nuff

Thursday, July 15, 2010

Tapak Sekolah Kebangsaan Pesagi yang asal

Hanya tinggal kenangan. Dulu dari tahun 1961 hingga 1966 saya belajar di sini. Kini hanya bongkah tiang bangunan sahaja yang tinggal. Sewaktu saya mula masuk sekolah, pokok durian itu hanya tinggi sedikit dari ketinggian saya. Kini pokok durian sebatang itu sahaja yang tinggal, katanya rajin berbuah. Saya anggarkan pokok durian sebetang itu berumur tidak kurang 53 tahun. Kalau nak tahu lebih tepat lagi kita boleh tanya apak Midin kerana beliau adalah tukang kebun ketika itu.


SK Pesagi yang asal terletak sebelah hilir muara sungai Pesagi. Sewaktu saya bersekolah di sini tahun 1961 hingga 1966, murid SK Pesagi tiap-tiap tahun tidak kurang dari 150 orang. Kita boleh bayangkan betapa meriahnya kampung kita, ramai penghuni. Bangunan sekolah ada dua. Kami panggil bangunan awah dan bangunan atas. Bangunan bawah ada tiga kelas (darjah 1,2 dan 3) dan anjung menempatkan bilik guru dan bilik Guru Besar. Dindingnya papan dan atap zink. Bangunan atas pula kelihatan lebih kukuh, tiangnya besar. Dinding papan dan atap asbestos. Menempatkan darjah 4 hingga 6. Sewaktu sekolah dulu guru hanya ada tujuh orang termasuk ustaz Deraman. Ini bermakna GB juga kena mengajar satu kelas. Hari ini guru di SK Pesagi tidak kurang 15 orang? Banjir besar tahun 1970 dan 1971 meranapkan sama sekali SK Pesagi. Bangunan sekolah dan perabut hanyut ke Pekan. Kini yang tinggal hanya sisa tiangnya sahaja.


Hari ini kita lihat SK Pesagi tesergam indah dan hebat di atas bukit. Saya difahamkan bilangan muridnya sekitar 70 orang.

22 comments:

ishakzanalabidin said...

Antara guru yang perdah mengajar di SK Pesagi tahun 1976-1981 ( Sekolah atas bukit) , Tn. Hj. Kamruzzaman, En. Mohamad Mohd Tahir, En. Mohamad Bin Hassan, Pn. Fadzillah Bin Salleh, Cikgu Hamzah Bin XXXX ( Guru Bahasa Inggeris) Ustaz Abdul Rahman (Deraman) Guru Besarnya Cikgu Abu Bakar Bin Awg Mohamed.

ishakzanalabidin said...

Kantin SK Pesagi pada masa tu dioperasikan oleh 3-5 peniaga. Yang paling saya ingati ialah Tok Munah ( Emak Apak Shaari / Mak Teh Selemah) Yang peliknya banyak barang niaga yang saya tak terfikir akan habis dijual kerana kami bawa 10 sen - 20 sen duit b elanja sehari.

ishakzanalabidin said...

Pada tahun 76an ke atas sk pesagi hanya dilengkapi dengan satu padang bolesepak dan satu gelanggang takraw tanah liat !! Bila main waktu PJ debu merah lekat dikasut. Tapi boleh cuci terus sebab ramai yang guna kasut plastik putih.

ishakzanalabidin said...

SK Pesagi yang baru dirasmikan pada 1980 agaknya oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dato Chan Sian Sang. Saya teringat kariah kampung mengangkut kerusi dari rumah masing - masing untuk dipinjamkan kepada majlis perasmian tersebut. Sekarangini cukup senang!

chik_chenor said...

cikgu yahya, atau sesiapa kat sini..kenal emak saya tak?dia lahir tahun 1953..namanya juariah binti mat said..duk kampung tanjung berangan..rasanya mesti sempat kot sekolah kat tapak asal ni(saya tak sempat sebab muda lagi)..kalau tak silap, orang panggil atuk saya, pakandak said..

kalau kenal, itulah emak saya..kebetulan cikgu yahya buat posting ni pada 14Julai... Dah 4tahun emak saya meninggal.

chik_chenor said...

pokok durian tu, sampai skrg berbuah lagi..lebat pulak tu. dulu zaman2 sekolah pesagi, sokmo pergi cari walaupun takut(sebab masa tu kassim hidup lagi)kassim ni tak sihat sikit..sokmo kejar orang dengan parang..

chik_chenor said...

boleh tak nak cadangkan...apa kaat cikgu yahya jumpa tokki mail(sebelah rumah saya dekat tanjung berangan)..dia ni la orang yang paling tua dekat pesagi@chenor...mungkin banyak cikgu yahya boleh tau pasal pesagi..sebab ramai orang2 tua yg tau pasal pesagi dah meninggal..

