Aku dilahirkan di rumah nenek Kampung Lompat, Pesagi, Chenor. Emak dan ayah membesarkan aku di situ hingga remaja. Saudara maraku juga membantu hingga aku rasa rumah nenek adalah rumahku juga.
Sewaktu belajar di universiti.... aku mencari wang belanja dengan cara menoreh getah. Keluargaku hanya ada kebun getah sekangkang kera.... padan utk ayah sahaja. Maka aku terpaksa menoreh getah engah Deris yang di sebelah rumah nenek. Setiap kali aku menoreh emak membantu aku memesin untuk menjadi getah keping.
Itu cerita puluhan tahun lalu... sudah lebih 40 tahun. Rumah nenek telah menyembah bumi. Aku masih ingat.... di belakang rumah nenek ada kubang.
Kebun getah engah Deris dah naik hutan. Engah Deris telah kembali kerahmatullah dan anak2nya semua menetap di bandar. Mereka mahu menjual tanah pesaka itu.
Tapak rumah nenek dan kebun getah sangat mendalam nostalgianya. Aku tidak mahu tempat yang banyak jasa kepada aku kelihatan lesu. Aku juga tidak mahu tapak aku menoreh getah untuk cari belanja sekolah lepas ke tangan orang lain.
Aku memberanikan diri. Aku beli tanah arwah bapa saudaraku. Aku minta kebenaran bapa saudaraku apak Kadir untuk membangunkan tanah tapak rumah nenek itu.
Kini aku baru melangkah satu perjalanan yang jauh lagi mencabar. Ramai yang tidak setuju dengan rancangan ini. Ada juga orang yang dekat denganku buat tidak indah sahaja.
Cita-cita aku besar. Aku tidak mahu cerita tetapi mahu berusaha. Setelah aku berjaya usahakan.... baru cerita dan paparkan gambar.
Mulanya Ah Kong membersihkan tanah ini. Dia gunakan eskevetor. Wang habis rm13000 tetapi kerja tidak berkualiti. Lepas itu Arifin Batu Kunta pula bawa masuk buldozer, barulah terang dan ada teres. Rm12000 lagi terbang.
Eskevetor sedang mengorek longkang sempadan paya. Sempadan itu akan membentuk ban sebagai benteng yang melancarkan pengaliran air yang berlebihan sewaktu hujan lebat.
Hari ini aku bawa masuk 45 pokok Durian Belanda yang aku beli rm25 sepokok tiga bulan lalu. Dahan pokok sudah ada tiga peringkat. Ikut rancangannya esok dua orang tukang tanam. Saya harap program esok berjalan lancar.
Hingga 23 Jun 2014.... 60 pokok anak durian belanda telah berjaya ditanam. Kini musim panas... saya ambil tindakan menyiramnya.
Hingga kini projek ini telah menelan belanja yang besar. Beli tanah rm140,000.00. Bersih belukar, bakar, buat teres, buat longkang hingga kini rm25,000.00. Beli benih durian belanda 315 pokok rm4900.00. Beli calvet dan polipipe rm3000.00. Belanja pengurusan termasuk upah rm1500.00. Jimlah wang yg dilaborkan telah melebihi rm189,000.00
Dari mana datangnya wang yang banyak itu?
aduh..... guna pinjaman bank... kena bayar rm2300 sebulan selama 10 tahun. Oh saya mesti berjuang hingga berjaya.
Kini aku bergelut mengusahakan bekalan air supaya sampai ke atas bukit. Usaha memasang polypaip hingga ke puncak telah siap tetapi air hanya sampai separuh jalan sahaja. Sekarang musim panas berlebihan, kesan Al-Nino. Kini ada 250 pokok durian belanda yang telah siap ditanam. Aku bimbang tanah yang kering akan menjejaskan pertumbuhan pokok db itu. Nasib baiklah malam semalam hujan lebat. Kerja membekal air mesti diteruskan hingga selesai.
