nuff

Sunday, January 11, 2015

Nasib Pokok Gelugur Tua

Saya terpandang ada dua pokok gelugur yang kurus tinggi dijuru tanah yang sedang dibersihkan. Dua pokok gelugur itu dikelilingi pokok hutan dan belukar. Saya beritahu pemandu jentolak supaya berhati-hati agar pokok yang ditunda tidak menghempap pokok gelugur dua batang itu.

Tiga bulan ia terbiar begitu. Umur pokok ini tidak kurang 50 tahun. Telah lama dia terbiar begitu. Saya lihat ada beberapa batang lagi berhampiran dengannya. Tetapi di dalam tanah orang lain. 
Hari ini 11 Januari 2015, saya tabur baja 15-15-15 kira-kira 40 kilogram. Saya rasa ini kali pertama engkau dapat makanan tambahan. Selama ini akar engkau sedut sahaja baja dari daun reput atau najis binatang. Saya mahu kau hidup subur. Bulan Mac nanti saya akan beri baja penggalak buah pula.


No comments:

Post a Comment