nuff

Friday, December 19, 2014

Cikgu Zainal adalah idolaku

Hari ini saya bertemu dengan pemilik kebun kelapa kampung Huma Luas, cikgu Zainal yang baru empat bulan bersara. Beliau memiliki kebun kelapa seluas lapan ekar. Saya selalu lalu lalang di hadapan kebunnya di kampung Huma Luas. Memang nampak tersusun dan subur. Buah kelapa bergugus, lebat sekali. Saya mahu belajar banyak perkara tentang penanaman serta pasaran kelapa ini. Beliau mengatakan pasaran tiada masalah... sentiasa tidak mencukupi.

Bergambar kenangan bersama cikgu Zainal di pejabat Pertubuhan Peladang Kampung Awah. 

Dalam pertemuan singkat itu saya dapat banyak maklumat daripadanya. Cikgu Zainal mempelawa saya melawat kebunnya. Ini peluang baik menimba ilmu dengan cara melihat sendiri kejayaan seseorang.



Inilah rupa kebun cikgu Zainal yang berusia 12 tahun. Buahnya bergugus tidak pernah putus. Beliau kata kena baja ikut jadual.

Sewaktu mula menanam memang banyak cabaran. Gangguan musuh amat kuat.

Sewaktu cikgu Zainal mula menanam kelapa ramai yang menentang. Cabaran dari musuh tanaman juga sangat kuat. Berkat kecekalan dan kerajinan akhirnya beliau menikmati hasilnya hari ini.


Tuesday, December 16, 2014

ADILA Aku Dia Dan Lagu

15 Disember 2014
Hari yang istemewa. Apa tidaknya... coretan saya disiarkan dalam program ADILA Radio Klasik Nasional RTM.
Coretan saya berkisar kepada keinginan untuk berubah. Mahu ikut idola yang cemerlang belajar dan bekerja.
Rupanya saya berjaya mencapai kecemerlangan itu.
Ada tiga buah lagu diselitkan... aduh cocok sekali dengan jalan ceritanya.
Terima kasih penerbit rancangan ADILA.

Saya mahu menyimpan rakaman siaran itu. Boleh dijadikan bahan motivasi. Saya hendak hadiahkan kepada cucu saya Adam.

Wednesday, December 10, 2014

Tindakan Besar Dalam Hidupku

Hujung Mac 1972.... Waktu itu usiaku baru melepasi 17 tahun. Aku mengambil tindakan belajar semula secara sendirian selama sebulan pelajaran Matematik Tambahan. Selepas itu aku belajar sendiri pelajaran matematik STP sebelum melangkah masuk tingkatan enam. Aku buat prelearning. Hasilnya aku dapat mengikuti pelajaran itu dengan baik. Habuannya aku berjaya memperolehi prensipal A matematik STP tahun 1973. Seterusnya aku berjaya menjejak ke menara gading tahun 1974. Tahun 1978 mendapat segulung ijazah.

Hujung tahun 1984 aku ambil tindakan berhenti menghisap rokok. Ketika itu usiaku 30 tahun. Waktu itu aku bersama WAWA baru dapat anak sulung kami Norhidayah. Syukur alhamdullilah hingga kini lebih 30 tahun aku tidak menyentuh rokok lagi.

Awal tahun 2009 aku memulakan hobi baru iaitu mendaki bukit. Ketika itu usisku sudah meleati 55 tahun. Mulanya aku mendaki Bukit Pelindung Kusntan setiap minggu. Selepas itu mendaki pula gunung di Cameron Highland. Aku pernah mendaki Gunung Santubung Sarawak. Tahun 2010 dan 2013 berjaya mendaki hingga ke puncak gunung Kinabalu.

Tanggal 9 Disember 2013 ketika usiaku trlah melewati 59 tahun.
Berhenti facebook.
Hasilnya dapat menyelamatkan masa terbuang berjam-jam setiap hari. Berjaya isikan dengan aktiviti menulis buku. Hasilnya..... berjaya hasilkan tiga buah buku.

Rupanya dalam hidup ini kita mesti berani melaksanakan perubahan untuk diri sendiri demi kemajuan atau mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam perangkap kegagalan. Itulah yang dikatakan TRANSFORMASI diri sendiri.

