Aku telah rancang apa hendak buat hari ini.
1. Beli hf untuk pekerja.
2. Ambil bateri dua buah yang dicharge.
3. Racun rumput bawah pagar.
4. Ganti bateri.
5. Periksa pagar.
6. Usung papan tebal.
7. Sembur baja nenas.
8. Cucuk pokok ubikayu.
Minggu lepas aku berjaya memulihkan pagar kebun hadapan. Ikut rancangannya hari ini mahu memulihkan pagar kebun belakang. Kerjanya ialah meracun rumput di kawasan pagar yang tidak kena banjir. Kerja ini berjaya disiapkan oleh Amat. Aku meninjau bahagian yang ditenggelami air banjir. Aduh.... terkejut melihat pagar yang rosak. Ada pelepah dan dahan kayu yang menghempap tali pagar. Ada beberapa batang pagar tercabut. Tali pagar terlucut dari tiangnya. Banyak bahagian tali yang kendur dihempap gumpalan rumput berlumpur.
No comments:
Post a Comment