Nasib baiklah dua hari ini hujan lebat... maka legalah sementara masalah bekalan air ini.
=================
JULAI 2014
2 Julai 2014. Saya dibantu anak bongsu, Ami menghantar 105 pokok anak db untuk ditanam esok. Jika usaha ini berjaya maka jumlah pokok db mencecah 355 pokok. Harap-harap akan menjadi kenyataan.
5 Julai 2014. Saya melawat kebun. 355 pokok DB telah berjaya ditanam. Masih ada ruang untuk 100 pokok lagi.
Saya juga menamam lada dan keledek.
Saya betul-betil berhajat hendak menanam 400 pokok kelapa mataq dan 500 pokok durian belanda. Semuanya 900 pokok. Peratus kemajuan hingga kini ialah 350/900 atau 38.9%.
6 Julai 2014.
Saya masuk kebun. Saya tanam 20 lubang lada kecil, dua baris labu dan 10 lubang keledek. Ini adalah tanaman kontan jangka pendek sahaja.
7 Julai 2014.
Saya masuk kebun awal pagi selepas subuh. Saya tanam pokok keledek 10 lubang, labu 25 lubang dan semai 20 lubang lada kecil. Saya membayangkan pertumbuhan pokok akan terjejas dek kesan cuaca kering... Kesan Alnino. Nampaknya perjuangan makin hebat. Panas..... rumput dan anak pokok mula tumbuh melata.
8 Julai 2014.
Saya ambil cuti hari ini.
Inilah ketika yang paling seronok. Saya masuk kebun tanam 25 urat keledek dan 10 lubang lada kecil. Lepas itu saya siram.
Cuaca panas boleh menjejaskan pertumbuhan. Oleh itu saya beli empat tong drum penyimpan air. Malam ini saya saya akan uruskan air.
11 Julai 2014.
Saya petik beberapa ulas lada kecil yang masak merah menyala. Saya pecahkan hingga dapat biji-bijinya untuk dijadikan benih. Saya gaulkan biji lada itu dengan racun kulat. Biarkan ia kering. Esok saya akan tanam biji benih itu.
Saya membeli 110 pokok limau kasturi. Hari ini 14 Julai siap tanam.
Hingga kini sebanyak 465 pokok kekal telah berjaya ditanam. Durian Belanda 355 pokok dan Limau Kasturi 110 pokok.
Hujung minggu ini akan sampai lagi 100 pokok DB ( tingginya sampai paras bahu saya), Limau kasturi sebanyak 40 pokok dan belimbing besi lima pokok.
16 Julai 2014
Menerima kehadiran 100 pokok Durian Belanda tingginya melepasi bahu. 40 pokok Limau Kasturi dan lima pokok Belimbing Buluh. Saya meminta Jama Sulai menanam hingga selesai.
19 Julai 2014
Berjaya menanam 100 pokok Durian Belanda yang tingginya paras bahu dan 40 pokok Limau Kasturi. Kini jumlah pokok Durian Belanda yang berjaya ditsnam ialah 455 pokok dan Limau Kasturi 150 pokok.
Saya terasa sangat panas. Cahaya matahari menyinar terang sejak jam 9 pagi. Saya lihat banyak pokok kelihatan layu. Saya mesti bertindak segera menyimnya. Sungguh mencabar.
20 Julai 2014
Berjaya menanam lima pokok belimbing buluh dan 10 batang limau nipis. Kerja dilakukan oleh Jama bin Sulai. Saya pula berjaya menanam limapuluh lubang benih labu.
21 Julai 2014
Aku memberi arahan dengan cara menghubungi Jama melalui telefon agar meneruskan kerja menyiram. Aku hantar SMS juga untuk menegaskan arahan. Namun begitu aku tetap teringatkan tanah kebun itu. Kalau tak jenguk sehari rasa tak sah. Sungguh kuat lambaian anak pokok durian belanda, limau kasturi, limau nipis, anak pokok getah, keledek dan labu kepada aku. Mungkin ada yang menangis kepanasan. Ada di antara mereka telah mula dibelit rumput yang menjalar. Sebenarnya aku sedang berada dalam medan perjuangan. Aku tidak boleh cuai barang sedetik pun. Aku mesti hadapi. Aku mahu pulang..... mahu jenguk mereka dan mahu basahi mereka.
