nuff

Thursday, January 8, 2015

Buku THE DECISION BOOK

Saya beli buku ini sewaktu lawatan di Istambul. Penulisnya ialah Mikael Krogerus & Roman Tschappeler

Banyak perkara yang menaik. Misalnya jika kita mahu merancang sesuatu untuk kejayaan di masa hadapan. Pengarang berkata, "To determine your future, first undestand your past."
Memang kita mengimpikan kejayaan masa hadapan. Maka kita mula mencongak-congak apa yang hendak dilakukan langkah demi langkah. Pengarang mengajak kita merenung kejayaan masa lalu. Cuba ingatkan balik kejayaan lalu. Gunakan ia sebagai kerangka bertindak dan cuba baiki lagi. Inilah grafik yang disimpulkan oleh pengarang.


Sewaktu kita mengecap kejayaan... mesti bermula dengan satu azam, satu kehendak dan ada cita-cita. Ada fokus.
Apakah yang kita pelajari daripada kejayaan itu. Untuk mencapai kejayaan yang besar selalunya melalui proses yang panjang, lama madanya. Kita kena konsisten. Perlu lakukan dengan sabar. Ada yakin diri.
Sebelum kita mencapai kejayaan ada banyak halangan yang perlu dilepasi. Tentunya ada orang yang membantu.. Ada orang yang menjadi pencetus. Ada orang yang jadi idola. Tentu orang itu telah buktikan kejayaannya. Ada orang yang mencabar?

Itulah ramuan yang perlu dikitar semula.

Seseorang yang telah berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam suatu projek lebih. yakin untuk mencipta kejayaan berikutnya. Misalnya dia sewaktu di bangku sekolah berjaya mengubah pencapaian pelajaran darpada pelajar sederhana, pencapaian matematik 40% kepada 80%. Dia melakukan transformasi dalam proses pembelajarannya. Dia melakukan proses pemulihan terlebih dahulu selama tiga bulan diikuti dengan langkah belajar dahulu sebelum guru mengajar. Maknanya ada sikap berdikari. Tidak dipaksa oleh sesiapa pun. Melaksanakan latihan menjawab soalan dan ulangkaji satu jam setiap hari tanpa jemu kerana dia telah setkan arah tuju atau matlamat. 
Pengalaman itu diulangi pula untuk projek yang lain misalnya hendak menjejakkan kaki di puncak gunung Kinabalu. Maka dia mengatur siri latihan mendaki bukit secara berjadual. Latihan itu mestilah semakin mencabar. Memerlukan kecekalan kerana amat meletihkan. Oleh kerana dia telah ada pengalaman yang lalu maka lebih mudah dia memujuk dirinya untuk terus berusaha apabila berhadapan dengan detik mencabar.

Maknanya kita sebagai guru atau bapa atau ibu perlu usahakan agar anak didik/anak berjaya mencipta kejayaan walaupun kejayaan kecil misalnya berenang. Berjaya membaca buku setebal 100 ms pada usia 10 tahun. Kejayaan itu memberi momentem kepadanya.

No comments:

Post a Comment