nuff

Saturday, December 28, 2013

PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN 1979 BERSAMA GURU SMK JERANTUT

28 Disember 2013.

Hari yang bersejarah. Kami dapat berjumpa kembali dengan rakan guru dan pelajar tingkatan lima tahun 1979 SMK Jerantut. Di sinilah saya belajar jadi guru.


Saya dapat berjumpa kembali dengan Cikgu Mohd Yahaya, Cikgu Khairiah Mohd Piah, Cikgu Ahmad bin Daras (AD) dan Cikgu Rashid Ali. Mereka adalah rakan permainan tenis saya.


Pelajar pula ialah kelas 5 Sains tahun 1979. Antara yang hadir ialah Roslan Ali (Ketua kelas) merupakan pengurus perjumpaan ini, Othman Nayan, Salina, Mazlan, Azmi dan beberapa orang lagi. Arin Santi dari Surabaya juga hadir.


Tahun 1979 saya adalah guru yang mengajar Matematik Tambahan kelas mereka. Waktu itu saya baru setahun mengajar tetapi baru sahaja diberi tugas mengajar Matematik Tambahan kelas mereka. Sewaktu mereka tingkatan empat, Cikgu Low Kong yang mengajar mereka.
Saya mengaku memang tidak pandai mengajar waktu itu tetapi beranikan diri kerana diberi amanah. Hari ini baru saya tahu bahawa saya mengajar sangat laju. Mereka kata saya cepat padamkan tulisan saya di papan hitam dan tulis yang baru pula hingga mereka tidak sempat menyalin.
Kami berbual panjang, macam-macam cerita dan gelak ketawa.



Saya lihat pertemuan seperti ini memang elok diadakan lagi. Kalau dapat lagi ramai yang hadir lagi bagus.

 

4 comments:

Al-Manar said...

Saya irihati bila melihat satu perjumpaan antara kawan kawan lama. Berjumpalah seberapa kali yang diizinkan Allah. Bila sampai umur saya kawan lama sudah gugur. Yang tinggalpun banyak yan uzur tidat dapat menghadiri pertemuan.

Yang mengkagumkan saya juga ialh kegigihan Cikgu berbakti kepada tanah dikampong. Ingin saya melihat sendiri kebun tuan itu. Dua bulan dahulu saya terkenan pengkalan tempat menyemberangi Sungai Pahang di Temerloh. Saya terpaksa mengambil jalan lama yang pernah saya lalui dalam tahun lapan puluhan.
.
Selamat tahun baru. Insya Allah saya akan kemari lagi menjalani silatul Rahim.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Al-Manar.... Memang seronok dapat berjumpa kawan-kawan yang telah lama terpisah. Begitu juga dapat berjumpa bekas pelajar. Macam-macam cerita. Ada juga terasa malu, sebab sewaktu mengajar mereka dulu saya baru setahun mengajar. Pengalaman tiada... terasa amat sukar untuk memahamkan mereka. Kalaulah kelas itu diulangi hari ini saya yakin boleh cemerlangkan mereka.... tetapi mustahil.

Gobeks Sireh said...
This comment has been removed by the author.
Gobeks Sireh said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment