawah pagar dan tambah dua urat lagi dawai elektrik.
5. Tanam 60 anak pokok durian belanda.
6. Membaja 50 pokok durian belanda yang melebihi 5 kaki.
7. Tanam dua pokok markisa dekat tiang hadapan.
×××××××××××××××