Pokok limau kasturi yang baru ditanam belum sampai seminggu telah mula dipanjat oleh ulan yang menjalar dan memanjat. Serangan rumput sudahpun bermula. Rumput dan anak pokok telah mula tumbuh. Tompok-tompok koloni mereka kelihatan di sana sini dalam kebun ini.
Ada tiga masalah yang perlu diatasi segera. Pertama ialah rumput dan anak kayu yang mula tumbuh dengan garang dan semakin luas. Untuk mengatasinya saya beli racun dan minta Jama melaksanakan tugas meracun. Kerja ini telah dimulakan pada 22 Julai 2014.
Kedua ialah tebing sempadan dengan paya sering runtuh apabila hujan lebat. Ini menyebabkan benteng tanah menjadi semakin rendah. Ini memudahkan musuh merangkak masuk ke kebun. Untuk mengatasi masalah itu saya terfikir mahu membuat longkang yang diluar paya sebelah hulu. Longkang yang dicadang itu melalui tanah Intan Apak Din yang menganjur bentuk tanjung. Apabila dibena longkang tanah Intan seluas satu ekar itu akan terkepung. Saya berjumpa Intan untuk menyatakan hasrat membina longkang serta mahu memajukan tanah yang terkepung itu. Saya pergi berunding dengan Intan. Saya nyatakan sebenar yang sebenarnya. Nampaknya Intan faham maka dengan itu beliau membenarkan cadangan mengorek lòngkang dan menggunakan tanah itu. Keuntungan dari tanah itu akan dibahagikan secara sama rata. Saya kira ini adalah "win-win situation". Oleh yang demikian.... tanggal 23 Julai jentolak masuk membersihkan tanjung tersebut.
Masalah ketiga tidaklah berat sangat. Dahan pokok dan sisa yang tidak habis dibakar masih bertaburan. Saya melonggokkan sendiri untuk dihapuskan.
29 Julai 2014
Aku bersikap degil terhadap kebun ini. Jam 6.40pagi aku memandu hilux menuju ke kebun. Jam 7.15pagi aku sudah masuk dalam kebun. Aku memeriksa dua baris pokok DB... aduh ada antaranya daunnya kelihatan layu. Ini disebabkan kekurangan air maklumlah kini musim panas dan ada kesan alnino. Tanpa lengah aku menyiramnya. Dalam masa dua jam aku berjaya menyiram 115 pokok.
Ada juga pokok telah mula dibelit oleh ulan, pokok menjalar yang ganas. Pertumbuhannya sangat pantas. Sesungutnya membelit kemas pada batang pokok. Aku perlu menghapuskan parasait ini. Aku cari dimana pangkal perdu ulan itu. Aku cabut pangkalnya.
Tempoh dua minggu sahaja sudah cukup untuk mengepung anak pokok DB. Bayangkan jika empat minggu? Saya percaya DB akan lemas.
Setelah dicabut ulan yang menjalar, barulah nampak wajah anak DB itu. Kedaannya menyedihkan. Banyak daunnya telah gugur.
30 Julai 2014
Syukur alhamdullilah.... malam semalam pokok dalam kebun ini disiram air dari atas. Untuk tiga hari ini aku tidak risau fasal menyiram. Pagi ini aku menanam kangkung dan keladi di lembah yang berair. Dalam pada menanam tanaman jangka panjang, mahu juga bawa buah tangan bila pulang dari kebun ini untuk beberapa bulan yang akan datang ini.
