nuff

Saturday, November 21, 2020

Nanas MD2


Pertengahan Ogos 2020 lalu mula tanam, pindah dari kebun. Beri baja NPK 15x3, tabur di ruang tengah dan sembur baja cecair kepada pelepah. Hasilnya pokok menghijau dan daunnya kelihatan gagah. Sudah ada yang tertarik lalu membeli sulor nanas. 
Hingga 20/11/20 telah laku 23 pokok.
Hingga 15/03/21 telah laku 33 pokok.
Gambar yang diambil pada 31/12/20. Semakin subur. Sembur baja cecair dua minggu yang lalu. Akan sembur lagi baja cecair pada minggu pertama dan ketiga bulan Januari 21. 
5/1/21, 3 pokok telah keluar bunga.
10/1.... 4 pokok telah keluar bunga .
12/1...  5 pokok telah keluar bunga.
25/2..  5 pokok lagi keluar bunga jadikan 10 telah berbuah.

7/1/21
๐ŸŒฟtabur baja npk 121217 ✔
๐ŸŒฟtanam baru 15 sulor nanas. Empat daripadanya adalah jambul. ✔
๐ŸŒฟ jambul telah ganti.✔
26/2/21... buah pertama makin besar.

02/4/21... didapati sulor telah keluar di tepi buah yang belum masak. Ini adalah tanda pokok untuk itu adalah subur, banyak zat dalam pokok itu. Kebiasaannya sulor cambah selepas buah dipetik.
Ada dua lagi sulor yang telah keluar di bawah buah yang lain.
 L

Syukur alhamdulillah.
insyAllah setiap batang sulor yang tumbuh ini akan dipindahkan ke dalam polibag pula.

11/4/21
Buah pertama masak. Beratnya 2.1kg.
Buah kedua 2.7kg.
Buah ketiga 1.5kg.

1/10/21
๐Ÿ“Œ19 pokok, buahnya telah masak dan telah petik.
๐Ÿ“Œ4 pokok sedang berbuah, akan masak dlm tempoh satu bulan lagi.
๐Ÿ“Œ8 pokok belum berbuah, kelihatan kurus dan Pusat. Telah siram air baja.
๐Ÿ“Œ terdapat 18 sulur berbagai saiz.
HUD suka makan nanas.
Kelihatan sulor, buah dan pokok yang belum berbunga. Boleh pindahkan sulor ke polibag untuk penerusan hidup nanas ini. Boleh letak pokok nanas dlm polibag di celah tunggul nanas untuk guna ruang secara optimum.

19/10/21... hanya tinggal lapan pokok yang belum berbunga. 25 pokok telah berbuah, semua telah masak. Sungguh enak rasanya. Tunggulnya relay keluar sulor. Ada sulor yang besar telah disemai di tempat baru.

18/10/21
Tanam 19 pokok yang telah berusia enam bulan. Bulan Jun 2022 dijangka keluar bunga.

Mahu tanam di satu kawasan lagi.

Mahu cuba tanam sisa makanan semalam. Gali lubang, masukkan sisa makanan ke dalam lubang dan kambus. 
Hingga 25/10 telah tanam dua kali sisa makanan dan kulit telur. Adakah Sisa itu boleh disposes menjadi baja kepada nanas? Kesannya boleh nampak tiga bulan kemudian?

3/11/21
Sudah keluar bunga, tinggal 7 pokok yg masih belum.

TANAMAN NANAS ELOK DIGIATKAN LAGI DI KEBUN. CARI RUANG UNTUK TANAM. TANAM 10 POKOK SETIAP HARI. SATU BULAN 300. BILA MASAK... DAPAT 600KG. 600X3...dapat rm1800.
Belakang... tanam 700 setiap bulan. Pulangannya... 700x2x3 = rm4200.


2 comments:

Unknown said...

Terbaik than saya pun Ada tanam belakang rumah....tapi pakai polibeg saja

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih. Ramai jiran yang ikut tanam juga. Mereka beli sulor nanas MD2 dari saya.

Post a Comment