nuff

Saturday, February 15, 2020

Kursus Durian & Arah Tuju Baru

15 dan 16/2/2020
Bangi Golf Resort
Bermulanya satu keyakinan baru selepas mengikuti kursus yang diberikan oleh seorang pakar yang telah membuktikan kejayaannya.
5

Sangat berfaedah.
Mengetahui penyakit yang dihadapi oleh pokok durian di kebun sendiri.
Banyak kesilapan menanam.
Elakkan air bertakung.
Hapuskan hawar daun.
Penyakit kuning daun.
Nilai P yang tinggi menyebabkan biji menjadi besar.
CARA TANAM BANYAK KESILAPAN
Cara atasi.... buat busut
Buat longkang
Gembur tanah
PEMBAJAAN TIDAK TEPAT
Cuba jenis baja dan jadual membaja.
Baja fatigasi.
Guna baja Kitosan untuk pulihkan pokok.
Bancuh baja serbuk ACUREN utk mengatasi Hawar Daun.
MENGATASI PENYAKIT
Hawar daun
Kanker
Serangan ulat daun.
pH yang paling sesuai ialah 6.5... kelihatan akar paling panjang. pH yang bagus 6 hingga 7. Perlu dapatkan 20 sampel pH tanah dekat pokok durian di kebun hadapan dan 5 sampel di kebun belakang. dalam bulan Februsri ini.

Belum terlewat untuk membaiki kesilapan.

๐ŸŒฟPerlu praktikkan pembajaan SP1, SP361 ikut jadual dan berat yang disyurkan. Beri baja cecair konsep fatigasi 3 hari sekali. Mulakan hujung bulan Fabruari 2020. Mahu pokok berbuah bila mencapai usia tiga tahun. Sudah beli baja SP1 dan SP361 nilai rm215 pada 18/2/20.✔
๐ŸŒฟBeli pH meter untuk sukat pH tanah. Sukat pH tanah. Ambil tindakan pemulihan jika pH rendah dari 6.5.
๐ŸŒฟ Laksanakan projek jangka pendek untuk menampung kos maintanance projek durian yang semakin meningkat.
18/2/20.... saya pergi ke Saliran Mampan Sdn.Bhd milik encik Lim Chin Khee yang beri kursus di Bangi Sabtu & Ahad yang lalu. Saya kagum dengan daya usaha, ilmu dan pengalaman beliau. Ini adalah contoh yang patut diteladani.
Saya percaya, dan boleh ikut apa yang dicakapkan. 
Kedai baja di sisi kebun durian yang subur. Saya mahu praktikkan langkah 3 tahun durian boleh berbuah.
Motivasi timbul atas bukti kejayaan Chin. Saya mahu lakukan. Saya berkeyakinan penuh akan berjaya seperti mana yang dikatakan oleh pakar ini.
Hari ini saya membeli baja di Raub dan terus memulakan kerja membaja. Kerja membaja mesti disiapkan dalam tempoh seminggu. Petang ini 21 pokok sempat beri baja. Sebelum akhir bulan Februari mesti siap dapat baja SP1 dan SP361. 
Amir sudah siapkan kerja membaja semua pokok.✔✔✔ Kerja membaja bulan Februari telah siap.
Pokok tinggi kurang 5 kaki; baja SP1..100gram, SP361..1kg.
Pokok tinggi lebih 5 kaki, baja SP1..200gram, SP361..2kg. 
Pokok yang lebih 5 kaki telah mula beri baja SP1, 200gram dan SP361, 2kg.
22/2/20... telah beri 3 pokok.
29/2/20... hingga kini telah beri baja sp kepada semua. Baja air pula baru 40pokok.
Mengenai baja fatigasi pula adalah seperti berikut;
                      1 - 4 kaki    5 kaki    7 kaki
G232                10gr         20gr      25gr
Amino Plus     10ml        20ml      25ml
P400                 2ml          4ml       5ml
R2                    20gr         40gr       50gr
NPlus              40gr          80gr      100gr

G232   ...... galak keluar daun
Amino Plus.... Vitamen
P400 ..... Anti body
R2  .....  Galak tumbesaran akar, batang, dahan dan vagi
NPlus .... besarkan daun
21/2/20.... telah beli 5 jenis baja untuk fatigasi di Raub, harga rm1130.
Telah beri taklimat kepada Amir tentang kaedah membaja dan menyiram yang terkini. Amir meneruskan kerja membaja.
1/3/20
Saya perlu mendalami kaedah menyukat pH tanah. pH yang paling baik ialah 6.5, julatnya 6 hingga 7.

