nuff

Monday, March 23, 2015

TOKYO SAPORO SEOUL

22 Mac 2015. Saya bersama WAWA terbang ke Tokyo. Nor Hanis menunggu kedatangan kami di Haneda Airport. Segala pergerakan menjadi mudah kerana Hanis cekap mengkaji peta pengangkutan. Lagipun maklumat pengangkutan awam sangat cekap dan tepat. Cuaca masih sejuk. Kami menginap di Fresa Hotel. Saya lihat Nor Hanis selalu merujuk buku TOKYYO HANDY GUIDE. 

23 Mac 2015. Kami berjalan-jalan sekitar Tokyo. Dua kali tukar train. Kami merayau di Euno Garden. Sakura baru berkembang.


Sakura Merah sudah mekar. Ramai orang berpusu mengambil gambar.
Sungguh meriah di taman ini. Seorang pakcik tua asyik melukis gsmbar binatang atas lantai simen menggunakan titisan air. Sungguh mempersonakan. 



Stesen kereta api di bawah dan atas tanah berlapis-lapis. Ada perkhidmatan lif untuk ibu yang bawa anak dalam stroler, orang berkerusi roda dan orang tua. Jika tiada lif, perkhidmatan ini disediakan.

dari
Mereka bertindak sangat pantas. "Benderi desu, arigato gomaisuta."

Makan malam di Warung Jawa. Pemiliknya Widya dari Malang Jawa Indonesia. Selepas tiga hari tidak berjumpa nasi, malam ini saya makan nasi rendang daging. Huh enak sekali. Tottemo oishi desu. Widya juga ramah orangnya. Widya membantu kami mendapatkan taksi. Sementara taksi sampai kami berbual-bual di dalam Warung JAWA. Di luar sangat sejuk, suhunya -1 Calcius. 


Kini orang Islam dari Malaysia atau Indonesia yang melancung ke Hokaido sudah ada tempat makan yang cocok dengan selera kita.
Selepas makan saya pergi ke kedai buku yang popular.

Saya membelek-belek seksyen Bahasa Inggeris. Berjumpa dengan buku ini.

25 Mac, 6,30pagi. Saya keluar mencari kedai 7 Eleven yang berdekaran dengan Mitsui Garden Hotel. Terasa sangat sejuk walaupun pakai baju banyak lapis. Sarung tangan juga saya pakai. Suhu ketika ini -1Calcius. Sapporo masih lengang.

Dalam perjalanan pulang ke hotel nampak binaan para dari kayu dan buluh diikat menggunakan jerami padi.

Selepas sarapan di bilik kami keluar untuk melihat pemandangan Sapporo dari atas gunung. Berhenti sebentar di taman. Kami akan menaiki cable car ke puncak Gunung Moiwa. Sambil itu boleh main salji.

Tetapi sayang perkhidmatan cable car dibatal kerana angin kencang.
Saya membeli buku ini beberapa hari sebelum terbang ke Jepun. Saya ada banyak masa terluang misalnya tujuh jam dalam kapal terbang dari KLIA ke HANEDA. Dua jam dari HANEDA ke Saporo. Dua jam dari Saporo ke Inchion Korea.

Saya berjaya menamatkan pembacaan dalam masa empat hari di Jepun. Banyak yang diceritakan dalam buku ini dapat saya sahkan melalui pemerhatian sendiri di Jepun beberapa hari ini. Antaranya ialah kebersihan dan kitar semula. Saya ada nampak pekerja memeriksa tong sampah, mengambil buangan plastik. Maknanya tong itu sepatutnya diisi kertas sahaja. 
Bahan bacaan yang seterusnya ialah buku SHOW YOUR WORK! yang saya beli di kedai buku KINOKUNYA Sapporo semalam.


Dalam kapal terbang dari Saporo ke Seoul. Naik kapal terbang T Way. Sayonara Nipon.

Dah nampak perbezaan antara Jepun dan Korea. Rakyat Jepun lebih terdidik tentang kebersihan. Amalan kitar semula negara Jepun jauh di hadapan. Dari segi kecanggihan pengangkutan awam seperti subway nampak sama taraf. Hebat Korea.


Nak rasa naik keretapi laju dari  Seoul ke Deajong. Memang laju.

Kalau pergi ke Seoul mesti tinjau kedai buku Kyobo. Wah besar dan ramai pengunjung. Penerbitan buku dalam bahasa Korea berlambak. Saya membeli beberapa buah buku. Satu daipadanya buku ini;

Saya nampak amalan kitar semula jauh meninggalkan kita. Saya lihat pekerja mengasingkan sampah yang dibuang dalam tong sampah.

Pekerja memegang penyepit untuk memilih sampah. Botol plastik akan diletakkan dalam bekas yang khas. Ini menguatkan semangat saya dalam mempraktikkan kitar semula. Saya ingin melaksanakan program kitar semula di tempat kerja.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'. Selamat bercuti dan kongsilah pengalaman menarik di sana bersama warga pendidik yang tak berpeluang ke negara matahari terbit. Semoga Dato' terus menulis cerita2 yang memberikan inspirasi dan pengajaran samada dalam kehidupan ataupun pendidikan menerusi blog ini.

Post a Comment