nuff

Sunday, August 20, 2023

Projek Kelulut

Mesti sediakan sumber makanan kelulut terlebih dahulu. 
Sumber pertama adalah madu dari mayam kelapa. Sumber ini sudah banyak dalam kebun ini. Ada 400 pokok kelapa yang sudah berbuah.
Sumber kedua adalah bunga Air Mata Pengantin (AMP). Yang ini belum ada, baru mula tanam anak pokok dan tanam biji benih. Enam bulan untuk tempoh matang. Pokok jalar ini memanjat junjung dan mula berbunga. Kerja membiakkan bunga AMP pada peringkat awal tidak keluar modal. Memang waktu ini modal saya amat nipis, cukup untuk bayar upah dua orang pekerja, beli baja dan racun rumput. Jika berkayuh perahu, birai perahu hanya setengah inci di atas gigi air, meniti buih. Biji benih bunga AMP banyak dalam kebun ini. Saya tanam pokok AMP ini beberapa tahun yang lalu. Benihnya says dapat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan. Pengetua ketika itu tuan haji Ali Affendi. Walaupun tidak pernah siram dan tidak beri baja ia tetap hidup menjalar dan sentiasa berbunga. Kini saya mahu manfaatkan pokok AMP ini. Saya mahu biakkan sebanyak mungkin. Saya mahu ubah wajah kebun kelapa di belakang ini jadi satu taman bunga yang luas tanpa menjejaskan pertumbuhan kelapa.

28.8.23. Hantar permohonan bantuan sarang kelulut ke pejabat pertanian daerah Maran. Jangkau yang ada berdekatan yang tercapai tangan.

No comments:

Post a Comment