Tanam bulan Februari 2020๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ
1. Lubang telah siap gali. Timbus, longgok kayu mati dan bakar. Timbus kali kedua.
2. Lubang telah digali di lereng bukit. Telah bakar, timbus. Himpun pokok mati dan bakar kali kedua. Timbus lagi.
3. Lubang telah gali, himpun dahan pokok dan bakar.
4. Pilih satu tempat antara dua pokok durian, tepi jalan, sebelah kiri, tebuk lubang, jirus racun anai2. 
Empat pokok baru. Sudah beli dan akan tanam pada 7/3/20.  ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ siap tanam, pokok kelihatan subur.✔

Tanam bulan Mac 2020๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ✔
Buang dua pokok kelapa di teres bawah jalan. Gemburkan dua kawasan 6x6.
1. Longgokkan ranting pokok dan bakar.
2. Gembur kawasan 6x6 di tepi jalan atas bukit.
3. Buang satu pokok kelapa kecil dan gali lubang, gembur 6×6 dekat lubang yg telah digali. Siap gali.✔
4. Lubang telah siap gali.✔
5. Beli lima pokok baru. 
6. Buat pembakaran atas 5 tapak utk tanam durian.
7. Buat lubang dan jirus racun anai2.
8. Siap tanam 6 pokok.✔


Tanam bulan April 2020๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ...๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ
1.  Buang dua pokok db dan gali lubang, gembur 6×6 dekat lubang yg telah digali.✔
2.  Bakar ranting yg dilonggok atas lubang tepi jalan dekat pondok.
3. Rata kawasan dekat jalan gelotot. Buang pokok db. Gali lubang 6x6, dalam 3 kaki.
4. Enam lubang telah siap gali.✔
5. Gunakan anak pokok yang semai tahun lepas.
6. Gali 4 lagi. ✔
7. Pada 7/4/20... telah tanam 2 pokok.✔

Tanam bulan Mei 2020๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ
Buang dua pokok kelapa di teres bawah jalan. Gemburkan dua kawasan 6x6.
1. Longgokkan ranting pokok dan bakar.
2. Longgokkan ranting pokok dan bakar.
3. Gembur kawasan 6x6 tempat pokok kelapa yg dibuang.
4. Buang dua pokok db dan gali lubang, 
7. Tiga lubang telah siap gali. Perlu gali satu lagi.
8. Beli lima pokok baru.
....1 lubang1 dkt pondok
....2 lubang2 dkt pondok
....3 lubang di teres ketiga
....4 lubang celah pokok pisang
....5 lubang belakang pondok Amir, belum
....6 lubang dkt pokok pisang, belum
....7 lubang dkt 4 lubang yg telah gali.

Tindakan
1. 15 pokok 5kaki telah beri baja SP1 dan SP361 extra.(24/2/20)✔
2. Mahu beri baja SP1 dan SP361 kepada 15 pokok yang sihat & lebih 1 kaki lonjak.✔
3. Telah bancuh baja fatigasi. Telah mula siram 4 pokok. Sudah siram 40 pokok.✔

Tindakan segera.
Perlu adakan sistem bekalan air yang cekap. Air disedut dari kolam masuk ke dalam 2 tong hitam 600 galon. Dari sini air dihantar terus ke tong biru. Bilangan tong biru perlu ditambah 10 lagi.
Baiki sistem paip air yang sedia ada supaya mudah mengisi air ke dalam tong biru. Pasang penyambung T kepada 5 tempat dan sambung kepada batang paip 16mm.
Pasang zink tadah air hujan yang hujungnya masuk ke dalam tong biru yg terpencil. Pasang 10 dahulu.
Bina jalan motosiksl sepanjang teres.
Sediskan tong air biru sebanyak 10 tong dan letakkan di tempat yg stratigik sebelum 31/3/2020.