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Ishak kerana menerangkang cerita persekolahan era 76-81. Kalau dapat ramai lagi ceritakan mengalaman bersekolah di SK Pesagi lagi bagus.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih cik_cenor. Saya kenal sangat tokki awak Pakandak Said dan tok awak makngah Siah.Emak awak Juah tua setahun dari saya, kami selalu berulang alik ke sekolah dalam satu kumpulan besar. Pakandak Said kawan rapat ayah saya. Mereka selalu bederau menebas kebun. Saya masih ingat masakan tok awak, kena sangat dengan selera saya. Pakandak selalu bawa bekal bila bederau. Gulai lemak kuning ikan haruan salai adalah kesukaan pakandak Said. Saya juga suka makan gulai itu. Adik saya Mamat berkawan rapat dengan Pudi (pak saudara cik). Saya juga baik dengan dia hingga hari ini. Sewaktu dia bersekolah khas di KL, saya selalu soal dia kira2 campur dan tolak. Dia boleh kira. Depan rumah takki awak ada pokok kelapa kuning. Ada lagi ke? Kalau tak silap saya emak awak masuk felda kan? Tapi saya tak perasan. Beberapa tahun lalu ayah awak Malik kan? Ada buat kenduri kawin anak dia di Paya Baruh, Tanjung Berangan. Saya hadir kenduri itu. Rumah ayah saya dalam kebun sawit belah hilir rumah ayah Talib tapi lebih 20 tahun kosong. Kini ayah saya berpindah lagi ke kampung Sungai Ling.
Cadangan minta dapatkan cerita dari paklong Mail memang bagus. Kalau cik_cenor ada masa elok juga dapatkan maklumat dari dia dan beri kpd saya yahya104@gmail.com
Matlamat blog ini sudah mula membuahkan hasilnya.
OK terima kasih.

chik_chenor said...

Cikgu yahya,alangkah bagus saya dapat kenal cikgu dari awal..rasa makin dekat sangat sekarang ni hubungan kita.

PERTAMA,kalau cikgu ingat,dulu cikgu yahya ada datang sekolah dato' mahmud mat buat roadshow(18.05.2010)..masa mesyuarat tu,perasan tak siapa yang baca doa?saya la orangnya tu..masa tu saya tengah prkatikal,tetapi sekarang saya dah sambung balik di UKM.(terdetik nak jumpa cikgu masa tu bila cikgu kata org pesagi,tetapi tak sampai hajat..)

KEDUA,kalau la betul cikgu anak Zainal Abidin(orang gelar uda bidin),cikgu tanya ayah cikgu,yg sayalah org yang mak ayah cikgu jaga sekejap,dalam 2/3minggu masa kecik dulu sebab mak saya sakit..sampaikan jiran2 dekat kata saya ni anak angkat. Takziah untuk pemergian mak cikgu..Ayah saya memang Malek dan dia baru meninggal Hari Raya Haji tahun lepas..Saya ni dah kira yatim piatu la.

p/s:pokok kelapa kuning?saya tak tahu..rasanya saya pun tak pernah jumpa pokok tu.

Kalau cikgu nak tahu,mak ayah saya memang asalnya duduk felda..tapi diorang balik kampung sebab nak jaga tokki said saya sakit..jadi sampai sekaranglah saya duduk di kampung.

chik_chenor said...

Kalau cikgu datang kenduri beberapa tahun dulu, itu abg saya la kahwin..dia dah 2orang pun anaknya..sekarang ni,kakak saya dah bertunang..InsyaAllah hujung tahun dia kawin,saya jemput cikgu.

Yahya Zainal Abidin said...

Chik dah tersilap orang sebab pada tarikh itu saya tidak berada di sekolah itu, malah belum pernah lawat sekolah itu. Waktu itu saya bertugas di Pekan.Memang betul, ayah saya Uda Bidin.

Beberapa minggu lepas saya pergi mengambil gambar di Tanjung Berangan, Pesagi dan Tanjung Palas. Sewaktu lalu depan rumah pakandak Said nampak ramai orang macam kenduri aja tetapi saya terus melintas.

OK Chik, selamat berjuang. Saya juga ada tulis blog tentang pendidikan, sila rujuk pohpalehweh.blogspot.com

chik_chenor said...

