nuff

Monday, June 10, 2013

SATU HARI MINGGU(9 JUN 2013) DI KAMPUNG PESAGI

Pagi ini sungguh berunung bagiku kerana dapat meluangkan masa melaksanakan kerja orang pencen. Saya mahu menjenguk kebun di Kampung Lompat. Mahu buat maintanace di kebun getah yang baru diusahakan. Dalam perjalanan saya mengambil gambar rumah saudara saya yang ditinggalkan akibat banjir besar akhir tahun 1970.


Ini rumah arwah tuan haji Ismail bin Abdul Rahman (Elong Mail), pak saudara saya, abang sulong ayah saya. Rumah ini telah ditinggalkan hampir 40 tahun tetapi masih tegap. Sewaktu saya kecil dahulu, selalu main buai di bawah rumah bersama sepupu saya Jama, Mat, Ji , Li dan Minah. Dulu laman rumah ini luas dan di hadapan rumah ada pokok ciku. Kami selalu main sepak raga bulat di laman rumah ini. Kini tinggal kenangan.



Mengapa saya keluarkan gambar belukar ini?
Di sinilah tapak rumah tok saya, Tok Tijah. Rumah telah ranap. Rumah tok di sebelah ulu rumah Elong Mail. Di sinilah saya dilahirkan. Di sinilah saya dibesarkan hingga sekolah rendah. Tetapi sayang rumah itu telah runtuh berderai.


Ini pula rumah Tokki Mak di sebelah hilir rumah Elong Mail.

Selepas penat mesin rumput di kebun, saya pergi ke warung Ji Roti Canai.

 

Bergambar dengan anak muda kampung Pesagi.
Saya tak biasa dengan anak muda ini tetapi melihat muka mereka saya boleh agak siapa abang atau ayah mereka. Yang pakai baju hijau itu anak apak Midin. Saya memang mesra benar dengan apak Midin sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Waktu itu apak Midin adalah tukang kebun sekolah kami. Saya suka tengok apak Midin menyabit rumput mengunakan penyabit panjang. Waktu rehat kami berkerumun mengelilingi apak Midin yang sedang melaksanakan tugasnya. Apak Midin sentiasa kelihatan senyum, namanya Asrul? Yang berdiri itu Isa, adik Jari dan abang Dolah. Ayahnya ialah ayah Bakar. Sewaktu saya kecil (sebelum sekolah) kami pernah duduk berjiran di kampung Padang Kerbau ( belakang Kampung Lompat). Kami berpindah ke Tanjung Berangan dan keluarga Ayah Bakar pindah ke Batu Kunta. Saya selalu main gasing dengan Jari. Jari dan saya adalah sebaya.
Yang dua orang lagi ialah anak Aziz dan apak Din (nanti saya kupas lagi)

 
Rumah arwah elong Mail pada 1 Januari 2015 dinaiki air banjir, mencecah lantai.

7 comments:

Al-Manar said...

Allow me to write in English.

This is the kind of posting I appreciate most. It is nostalgia to you as much it is to me. I have memories of my childhood days in a house no longer exists to day. In my case it is the result of the so called 'development' by the authority.

I truly admire your spirit that has prompted you to continue to sweat it out looking after the agricultural asset back in Pesagi.

Din Mun said...

Chegu, kalau tak silap kawan banjir tu tahun 1970 bukan 1070

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Din Mun, saya telah betulkan 1070 kepada 1970.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Al-Manar. Nostalgia terhadap kampung halaman sangat mendalam. Begitu juga hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sangat rapat sewaktu kecil. Emak pula selalu mengajar saya memanggil orang tua dan saudara mara dengan panggilan pangkatnya yang betul.
Saya sejak kecil disuruh membantu keluarga buat kerja bertani. Menanam padi, menoreh getah, membersih kebun, bercucuk tanam, menangkap ikan dan macam-macam lagi. Sewaktu kecil dulu terasa amat perit. Rupanya bila sudah pencen ada antara aktiviti bertani itu saya mahu lakukan. Suka lihat daun baru tumbuh melambai dan meliut ditiup angin. Hubungan intim dengan tumbuhan memberi satu ketenangan. Ada juga terfikir untuk buat projek hingga boleh dikomersial tetapi terbantut sementara kerana diberi amanah pikul tugas baru. Semuanya ketentuan Allah S.W.T.

naem nazri said...

salam chegu, saya rasa elok rumah ni bela dan kekalkan struktur dan senibina asal rumah ni.

kita dah tak banyak simpan khazanah tradisional utk tatapan generasi akan datang. selain tu mungkin rumah ni boleh dijadikan sbg rest house suatu masa nanti.

Abdul Hamid Hussin said...

Assalam Dato'.....lama tak berhubung.....koi tak tahu ngat ke Pesagi ni, cuma sekali nempoh jalan darat te hala ke Paloh Inai......cantik umoh Elong Mail ni, ngingatkan koi ke ghumoh2 di Nismilan yang dah banyak luput.

Abdul Hamid Hussin said...

Assalam Dato'.....lama tak berhubung.....koi tak tahu ngat ke Pesagi ni, cuma sekali nempoh jalan darat te hala ke Paloh Inai......cantik umoh Elong Mail ni, ngingatkan koi ke ghumoh2 di Nismilan yang dah banyak luput.

Post a Comment