nuff

Tuesday, March 31, 2015

SEMBILAN HARI TIDAK BERTEMU

Apa terjadi kepada mereka ini? Sembilan hari saya pergi ke Jepun dan Korea.
1. Kebun belakang rumah. Pokok pisang, buahnya bagaimana? Rumput panjang? Buah durian belanda?
2. Pokok markisa. Masih hijau? Buah markisa banyak yang masak?
3. Anak pokok durian belanda tepi tangga 90 pokok itu terus membesar?
4. Pucuk markisa yang direndam adakah masih hidup?
5. Rumput depan rumah tentu makin panjang.

Apa terjadi kepada pokok dalam tapak semaian?

Sunday, March 29, 2015

SEOUL ke DAEJEON

Kami hendak rasa naik keretaapi laju Korea. Beli tiket pergi balik untuk tiga orang harganya w142200. Kalau rm500.


Ssewaktu dalam perjalanan saya asyik memerhati pemandangan di luar. Pokok hutan kering tidak berdaun. Kawasan pertanian pula sedang disiapkan untuk bertanam. Permukaan tanah kelihatan bersih telah dibajak. Walau kecil manapun mesti guna trektor.


Kalau kita nak maju dlm pertanian, kena guna jentera seperti trektor untuk membajak sepaya cepat siap, kurang bergantung kepada tenaga buruh dan tanah subur.

Sewaktu di Deojeon cuaca mulai panas sekitar 25 darjah. Ramai orang tua yang berjemur tengah panas. Nampak ramai orang tua yang kulitnya lebih gelap, agaknya golongan petani dan pekerja.


Friday, March 27, 2015

Restoran Halal di Seoul

SAVARO namanya, milik FELDA. Macam De Saji Mekah. Teh tariknya sedap, nyaman sekali, macam teh tarik apak Kadir Jengka 14. Macam teh tarik Faruk Baru Pekan.

Kami diberi menu. Macam-macam makanan ada. Satey, roti canai, mee goreng mamak dan macam-macam. Semuanya kelihatan sedap. Saya order nasi goreng berperasa belacan spesial. Bila terhidang depan mata, huh baunya enak sekali. Ada telur goreng dan dihiasi dengan tomato dan timun.

Bila makan... huh memang sedap. Pedasnya secukup rasa.

WAWA pula order Savaro Salad. Nampak sedap juga.

Nor Hanis pula order SAVARO SPECIAL RED CHIKEN.

Mereka berdua kata sangat sedap.
Saya tanya pengurus mr Aiden O, siapa yang masak?

Encik Aiden kata tiga orang pemuda dari Kedah dan Johor yang memang handal memasak. Mereka ialah Khairul, Shahrul dan Asraf.
Memang berbaloi menjamu selera di sini. Ruang makan yang luas dan kondusif. Ada surau. Inilah yang istemewa. Pembantu yang melayan tetamu adalah orang Korea yang ramah dan pantas.

Harga makanan pula tidak mahal. Kalau di Kuantan makan di Tanjung Lumpur tiga orang dekat rm100. Di sini kami bayar pada kadar rm150. Maknanya amat menusabah.
Saya cadangkan bila anda melancung ke Seoul jangan lepaskan prluang ke Savaro Restoran di Itaewon. Datang sekali pasti mahu datang lagi.

Saya hadir ksli kedua pada 29/3/15 jam 5.45petang. Terus ke surau terlebih dahulu. Yang istemewanya air paipnya tidak sejuk seperti cuaca di luar. Tidak pula terasa panas, sedang sedap pada suhu bilik. Biliknya bersih dan lengkap.

Monday, March 23, 2015

TOKYO SAPORO SEOUL

22 Mac 2015. Saya bersama WAWA terbang ke Tokyo. Nor Hanis menunggu kedatangan kami di Haneda Airport. Segala pergerakan menjadi mudah kerana Hanis cekap mengkaji peta pengangkutan. Lagipun maklumat pengangkutan awam sangat cekap dan tepat. Cuaca masih sejuk. Kami menginap di Fresa Hotel. Saya lihat Nor Hanis selalu merujuk buku TOKYYO HANDY GUIDE. 

23 Mac 2015. Kami berjalan-jalan sekitar Tokyo. Dua kali tukar train. Kami merayau di Euno Garden. Sakura baru berkembang.


Sakura Merah sudah mekar. Ramai orang berpusu mengambil gambar.
Sungguh meriah di taman ini. Seorang pakcik tua asyik melukis gsmbar binatang atas lantai simen menggunakan titisan air. Sungguh mempersonakan. 



Stesen kereta api di bawah dan atas tanah berlapis-lapis. Ada perkhidmatan lif untuk ibu yang bawa anak dalam stroler, orang berkerusi roda dan orang tua. Jika tiada lif, perkhidmatan ini disediakan.

dari
Mereka bertindak sangat pantas. "Benderi desu, arigato gomaisuta."

Makan malam di Warung Jawa. Pemiliknya Widya dari Malang Jawa Indonesia. Selepas tiga hari tidak berjumpa nasi, malam ini saya makan nasi rendang daging. Huh enak sekali. Tottemo oishi desu. Widya juga ramah orangnya. Widya membantu kami mendapatkan taksi. Sementara taksi sampai kami berbual-bual di dalam Warung JAWA. Di luar sangat sejuk, suhunya -1 Calcius. 


Kini orang Islam dari Malaysia atau Indonesia yang melancung ke Hokaido sudah ada tempat makan yang cocok dengan selera kita.
Selepas makan saya pergi ke kedai buku yang popular.

