nuff

Saturday, November 21, 2020

Nanas MD2


Pertengahan Ogos 2020 lalu mula tanam, pindah dari kebun. Beri baja NPK 15x3, tabur di ruang tengah dan sembur baja cecair kepada pelepah. Hasilnya pokok menghijau dan daunnya kelihatan gagah. Sudah ada yang tertarik lalu membeli sulor nanas. 
Hingga 20/11/20 telah laku 23 pokok.
Hingga 15/03/21 telah laku 33 pokok.
Gambar yang diambil pada 31/12/20. Semakin subur. Sembur baja cecair dua minggu yang lalu. Akan sembur lagi baja cecair pada minggu pertama dan ketiga bulan Januari 21. 
5/1/21, 3 pokok telah keluar bunga.
10/1.... 4 pokok telah keluar bunga .
12/1...  5 pokok telah keluar bunga.
25/2..  5 pokok lagi keluar bunga jadikan 10 telah berbuah.

7/1/21
๐ŸŒฟtabur baja npk 121217 ✔
๐ŸŒฟtanam baru 15 sulor nanas. Empat daripadanya adalah jambul. ✔
๐ŸŒฟ jambul telah ganti.✔
26/2/21... buah pertama makin besar.

02/4/21... didapati sulor telah keluar di tepi buah yang belum masak. Ini adalah tanda pokok untuk itu adalah subur, banyak zat dalam pokok itu. Kebiasaannya sulor cambah selepas buah dipetik.
Ada dua lagi sulor yang telah keluar di bawah buah yang lain.
 L

Syukur alhamdulillah.
insyAllah setiap batang sulor yang tumbuh ini akan dipindahkan ke dalam polibag pula.

11/4/21
Buah pertama masak. Beratnya 2.1kg.
Buah kedua 2.7kg.
Buah ketiga 1.5kg.

1/10/21
๐Ÿ“Œ19 pokok, buahnya telah masak dan telah petik.
๐Ÿ“Œ4 pokok sedang berbuah, akan masak dlm tempoh satu bulan lagi.
๐Ÿ“Œ8 pokok belum berbuah, kelihatan kurus dan Pusat. Telah siram air baja.
๐Ÿ“Œ terdapat 18 sulur berbagai saiz.
HUD suka makan nanas.
Kelihatan sulor, buah dan pokok yang belum berbunga. Boleh pindahkan sulor ke polibag untuk penerusan hidup nanas ini. Boleh letak pokok nanas dlm polibag di celah tunggul nanas untuk guna ruang secara optimum.

19/10/21... hanya tinggal lapan pokok yang belum berbunga. 25 pokok telah berbuah, semua telah masak. Sungguh enak rasanya. Tunggulnya relay keluar sulor. Ada sulor yang besar telah disemai di tempat baru.

18/10/21
Tanam 19 pokok yang telah berusia enam bulan. Bulan Jun 2022 dijangka keluar bunga.

Mahu tanam di satu kawasan lagi.

Mahu cuba tanam sisa makanan semalam. Gali lubang, masukkan sisa makanan ke dalam lubang dan kambus. 
Hingga 25/10 telah tanam dua kali sisa makanan dan kulit telur. Adakah Sisa itu boleh disposes menjadi baja kepada nanas? Kesannya boleh nampak tiga bulan kemudian?

3/11/21
Sudah keluar bunga, tinggal 7 pokok yg masih belum.

TANAMAN NANAS ELOK DIGIATKAN LAGI DI KEBUN. CARI RUANG UNTUK TANAM. TANAM 10 POKOK SETIAP HARI. SATU BULAN 300. BILA MASAK... DAPAT 600KG. 600X3...dapat rm1800.
Belakang... tanam 700 setiap bulan. Pulangannya... 700x2x3 = rm4200.


Friday, November 13, 2020

Kempen Rendahkan Bil Elektrik

September 2020.... rm153.61
Oktober 2020... rm127.79
Langkah - langkah berterusan yang diambil adalah seperti berikut:-
1. Tutup lampu yang tiada penghuni di bawahnya. Lampu luar rumah dikecualikan. 
2. Tutup suis water heater jika keluar bermalam.
3. Peti ais kedua tidak perlu. Barang2 di dalamnya pindahkan ke dalam peti pertama.

Nov.2020
September 2020.... rm153.61
Oktober 2020... rm127.79
November 2020...rm88.80

Berjaya menurunkan amaun bill  elektrik tiga bulan berturut-turut. Cuba dijimatkan lagi hingga rm6x.xx
Langkah tambahan yang perlu diambil:-
1. Tutup suis water heater pada waktu malam dan buka semula pada jam 6 pagi.✔
2. Gunakan satu kipas sahaja.✔
3. Tutup suis lampu di tempat yg tiada orang.✔
September 2020.... rm153.61
Oktober 2020... rm127.79
November 2020...rm88.80
Disember 2020...rm49.70 .

Teruskan 3 amalan di atas.

Target Januari 2021 ialah bawah rm50


September 2020.... rm153.61
Oktober 2020......... rm127.79
November 2020......rm88.80
Disember 2020.......rm49.70 .
Januari 2021..........rm57.10

Langkah seterusnya...
4. Lampu luar rumah pasang 10mlm dan tutup jam 5 pagi.

Rupanya kami mampu mengurangkan pembaziran elektrik. Dengan cara merenung nilai bil yang tinggi, timbul keazaman untuk mengurangkan nilai bil. Seterusnya melaksanakan penutupan suis yang sebelum ini tidak menghiraukannya.
Satu keputusan bila melihat bentuk graf menurun.

September 2020.... rm153.61
Oktober 2020......... rm127.79 .... - 36
November 2020......rm88.80 ...... - 39
Disember 2020.......rm49.70 ..... - 39
Januari 2021..........rm57.10  ..... + 8
February 2021........rm65.85 ...... + 8
Mac 2021...............rm78.30  ..... + 13
April 2021..............rm80.80 ..... + 2
Mei 2021 .............rm176.11 .... + 94
Jun 2021......rm122.92....


Bil Mac semakin meningkat. Pengabaian terhadap kempen? Bulan Mac adalah musim panas, penggunaan penghawa singing lebih kerap. Mesti perkasakan semula kempen ini. Tutup suis jika tidak guna elektrik.
Bulan Mei 21... kempen telah menemui kegagalan. Bil bulan Mei 21 paling tinggi iaitu rm176. Sudah kembali kepada sikap Lama.
Perlu baharui azam.
Tindakan kawalan bulan Jun berjaya menurunkan charge bulan Jun kepada rm122.