nuff

Monday, March 16, 2015

Buah MARKISA

Pastikan dari PASSION FRUIT (MARKISA)

Awal tahun 2015.

Enam bulan lalu saya beli dua anak pokok Markisa dan tanam di belakang rumah. Siram dan beri baja. Kini ia hidup subur dan memanjat hingga meneduhkan ruang. Selepas itu mula berbunga dan kini buahnya mula masak.


Ada yang telah masak. Boleh petik.


Boleh makan

Memang sedap. Rasa masam manis.

Apakah khasiat buah markisa? Khasiat utama adalah untuk  Kaya vitamen C.

17 April 2015

Rasanya memang enak. Ada manis, bercampur dengan rasa masam sikit.

2/4/21
Dulu saya tanam untuk jadi penuh sahaja.
Tetapi kini saya mahu menterjemahkan cita-cita yang besar. Mahu menanam banyak pokok Markisa. Oleh itu perlu semai banyak biji benih Markisa untuk mendapatkan pokoknya. Perlu bina para yang kukuh agar tahan sekurang-kurangnya untuk tempoh Lima tahun. Saya mahu pasarkan buah markisa ini nanti di dalam pasar maya. Kanopi yang terbantut merupakan tharakan pengunjung.

Pokok markisa sudah hampir pupus. Sebelum ia pupus saya ambil beberapa biji buah yang masak. Saya ambil bijinya dan jemur. Telah semai, dapat 70 polibag. Mahu teruskan menyemai hingga dapat 100 polibag.  Sudah dapat semai lebih 200 polibag/cup.
Rancangannya mahu tanam 50 pokok untuk tujuan pasaran.
Buat persediaan bina tiang batu tinggi 7 kaki. Seterusnya pilih tapak panjangnya sekurang2 40 kaki dan lebar 10 kaki.  Guna pakai tiang batu yang ada. Panjangnya hanya 6 kaki. Perlu sambung.
22/4...biji yang semai dua minggu lalu banyak yang cambah, ada 65 tetapi masih terlalu kecil. Pokok yang diperlukan  sekurang2nya 50 pokok.

17 November 2021.
Kini ada 25 pokok yang saya semai dari buah pokok markisa di atas bukit. Memanjangkan zuriatnya. Saya tanam di lereng teres antara baris kelapa. Kali ini kaedah pembesarannya lain sikit iaitu nak biarkan dia menjalar
 Nak tengok apakah kesudahannya. Adakah boleh menjalar penutup bumi?

18/11/21
Jirus baja organik.

No comments:

Post a Comment