nuff

Wednesday, January 28, 2015

Buah Durian Belanda Buruk

Hari Ahad lalu 26/1/2015... saya singgah di gerai buah tepi lebuhraya KL - SEREMBAN beli beberapa biji durian belanda. Saya peram. Hari ini sebiji sudah masak. Saya belah... ah alangkah terkejutnya....

Warna isinya bertapuk kemerahan... buruk. Kulitnya terdapat sport hitam. Rupanya bila ada sport hitam menandakan isinya buruk. Empulurnya buruk. Aduh rugi....

Ingat bila terdapat tompok hitam besar jangan beli.... di dalamnya pasti buruk.

Saya memang suka makan buah durian belanda. Namun begitu sukar hendak dapat. Saya masih ingat... dua tahun lepas saya beli sewaktu pameran pertanian di Kuantan. Beberapa hari saya peram akhirnya masak. Saya kupas, tidak boleh makan kerana buruk... kecewa. 
Beberapa bulan lepas saya jumpa buah durian belanda ini di SOGO... terus beli sebiji. Beberapa hari kemudian saya kupas... hah isinya putih. Bila makan terasa enak.
Kesimpulannya... dalam tiga kali membeli durian belanda ini hanya sekali sahaja yang elok. Walaupun harganya rm13 sekilo... sebenarnya buah durian belanda yang saya makan itu rm39 sekilo.

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya boleh katan begini, 
"Berhati-hatilah bila membeli buah durian belanda. Kebarangkalian elok hanya .33 sahaja. "


11 comments:

norhanis.com said...

Buruk ke? Tak ada rezeki...

Yahya Zainal Abidin said...

Heh.... gitulah. Nak ambil bijinya pun tak minat.

johor muar said...

I like your blog. Saya pun minat menanam tapi dalam skala kecil. Masalah utama cuaca panas dan anai2

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih sdr Johor Muar.
Memang itulah masalahnya. Satu lagi masalah ialah kulat akar. Banyak juga pokok yang mati. Saya baru dapat tahu. Saya telah sembur pangkal pokok.

Anonymous said...

Kulat ni tumbuh dimana2 tempat lembab ter. candidadiasis satu lg cacing putih. tunggu dulu sehingga cuaca agak baik. You cannot change the weather you can change the environment. Tadi ket Serting Felda Raja Alias Gugusan 7 memang paneh, Kolo Pilah pun samo tapi Selayang ada sikit hujan, lani 11.37 pm agak sejuk, sy cadang nak cantumkan pokok rollinia dgn anona muricata, haritu dan cantumkan pokok nona kapri dgn nona serikaya yg kulit hijau, dua version ; pokok penanti nona serikaya pucuk nona kapri, yg satu lg pokok penanti nona kapri pucuk nona serikaya hijau. lani dok semai nona serikaya merah. Besok nak ambil pokok pisang soto yg hijau semua bhg pk tapi takdak buah dr rumah Cikgu Halimah

Anonymous said...

Boleh saya tahu macam mana nak ubati kulat akar Pokok Durian Belanda ini,,,Guna racun apa ?...Sebab saya pun ada beberapa pokok yang tengah sakit,,,,daub gugur...nak kata baja kurang,,,sentiasa letak baja dengan betul...Terima kasih,,,

Anonymous said...

Lani jam 11.52 mlm, nak ubati akar durian belanda mesti mau tengok apa puncanya: tanah berasid ke, kena cacing putih ke/nematod, tanah berbatu ke, pasti betul2 kulat/fusarium ke, tengok apa jenis pokok yang berada yang paling hampir dgn dia. kl confirm kulat, cabut, tuang kerosin/disel dan musnahkan semua bukti dna pokok bermasalah tu. Biji benih yg disemai haritu dah tinggi hampir 30 sm, mula2 sy semaikan dlm seedling tray, lepastu pindahkan kdlm poly beg 6 x 6 inci sebab sikit hari lj nak jual kat pasar borong selayang bawah simpang kedai jual telur. Kl yg terkena buah buruk jgn lah berputus asa, mula2 sy beli dr pasar nsk rm13.00/kilo, betui2 keraih. Langsung tak buleh dibuat benih. Lopehtu bilo poi Seroting - lihat posting sy 20/03/15 - boli sekilo rm8.00 ket Terachi, bolah dapet ulek mayang/ulat buah, nak periisi biji2 ni memang la geligeleman. Teringat episod fear factor yg muntah bila dia minum ulat blended tanpa ais original flavor. Lani alhamdulillah dapatlah 96 pokok anak benih hampir 30 sm

Yahya Zainal Abidin said...

Tahniah saudara gigih hingga dapat 96 pokok yg dah lebih 30cm. Saya semai juga dlm tray. Lepas itu pindah ke polybag kecil tetapi lebih separuh kering. Mungkin akarnya terlipat.

NickwanN said...

Assalamualaikum abang-abang semua ! Sy nak tanyer skit niy !! Kalau sebijik durian belanda niy biasa nyer brape harga RM yer ?? Maklum la sy niy xprnah beli .. tapy sy dah mencarinya .. tapy xtahu kat mane ..

NickwanN said...

Assalamualaikum abang-abang semua ! Sy nak tanyer skit niy !! Kalau sebijik durian belanda niy biasa nyer brape harga RM yer ?? Maklum la sy niy xprnah beli .. tapy sy dah mencarinya .. tapy xtahu kat mane ..

Yahya Zainal Abidin said...

Harga per kilo. Saya kerap beli di hentian sebelah Serdang. Harganya antara rm12 hingga 18 sekilo.
Hentian Sebelah Serdang dari KL ke Seremban.
Hati2... pilih yg tua dan tiada tompok hitam.
kerap juga dapat yg buruk.

Post a Comment