13/3/20. Telah bancuh 3 tong air baja. Lebih 20 pokok dapat faedah tiap-tiap hari. Hari berikut siram pokok lain pula. Hari ketiga siram pokok lain. Hari keempat kembali siram pokok yang mula-mula. Dianggarkan 50 pokok akan dapat disiram.
28/3/20.. telah tanam 6 pokok durian, anak benih semai sendiri dari baka jenis tembaga kampung.
Gali 2 lubang besar. Belakang pondok dan dalam kawasan pokok pisang lemak manis.
Letak tong air biru yang ada air baja dekat 50 pokok yang berpotensi subur dan berbuah pada tahun 2023 kelak.
1. Pokok tepi roto.... 1
2. Pokok tahun 2017 tepi rumah....1
3. Pokok sebaris 3 lurus, tengah lonjong, hujung tinggi 2017 dan tepi rendang....3
4. Pokok 2017 dekat pokok limau kasturi. Pokok limau kasturi pstut potong. ...1


Pemerhatian
1. Sudah nampak banyak pucuk baru dan ada yang melonjak ke atas melebihi 6 inci. 
2. Beberapa batang pokok tinggi 5 kaki didapati daunnya kering. Apa sebab?

19/3/20. Pergi beli 
baja SP1 satu bag, 
SP361 10 bag dan 
NPlus satu bag.....batal

Target tanam pokok durian baru.
๐ŸŒฟ Tanam 15 pokok bulan April. Telah tanam 9 pokok. Tanam 2 lagi jadi 11 pokok. Tanam 4 lagi.✔
๐ŸŒฟ Tanam 25 pokok bulan Mei. Anak pokok durian hutan. Lubang sudah gali.✅sudah siap.✔
๐ŸŒฟ Mahu tanam lagi 25 pokok anak durian hutan hujung bulan Mei ini.✔Sudah siap tanam dan pasang para.✔
๐ŸŒฟ22/5/20... mahu tanam 25 pokok lagi.
Perlu sediakan tong drum untuk simpan air.✅Sudah beritahu Amir. Sudah gali lubang.✅Sudah siram racun anai2. Telah hantar 25 anak pokok durian ke kebun belakang. ✅ Sudah tanam 23 pokok.✅

Banyak pokok terjadi begini, daun luruh dan ranting menjadi kering. Selepas daun luruh, ranting pula mulai kering. Ada juga yang keluar pucuk baru. Ada yang beransur kering sampai ke akar. Banyak kerugian wang dan masa. Mesti cari apa penyebabnya? Ini adalah saat yang amat mencabar.
18/5/20.... Ambil tindakan sembur racun kulat Alitte kpd semua pokok yang ada kesan penyakit. Mahu sembur lagi dua minggu akan datang 1/6/20.
29/5/20... Ambil tindakan mengganti 4 pokok yang mati dengan pokok baru jenis MK dan DH tinggi 4 kaki. Serta tanam satu pokok baru di hadapan pondok. 
Ada banyak lagi pokok yang uzur serta kerdil. Perlu sediakan pokok baru. Beli pokok MK atau baka lain yang masih kecil. Gantikan dengan polibag yang besar. Uruskan baja serta air untuk tempoh sekurang-kurang enam bulan. Bila mencapai 4 kaki baru pindahkan ke tapak yang sebenarnya.
Telah beli 8 pokok Musang King dan 2 pokok IOI dan ganti kpd polibag besar. Pada 18/8/20, telah ada stok sebanyak 24 pokok. MK 14 pokok, 101 ada 2 pokok, Teka ada 4 pokok dan D24 ada 4 pokok.
perlu pasang kayu sokong. Siap.✔
๐ŸŒฟ Perlu ambil tindakan segera letak tong biru dekat setiap pokok besar 50 pokok untuk menghadapi musim kemarau. Telah siap 10 tong. Pada 18/8/20, telah siap 25 tong.
๐ŸŒฟ Banyak pokok yang mati dan ada juga yang kerdil. Telah setahun masih bantut. 

4 comments:

Unknown said...

Tuan apa itu Baja sp1 Dan sp361 terima kasih

Md_Dee said...

Hi Tuan, bole saya tahu jenis baja SP1 & SP361 tu baja jenama apa??? Terima kasih tuan.

Belasah said...

Ya saya nak dapat kan baja tersebut mcmn ya.. tq

Anonymous said...

Baja sp tu korg blh dapat kan kat saliran mampan di sg ruan..

Post a Comment