nuff

Saturday, June 6, 2015

Ceramah Motivasi Matematik kepada pelajar SMA Besut

4 Jun 2015.
Saya cuti hari ini baru pulang dari Mesir, sampai rumah 4 pagi. Rehat sahaja dan mengantuk kesan jetlet.
Tiba-tiba dapat masej dari KIPSAS mengatakan ada group pelajar dari Besut seramai 40 orang melawat KIPSAS. Pihak promosi dan kaunseling mengatur program untuk mereka. Antaranya "Sesi Bersama Presiden KIPSAS". Puan Fiza menghubungi saya adakah saya boleh hadir? Dia tahu saya cuti. Saya memikirkan budak-budak itu datang dari jauh maka saya kuatkan semangat dan buat persediaan. Jam 9 malam saya dapat menghadirkan diri di dewan BARAKAH. Tetamu saya telah bersedia.
Saya gunakan pendekatan hands on to minds on untuk menerapkan minat meneroka matematik.

Saya perhatikan mereka cepat menangkap. Macam otak budak sbp je. Budak lelaki lebih laju.

Ini merupakan jawapan bagaimana hendak menarik minat budak lelaki belajar.

No comments:

Post a Comment