Saya membelek-belek seksyen Bahasa Inggeris. Berjumpa dengan buku ini.

25 Mac, 6,30pagi. Saya keluar mencari kedai 7 Eleven yang berdekaran dengan Mitsui Garden Hotel. Terasa sangat sejuk walaupun pakai baju banyak lapis. Sarung tangan juga saya pakai. Suhu ketika ini -1Calcius. Sapporo masih lengang.

Dalam perjalanan pulang ke hotel nampak binaan para dari kayu dan buluh diikat menggunakan jerami padi.

Selepas sarapan di bilik kami keluar untuk melihat pemandangan Sapporo dari atas gunung. Berhenti sebentar di taman. Kami akan menaiki cable car ke puncak Gunung Moiwa. Sambil itu boleh main salji.

Tetapi sayang perkhidmatan cable car dibatal kerana angin kencang.
Saya membeli buku ini beberapa hari sebelum terbang ke Jepun. Saya ada banyak masa terluang misalnya tujuh jam dalam kapal terbang dari KLIA ke HANEDA. Dua jam dari HANEDA ke Saporo. Dua jam dari Saporo ke Inchion Korea.

Saya berjaya menamatkan pembacaan dalam masa empat hari di Jepun. Banyak yang diceritakan dalam buku ini dapat saya sahkan melalui pemerhatian sendiri di Jepun beberapa hari ini. Antaranya ialah kebersihan dan kitar semula. Saya ada nampak pekerja memeriksa tong sampah, mengambil buangan plastik. Maknanya tong itu sepatutnya diisi kertas sahaja. 
Bahan bacaan yang seterusnya ialah buku SHOW YOUR WORK! yang saya beli di kedai buku KINOKUNYA Sapporo semalam.


Dalam kapal terbang dari Saporo ke Seoul. Naik kapal terbang T Way. Sayonara Nipon.

Dah nampak perbezaan antara Jepun dan Korea. Rakyat Jepun lebih terdidik tentang kebersihan. Amalan kitar semula negara Jepun jauh di hadapan. Dari segi kecanggihan pengangkutan awam seperti subway nampak sama taraf. Hebat Korea.


Nak rasa naik keretapi laju dari  Seoul ke Deajong. Memang laju.

Kalau pergi ke Seoul mesti tinjau kedai buku Kyobo. Wah besar dan ramai pengunjung. Penerbitan buku dalam bahasa Korea berlambak. Saya membeli beberapa buah buku. Satu daipadanya buku ini;

Saya nampak amalan kitar semula jauh meninggalkan kita. Saya lihat pekerja mengasingkan sampah yang dibuang dalam tong sampah.

Pekerja memegang penyepit untuk memilih sampah. Botol plastik akan diletakkan dalam bekas yang khas. Ini menguatkan semangat saya dalam mempraktikkan kitar semula. Saya ingin melaksanakan program kitar semula di tempat kerja.

Saturday, March 21, 2015

Rumput NAPIER

Bermula 10 Mac 2015

Beli benih rm500. S8iap tanam dan siram. Sekarang musim panas. Sirami tiap-tiap hari.

Dari jauh.


Dari dekat.

Sudah mula cambah. Perlu siram tiap2 hari. Seminggu lagi bila sudah cambah sepenuhnya boleh beri baja 15-15-15.
++++++++++++
Matlamat mahu menanam rumput Napier seluas satu ekar hingga bulan akhir bulan April ini.
++++++++++++
Langkah
1. Tanam RN rm400 lagi di bhg hadapan... telah siap.
2. Baja RN yang ditanam bulan Mac
3. Racun tapak tebu dan nenas yang kena banjir.
4. Tanam anak RN dari RN yang ditanam bulan Mac.
5. Siram dan baja RN hadapan seminggu sekali.
6. Bersihkan tanah Tan.
6. Pelau & Roto tapak tanah Tan.
7. Tanam RN tanah TAN.
++++++++++++++
4 April 2015

Telah tumbuh sejengkal.

Hari berjaya tanam separuh benih yang beli khamis lalu. Saya dibantu oleh Ami. Separuh lagi saya suruh Harun Basir cari orang tanam.

7 April 2015

Telah mula menanam di tapak yang kedua iaitu dekat pagar hadapan. Nilai tanaman rm200.

Pada 15 April 2015

Kawasan kedua

18 April 2015


28 April 2015. Selepas 48 hari begini jadinya. Terdapat pertumbuhan yang terencat. Pertumbuhan tidak sekata. Tindakan... cuba tabur baja dipangkal yg kurang subur.


9 Mei 20154
Kelihatan makin tinggi.

23 Mei 2015
Dah 2 bulan setengah.

21 Jun 2015
Sudah tinggi. Sangat subur.

11 Julai 2015
Rumput naper semakin tinggi. Sudah lebih 8 kaki.

26 September 2015

Sudah matang. Sudah boleh dijadikan benih.

Monday, March 16, 2015

Buah MARKISA

Enam bulan lalu saya beli dua anak pokok Markisa dan tanam di belakang rumah. Siram dan beri baja. Kini ia hidup subur dan memanjat hingga meneduhkan ruang. Selepa itu mula berbunga dan kini buahnya mula masak.


Ada yang telah masak. Boleh petik.


Boleh makan

Memang sedap. Rasa masam manis.

Apakah khasiat buah markisa? Khasiat utama adalah pencegahan kanser. Kaya vitamen C.

17 April 2015

Rasanya memang enak. Ada manis, bercampur dengan rasa masam sikit.