Kita elok merenung kembali kenangan manis kejayaan lalu untuk mencipta kejayaan seterusnya. Apakah nilai utama yang mendorong kita melakukan perubahan? Apakah tindakan khusus yang telah dilakukan? Itulah tindakan yang patut diteruskan. Dalam setiap tindakan besar itu mesti ada konsistensi dan kecekalan. Ada yakin diri yang tinggi... tidak mudah tergugat.

Setiap tindakan yang besar, besar juga akibatnya. Kalau tindakan besar itu bersifat positif maka besarlah faedah yang kita nikmati. Syukur alhamdullilah kehadrat Allah yang telah membuka hatiku untuk berubah.

KB pertama bersifat lonjakan.
KB kedua bersifat tindakan pembetulan.
KB ketiga bersifat lonjakan.
KB ketiga bersifat tindakan pembetulan.

Kerap kali kita terpaksa meredah atau mengharungi sendirian. Sikap berdikari kena kuat. Tidak boleh tunggu kawan atau orang lain. Di peringkat awal melakukan usaha tiada orang yang membantu. Kerap kali terjatuh dan bangun kembali. Melangkah setingkat demi tingkat tanpa jemu. Mereka lihat dari luar atau jauh sahaja. Pertolongan akan datang bila nampak ada daya maju.

Friday, December 5, 2014

Buah Durian Belanda: Makan isi, semai biji.

Hari selasa 2 Disember 2014, 9 malam saya merayau-rayau di Supermaket SOGO KL. Tiba-tiba saja berjumpa dengan duriadn belanda. Saya terus membeli sebiji. Harganya rm9, beratnya dianggar 700 gram. Buahnya kelihatan elok tetapi masih keras. Selepas dua hari ia saya picit.. lembek... tandanya sudah masak. Saya dan WAWA terus mengupasnya. Kami hadap bersama. Anak lelaki kami yang dua orang itu tidak gemar. Langsung tidak mahu menjamah. Kami makan separuh. Separuh lagi simpan dalam peti. Keesokan harinya saya makan sampai licin. Saya ambil bijinya.. ada 56 ulas yang elok dan7 dua ulas tidak sempurna.

24 Disember hingga 28 Disember 2014 yang lalu saya melawat bandaraya Ho Chee Meh. Saya berjalan-jalan di kedai buah dan pasar. Terdapat banyak buah durian belanda saiznya besar. Saya terus membeli beberapa biji. 

Buah yang masak kami kupas... makan isinya dan bijinya kami himpun.


Saya beli lagi beberapa biji yang tua tetapi belum masak. Saya bawa pulang. Dua hari kemudian ia masak. Saya carik dan asingkan biji dari isinya. Isinya yang bewarna putih itu saya simpan dalam peti sejuk.


Saya jadikan jus minuman. Tambah sesudu madu lebah, bland dan minum bersama WAWA. Huh enak sungguh rasanya.


Kini saya ada stok 950 ulas biji durian belanda. 85 ulas telah semai dalam polybag.
Inilah pencapaian saya pada 7 Januari 2015.


Hingga 8 Januari 2015 sudah berjaya menyemai 137 polybag.

Terkini pada 8 Januari 2015

Marathon ini masih diperingkat permulaan. Perlukan stamina. InsyAllah aku akan harungi.

Hingga 15 Januari 2015 berjaya menyemai 232 pokok.


Perjalanan masih jauh ke garis penamat. Aku mesti bergerak lebih laju.

27/1/2015.
Hingga kini 569 ulas biji durian belanda berjaya disemai. 60% berjaya disemai.


Semai dalam bekas plastik besar. Boleh muat 100 ulas setiap bekas.



28 Januari 2015

Kerja menyemai biji benih durian belanda mesti disiapkan sebelum akhir bulan ini.

771 biji benih atau 81% berjaya disemai.

29 Januari 2015
Selepas solat subuh, saya berjaya semai 102 ulas pagi tadi menjadikan 873 telah berjaya disemai. Ambil masa 15minit sahaja. Ada baki 77 ulas sahaja lagi. Saya mahu siapkan hari ini juga. Saya mahu mencecah garisan penamat petang ini.


