nuff

Saturday, January 3, 2015

Projek KITAR SEMULA bermula di sini.

1 Januari 2015.
Projek yang mudah sahaja. Aktiviti menghimpun kertas dan tin minuman terpakai di rumahku beralamat no 104, Kampung Sentosa, 26500 Maran, Pahang.
Saya terangkan kepada WAWA rancangan saya itu. WAWA sangat setuju.
Biasanya kami buangkan cebisan kertas terpakai yang bersih ke dalam tong sampah bersama sampah yang lain. Akhirnya bergaullah ia sebagai sampah yang akan dibuang ke dalam tong sampah awam. Tidak berlaku kitar semula sama sekali.
Sebagai tanda setuju WAWA terus mencerakin kertas dan surat yang telah laput tarikh hingga penuh bakul.

 
Kebiasaannya surat yang lama, resit keluar wang di bank, nota lama, motak biskut dan banyak lagi saya busngkan ke dalam tong sampah. Dalam tong itu ada macam-macam... botol dan tin air minuman juga ada.
Kini saya berazam mendisplinkan diri dan akan mengajak ahli keluarga meletakkan di dalam tong yang khusus.


Kebiasaannya bila keluar duit dari mesin ATM akan terima kertas penyata transeksi. Saya ambil, renung sekejap kemudian pernyuk dan buang dalam tong sampah. Kini saya simpan dalam kocek. Saya mahu masukkan dalam bakul di atas itu. Biarpun ia kecil tetap beri makna dalam projek ini. Bukuan untuk wang tetapi mahu memupuk rasa sayang. Galakkan kitar semula.


10 Januari 2015. Berjaya menghimpunkan satu ponjot plastik.

Ye.... sudah dua ponjot.

30 Januari 2015


Sudah penuh untuk kali ketiga bulan pertama ini. Projek ini menggalakkan kitar semula juga kebersihan alam sekitar.

Boleh rujuk projek kitarsemula USM:
http://healthycampus.usm.my/index.php/activities/pembangunan-persekitaran/193-program-kitar-semula

Hingga akhir bulan Mac 2015 sudah ada empat ponjot.

Aktiviti mengumpul tin minuman juga dilaksanakan. Hingga akhir bulan Mac 2015 sudah penuh satu bakul.

Anak dan isteri sudah mula beri sokongan.


Tin air minuman dilempar dalam kebun saya. Saya bawa pulang.

No comments:

Post a Comment