nuff

Friday, March 27, 2015

Restoran Halal di Seoul

SAVARO namanya, milik FELDA. Macam De Saji Mekah. Teh tariknya sedap, nyaman sekali, macam teh tarik apak Kadir Jengka 14. Macam teh tarik Faruk Baru Pekan.

Kami diberi menu. Macam-macam makanan ada. Satey, roti canai, mee goreng mamak dan macam-macam. Semuanya kelihatan sedap. Saya order nasi goreng berperasa belacan spesial. Bila terhidang depan mata, huh baunya enak sekali. Ada telur goreng dan dihiasi dengan tomato dan timun.

Bila makan... huh memang sedap. Pedasnya secukup rasa.

WAWA pula order Savaro Salad. Nampak sedap juga.

Nor Hanis pula order SAVARO SPECIAL RED CHIKEN.

Mereka berdua kata sangat sedap.
Saya tanya pengurus mr Aiden O, siapa yang masak?

Encik Aiden kata tiga orang pemuda dari Kedah dan Johor yang memang handal memasak. Mereka ialah Khairul, Shahrul dan Asraf.
Memang berbaloi menjamu selera di sini. Ruang makan yang luas dan kondusif. Ada surau. Inilah yang istemewa. Pembantu yang melayan tetamu adalah orang Korea yang ramah dan pantas.

Harga makanan pula tidak mahal. Kalau di Kuantan makan di Tanjung Lumpur tiga orang dekat rm100. Di sini kami bayar pada kadar rm150. Maknanya amat menusabah.
Saya cadangkan bila anda melancung ke Seoul jangan lepaskan prluang ke Savaro Restoran di Itaewon. Datang sekali pasti mahu datang lagi.

Saya hadir ksli kedua pada 29/3/15 jam 5.45petang. Terus ke surau terlebih dahulu. Yang istemewanya air paipnya tidak sejuk seperti cuaca di luar. Tidak pula terasa panas, sedang sedap pada suhu bilik. Biliknya bersih dan lengkap.

No comments:

Post a Comment