nuff

Wednesday, June 3, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - JUN 2015

Target bulan Jun.
1. Cuci tanah belakang daripada sakibaki tunggul dan pokok yg tumbang. Sudah siap.✔
2. Bersihkan tanah 4.5 ekar.✔
3. Bersihkan kepala paya sepanjang 20 rantai.
4. Tanam 500 pokok durian belanda. Sudah siap 270 pokok.✔
5. Tanam 400 pokok kelapa. Baru siap 100 pokok. Baki 300 pokok lagi.
6. Siapkan pondok.✔
7. Roto tanah Tan satu ekar.
8. Pasang pagar hingga bercantum dgn tanah Uda.

Tugas 7 Jun 2015
1. Siram pokok db yg kecil... 37 pokok.✔
2. Punggah tanah bakar utk tanam tiga pokok markisa.✔
3. Tanda lubang utk saluran paip di dapur dan bilik air.✔
4. Pasang tiang sokong pokok condong 5 batang.✔
5. Bincang rekabentuk tangga.✔

 8 Jun 2015

Rumput jalar yang cepat memanjat, amat ganas. Perlu dihapuskan sertamerta.

Telah dilepaskan dari belitan rumput yang membelit.


Pokok markisa telah membelit tiang. Ada tiga pokok semuanya. Pokok ini akan memanjat tiang dan menjalar di atas para.

Tangga ini perlu dirombak. Tidak menepati ukuran. Perlu bongkar dan bina yang lain.

Pintu telah dipasang. Dinding sedang dipekap lubangnya.


Pokok ini telah mendapat penyokong besi yang baru. Besi penyokong lebih dari tujuh kaki tinggi dan dihentak, tenggelam dua kaki. Pokok dipaut kepada tiang dengan cara menambat dengan tali. Kini pokok nampak tegak dan tegap.

13 Jun 2015
Genap setahun proses penanaman dan penjagaan. Sungguh bergelora pelayaran ini. Sungguh mencabar pendakian ini. Saya berjalan meredah paya yang berselut. Kaki saya terbenam dalam lumpur. Bukan main susah hendak melangkah. Saya mendaki bukit yang curam. Kadang berpaut pada batu dan akar untuk melangkah ke atas. Kalau ibaratnya belajar untuk dapatkan ijazah.... saya baru melepasi tahun pertama. 

14 Jun 2015
Beli empat pokok durian belanda berumur hampir tiga tahun di Seremban. Tingginya lebih dari empat kaki,harganya rm150. 

18 Jun 2015

Mabuk daun. Terlalu banyak baja. Tanah yang subur.... tanah bakar.
Sempat melawat kebun belakang. Kelihatan pokok kelapa semakin subur. Beberapa batang mati. Perlu ganti segera .

20 Jun 2015

Sudah tanam empat pokok yang beli ahad lepas di Seremban. Telah taruk baja,  baja penggalak akar dan siram.

Ikut kata kawan yang berpengalaman.. hujung daun yg kering kerana serangan hama. Cara mengatasinya ialah sembur racun serangga. Saya tidak arif racun apa?

Hari ini kerja membina stor dimulakan. Untuk menyimpan baja, racun dan alat2 kerja. 

Tugas 21 Jun 2015.
1. Bakar baki kayu yg belum terbakar.✔ .... disambung oleh Harun.
2. Buat staking lubang kelapa.✔.... disambung oleh Jama.
3. Tanam dua pokok markisa.✔.... disambung oleh pekerja.
4. Baja buah  50 pokok db.✔.... dapat 55 pokok

Tiga pokok db condong dan dipanjat oleh ulan. Pokok kelapa juga dipanjat ulan. Perlu tindakan segera. Telah beritahu Jama. Saya suruh pulihkan segera. Sehari selepas saya beri arahan, Jama masih belum jumpa. Ini adalah masalah komunikasi. Kawasan tanah ini perlu disektorkan dan beri nama sektor tersebut. Bila beri arahan sebut sahaja sektor tersebut. 
Hari ini 55 pokok yang besar mendapat baja buah formulanya 12-12-17-2+TE
Masih ada separuh. Saya akan teruskan membaja hari sabtu atau ahad depan.

23 Jun 2015.
Jama melaporkan telah tanam 100 pokok kelapa mataq.

=====================
27 & 28 Jun 2015
1. Membaja 50 pokok yg tinggi 5' ke aras untuk galakkan berbuah.✔
2. Memeriksa jarak baris dan antara pokok kelapa.✔
3. Menyiram pokok kelapa yang baru ditanam. Sudah siram 55 pokok.
4. Tanam 100 pokok anak pokok db. Baru tanam 40 pokok.
5. Bakar longgok kayu yg disodok.✔
Kejayaan keseluruhan 80%
==================

Ada pengganggu rupanya.

Apa yang dicarinya? Telah dibetulkan.
Pagar aku tidak kukuh rupanya. Telah bincang dengan Lokman hendak ratakan tanah petmukaan pagar tepi paya. Selepas itu tambah dua urat lagi pagar.

Ulan yang memanjat telah dihapuskan.

Minggu lepas ulan memanjat hingga ke puncak. Kini telah dimusnahkan

××××××××××××××××
29, 30 Jun, 1 & 2 Julai 2015.

1. Teruskan kerja menyiram pokok kelapa dan durian belanda yang baru tanam.
2. Longgokkan semula sakibaki kayu yg masih belum terbakar. Putuskan yg genting. Tanggalkan tanah dari akar.
3. Teruskan membakar longgok yang masih belum terbakar.
4. Merata tanah bawah pagar dan tambah dua urat lagi dawai elektrik.
5. Tanam 60 anak pokok durian belanda.
6. Membaja 50 pokok durian belanda yang melebihi 5 kaki.
7. Tanam dua pokok markisa dekat tiang hadapan.
×××××××××××××××


No comments:

Post a Comment