Cabaran semakin hebat. Rumput dan anak pokok sudah mula melata. Rumput jalar sudah mula membelit anak pokok durian belanda. Ulat terbang warna merah menyerang pokok labu yang baru tumbuh. Habis daun dimakannya... gondol. Longkang dekat batang paip air JBA agak rendah... mudah diceroboh oleh kambing. Masih ada saki baki pokok yg ditebang tidak hangus sepenuhnya. Puntung kayu dan akar yang mati masih bergelempangan. Pintu pagar perlu dibina baru. Kerja menggali parit dan membina ban merentas paya belum siap.
Pokok kelapa masih belum ada.
Bulan Ogos adalah masa bertindak mengatasi semua kelemahan dan masalah.
Masuk kebun mesti sebelum 7.15 pagi.
Bulan ini fokuskan kepada menanam pokok kelapa dan buluh madu. 50 pokok kelapa mataq sudah sampai hari ini. Beli dari nusery di Jerantut.
7 Ogos 2014
70 pokok kelapa dan 150 anak pokok durian belanda sampai ke kebun ini dari Seremban.
Langkah aku ingin mengajak pemilik tanah ikut serta memajukan tanah terbiar milik mereka. Jika mereka tiada masa atau tidak berupaya... aku beri keyakinan kepada mereka bahawa aku sanggup memajukannya. Keuntungannya kelak akan dibahagi sama banyak. Nampaknya Intan bersetuju saya memajukan tanahnya yang disebelah hulu tanah saya. Saya telah mula membersihnya.
Pagi ini 9 Ogos .... saya menerima 180 snak pokok buluh madu. Saya telah tanam 15 pokok.
Hingga kini sudah melepasi satu tahun aku menjayakan tanah ini. Sebelas ekar adalah milikku dan baki duapuluh tiga ekar adalah tanah yang disewa/ mendapat kebenaran mengusaha. Tidak kurang dua kali seminggu aku datang kesini. Kini aku sedang melalui era yang penuh cabaran. Wang sentiasa keluar tetapi belum ada masuk poket. Marathon yang sangat menyeksakan.
8 comments:
Tahniah Dato'. Keberanian dan kegigihan Dato' meneroka bidang baharu di alam persaraan merupakan satu inspirasi buat golongan muda. Semoga maju jaya dalam usaha teroka ini.
Che Gu Ngah..... saya mahu jadi usahawaan tani. Saya dah biasa buat kerja kampung.
Teruskan berbudi pd tanah dato..baca kosnya pun sy takut...besar tu..bukan calang2 semangat kena ada ni..
teruskan usaha dato..insyaAllah miga berjaya.
Terima kasih aarar
Saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu terus mara. Kini musim panas. Saya ambil langkah menghantar air hingga di puncak bukit. Upah orang menyiram. Pokok durian belanda dan limau kasturi itu memerlukan air.
Tanah saya berbukit lebih kurang mcm tanah dato.mmg perit nak menyiram hingga ke puncak bukit.solusinya saya masuk air jalan.lepas tu saya guna water timer yang pakai bateri AAA 2 biji.boleh set untuk siram pagi dan petang setiap hari.setiap teres saya pasang 1 water timer. dah guna hampir 6 bulan. alhamdulillah sangat membantu.
Idea yg baik. Ada kawan cadang macam itu juga. Masalahnya teksnan air sanvat rendah. Kalau ssmpai puncak tengah malam itupun slow. Saya terpaksa takungkan ke dalam drum. Saya sediakan banyak drum di merata tempat. Mini mudim hujan... dah ok. Terima kasih sdr fosdi azis. Saya akan cuba dlm kebun belskang rumah. Tqvm
Assalamualaikum Tuan, Apa status projek pertanian tuan sekarang? Boleh bagi no Hp, boleh saya whatapps tuan untuk ketahui perkembangan seterusnya. Sy ada beli tanah dah nak ikuti cara tuan.
Alhamdulilah.
Pokok durian belanda sudah berbuah. Ada yg telah masak. Saya dah boleh jual. Kelapa pula tidak berapa subur. Boleh hubungi saya 0195206096
Post a Comment