Cepatnya cikgu terlupa..tapi saya takkan tersilap. Cikgulah orangnya yang datang SMK Dato' Mahmud Mat pada Hari Selasa / 18.05.2010... Cikgu boleh tengok sendiri posting dalam blog pohpalehweh cikgu http://pohpalehweh.blogspot.com/2010/05/road-show-ppd.html

Yahya Zainal Abidin said...

Oh ye saya tersilap, ingat sm agama dato mahmud Chenor. Ye betul saya pergi ke SMK DMM pada hari itu. Saya ada berhujah dgn kawan saya cikgu Manan. Chik betul.

Yahya Zainal Abidin said...

Saya dapat fakta terbaru tentang pokok durian itu. Saya berbual dengan eteh Seman (Seman tukang kayu) duduk di Kampung Sentosa. Umur dia dah lewat 70 tahun. Eteh Seman kata pokok durian itu tumbuh semasa beliau sekolah iaitu sewaktu perang Jepun. Ini bermakna pokok itu dah ada sebelum tahun 1950.

Muhamad Fakri said...

Saya mula bersekolah tahun 1971. Oleh sebab bangunan lama sekolah hanyut dek banjir besar, terpaksalah kami menumpang beberapa bulan kat SK Paya Pasir.

Sessi persekolahan SK Pesagi tahun 1971 bermula di bawah Masjid Pesagi. Tak ingat pula berapa lama kat situ, mungkin beberapa bulan. Seronok juga, walaupun bawah masjid tu rendah, tapi sebab masa tu baru darjah satu (kecik lagi), taklah rasa sangat. Bangku pun tak ada, belajar kat pangkin je.

Lepas tu kami pindah ke bangunan sementara yang dibina atas tapak sekolah yang dah hanyut tu. Bangunan tu tak berdinding, darjah/kelas hanya dipisahkan oleh pagar/halangan setinggi lebihkurang 3 kaki. Bila murid darjah 6 kat kelas hujung sekali sana kena marah, murid darjah 1 kat kelas hujung sini boleh dengar. Kalau tak silap saya, kat sini pun tak ada bangku, belajar atas pangkin juga.

Pada tahun 1975, kami berpindah ke sekolah yang serba baru, sekolah atas bukit yang ada sekarang.

aa-ziey02 said...
This comment has been removed by the author.
aa-ziey02 said...

assalamualaikum cikgu...saya noradziah...anak jati pesagi generasi muda lhir thun 86..saya sklah kat pesagi 1993-1998....erm....tp org pesagi pgil sayae 'ibu'...tah la dr kecik smp besar org pgil nmer 'ibu'..sayer anak piktam zali..duk dkat dgn kubur pesagi..seblah rumah wek mah...emak sayer maktam semah yg tiap2 hjg mgu niaga kat pekan sari maran...dulu sblm ada jmbatan selalu la ikut pya pasir....kan ayah cikgu ada bot...enjin unik cikit dr org lain..igt lg..enjin mcm mesin rumpt....sbb saya tiap2 mgu ikut mak berniaga....jdi tiap2 mgu la jmper ayah cikgu ambil tmbg at jeti paya pasir...pakcik eda bidin dgn pak sulai...

abg sayr dgn kluaga sayer smua knal kluaga cikgu..sbb x silap sayer abg sayer atan sebya dgn adik cikgu...

aa-ziey02 said...

zaman saya dulu xde lg bgnn baru belakang tu....1 blok jer...blkg tu bukit.. n rumah guru yang x de sorang guru pun nk tgl kat situ...guru besar saya dulu ustaz budin...lapas tu cikgu midi....murid pada masa tu dlm 60 org....katin lak tok minah..

Yahya Zainal Abidin said...

Muhamad Fakri 10 tahun lebih muda dari saya, maaf saya tak perasan. Tahun 1971 saya tingkatan lima, awal tahun itulah sekolah Pesagi hanyut. Saya sungguh sedih kerana lenyapnya tempat yg berjasa kpd saya, tempat yg mengubah landskap hidup saya. Rumah Fakri di mana? Ayah siapa? Mungkin saya kenal. Ada seorang budak nama Fakri anak Seman Lak duduk dekat rumah ecik Yasak.

Yahya Zainal Abidin said...
This comment has been removed by the author.
Yahya Zainal Abidin said...

Noraziah, terima kasih beri komen. Piktam Zali memang saya kenal betul, kalau tak silap awak ada seorang abang yg kerja di JKR Maran kan? Nama dia ... Rozi ? Zaman saya sekolah SK Pesagi, tiap2 hari melintas rumah ayah awak jalan raya belum ada lagi ketika itu, tahun 1961 hingga 1966. Itulah sikit cerita zaman saya..

Post a Comment