Hah.... tambah lagi 151 berjaya disemai menjadikan 1024. Sudah melepasi 950. Sudah melepasi matlamat sebanyak 74 ulas.

Mulai sekarang merenung percambahan pula. Tentulah harap tumbuh 100%. Bulan Februari adalah bulan penantian.

2 Februari 2015
Setelah 25 hari disemai masih belum nampak walau satupun yang cambah. Rasa berdebar juga bimbang tidak menjadi. Kalau ikut perangai biji durian belanda mula bercambah antara 15 hingga 30 hari.

9 Februari 2015. Masih tiada yang muncul walau satupun. Kumpulan yang semai 7/1 kini telah masuk hari ke 33. Masih sabar menunggu. Nampak seekor siput sedang merayap di atas polybag.

Syukur alhamdullilah. Telah mula cambah. Terdapat empat percambahan.
Jam 2petang didapati lima percambahan baru menjadikan sembilan percammbahan. Siput mula memanjat dan merayau dalam polybag. Nak cari apa? Tentu nak cari pucuk daun muda. Macam mana nak halau siput?


Kelihatan empat benih yang cambah.

Percambahan makin laju. Siput pula sudah merayap menghala ke kawasan semaian. Mesti buat pemantauan yang kerap dan cari kaedah mengawal. Ada kawan kata tabur garam disekeliling semaian.

Terus bertambah.

14/2/15.  Memang ada musuh.. terdapat dua ekor siput sedang berihat dalam polybag semaian padahal telah tabur garam. Ini bermakna dinding garam tidak berkesan.





Hari ini adalah hari yang ke38, terdapat 40 percambahan semuanya.

16/2/2015
Hari yang ke 42, pertumbuhan meningkat kepada 47. Ancaman siput masih ada.






17 Februari 2015
Hari yang ke41, terdapat 57 percambahan. Nampak belalang hinggap di permukaan semaian. Adakah pengancam?

23 Februari 2015.
Cuti lima hari. Lamalah tidak update percambahan. Kini percambahan menjadi 93. Ada yang sudah keluar sepasang daun. Kelihatan segar dan hijau.

25 Februari 2015.
Benih yang cambah mencecah 128.



1 Mac 2015
Percambahan makin laju. Kini dianggarkan 260 benih telah cambah.

Dianggarkan 20 pokok yang tumbuh awal telah mengeluarkan tiga daun.

Hari ini 2 Mac 2015. Benih yang cambah meningkat kepada 360pokok.


4 Mac 2015. Benih yang cambah telah mencapai 420.

Sudah mula keluar daun ke empat.



6 Mac 2015. Bilangan biji benih yang cambah telah melebihi 450. Kadar pertumbuhan belum sampai separuh.

6 Mac 2015. Kumpulan pertama 30 anak pokok durian belanda benih dari Vieatnam dalam perjalanan ke kebun. Usia anak pokok ini ialah satu bulan. Daunnya sudah ada tiga helai. Sudah mula muncul pucuk yang keempat.
9 Mac 2015. Hari yang ke 60( dua bulan)  pertumbuhan mencapai 500.
12/3/15. Daun bergulung dan berlubang. Saya buka gulungan itu. Tiba-tiba jatuh ulat warna hijau.

Satu lagi ancaman selepas siput. Perlu benteras. Caranya pokok disembur racun ulat/anai2. Saya telah lakukan sebentar tadi.
Harap rama-rama atau ulat tidak hinggap untuk tempoh dua minggu ini kerana kini pokok berbau yang sangat menyakitkan hidung.

Ulat makan daun muda duduk dalam daun yang bergulung.

1 April 2015.
Anak pokok yang berusia 50 hari. Telah ada tujuh helai daun. Tingginya 6 inci.


3 April 2015
Sudah ada tujuh helai daun. Usia sembilan minggu dan tunggi satu jengkal.


17 April 2015
Sudah ada sekurang-sekurang 10 helai daun bila usia 11 minggu.

2 Mei 2015
27 pokok anak durian belanda telah ditanam dalam kebun.

17 Jun 2015