nuff

Thursday, September 3, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT- SEPTEMBER

Sudah  20 bulan aku berhempas pulas menjayakan tanah ini. Ada kalanya sangat memenatkan. Tidak ada waktu untuk berlengah. Semuanya memerlukan tindakan pantas. Yang penting aku mesti teruskan. Walaupun penat mesti teruskan.

1 September 2015

Siapkan pondok. Bersihkan lantai, letak tikar getah, pasang paip air, alas kaki, tapak tangki air dan aircond.



Target bulan September
1. Bersihkan rumput bawah pokok kelapa dan tabur urea.
2. Bersihkan bawah pokok durian belanda dan tanam baja buah/ tabur baja 15x3
3. Tanam 16 pokok durian belanda.
4. Bersihkan ulan tanah satu ekar.
5. Sediakan takungan air tanah satu ekar.

5 September 2015
Sempat melawat kebun sebentar.

Ada sedikit kemajuan. Nenas telah dibersihkan.

Sempat melihat sebaris pokok durisn belanda 15 pokok yang ditanam awal bulan ogos. Didapat 4 mati kering dan lapan hidup ( 6 subur dan dua kurang subur).

Telah ganti anak pokok yang baru pada 9/9/15.
Telah ganti dengan anak pokok yang baru pada 9/9/15.
Dua batang pokok telah kering dan dua lagi sudah layu.


Cabut dan tengok keadan akar. Tanam semula. Gali lubang besar dan letak tanah yang subur.

Rancangan kerja esok 6/9/15
1. Bubun 5 pokok db yg mati. Siap enam.✔
2. Siram pokok db dan kelapa
3. Cuci ulan yg membelit db dan kelapa.✔
4. Siram pokok db dan benih kelapa kebun belakang.
5. Pasang tikar getah.✔
6. Tabur urea kpd 50 pokok kelapa.

Kena buat persediaan menyiram kerana musim panas dah mula melanda.

9 September 2015
Dalam keterbatasan waktu sempat juga saya menjenguk kebun. Saya sempat menanam semula dua anak pokok durian belanda. 



Telah mengadakan perbincangan dengan Jama tentang kontrak kerja. Dipersetujui kaedah kontrak meracun rm70 seekar. Tuan tanah sediakan racun dan pam.

10 September 2015
Sempat jenguk kebun jam 5.30ptg. Lihat tanah permatang tepi paya telah dipelau. Sempat juga membubun dua anak pokok durian belanda.

12 September 2015
Sempat jenguk sekejap. Pantau JCB buat kerja ratakan tanah belakang dan buat jslan dalam kebun. Kelihatan tanah hujung tsnjung telah siap dipelau.

Banyak kerja tertangguh. Pokok durian belanda ini belum siap ditanam lagi.

Ada 16 pokok semuanya. Satu sudah luruh daunnya. Tiga pokok telah ditanam oleh Lokman. Tinggal 13 yang terpaksa berjemur.


Jalan baru, memudahkan pemantauan dan maintanace.

13 September 2015
Kerja mencuci celah pokok nenas bermula hari ini. Seramai empat orang pekerja melaksanakan tugas ini diketuai oleh Arpian.


Sudah dibersihkan dari rumput liar. Selepas ini perlu disembur baja daun. Nenas di kebun hadapan telah berjaya dibersihkan. Sebelum ini tiga kumpulan telah mencuba membersihkannya tetapi gagal. Mulanya seorang pakcik indon secara solo membersihkannya. Kerjanya bagus. Satu hari siap enam baris. Sempat sehari sahaja. Lepas itu sekumpulan budak muda orang asli pula mencuba.


15 Sept. 2015
Petang ini berjaya membubun empat pokok anak durian belanda. Berjaya membersihkan pangkal pokok 61 pokok durian belanda yang di tepi pagar. Berjaya membersihkan dua baris kelapa yang berselang dengan durian belanda di tanah satu ekar di belakang.

16 Sept. 2015
Bertungkus lumus membersihkan kelapa dan durian belanda dari rumput dan ulan. Seterusnya membaja. Beri pendahuluan rm300 kepada ketua pekerja.

Membaja anak pokok kelapa  di tanah cerun.


Berjaya menanam 13 pokok durian belanda yang lama terbiar dengan bantuan jentera JCB. Lokman sangat membantu. 
Ada 25 lubang untuk tanam pokok db yang siap digali oleh Lokman.


10 pokok durian belanda dalam perjalanan ke kebun kampung Lompat dari Seremban. Setelah melalui perjalanan lebih lima jam akhirnya pokok durian belanda 10 pokok ini sampai di kebun. Esok atau lusa saya akan tanam.
18/9/15.... berjaya tanam tiga pokok. Petang esok akan sambung semula.
19/9/15... bertungkus lumus menanam tujuh pokok yang berbaki. Potong polybag dan tanggalkan berhati-hati. Tabur baja penggalak akar. Tambun separuh dengan tanah. Tabur baja organik di sekeliling. Tambun lagi hingga penuh. Tabur baja. Siram. "Aku harap kau hidup subur di sini.



Pagar kelihatan sudah dipanjat oleh rumput dan ulan. Mesti benteras segera. Tebas dan racun.
Tindakan segera.
1. Maintanace pagar.
2. Baja tabur nenas.
3. Baja sembur nenas.
4. Baja kelapa.
5. Cuci pangkal pokok kelapa.
6. Cuci pangkal pokok durian belanda.
7. Baja pokok kelapa dgn urea.
8. Baja buah utk pokok yang linggi melepasi 5 kaki.
=================
"Aku telah mencuba beberapa kali dalam aktiviti jentera dan pertanian tetapi berakhir dengan kegagalan. Aku berharap kali ini beroleh kejayaan."

"Ya Allah ya Tuhanku berilah kekuatan kepada aku untuk meneruskan usaha ini hingga berjaya."
============== 
Sempat jenguk sekejap petang 24 Sept. 2015. Masih banyak yang belum dibersihkan.

Membaja nenas kawasan depan pondok. Sempat habis satu guni 25kg sahaja. Target hari ini ialah tiga guni 25kg. 



Sudah tabur baja. Suruh Sawal meneruskan tabur baja celah nenas. Upahnya seguni 25kg ialah rm5. Sawal juga disuruh meracun keliling pagar dan memotong rumput yang memanjat pagar. Upahnya ialah rm75.

27 Sept. 2015.


Nampak empat kampit baja telah kosong.
Sawal sudah memulakan kerja membaja nenas. Kelihatan baja bertaburan dicelah baris nenas. 


Markisa ini sudah mula melonjak. Ada yang mula mencecah para.



Anak pokok durian belanda ini patah. Batangnya berlubang. Nampak anai-anai dalam luban tersebut. Inilah ancaman tanaman. Perlu jirus racun anai-anai.


Petang ini cuba menyelamatkan tujuh pokok kelapa mataq yang telah tinggal nyawa ikan. Letakkan dalam alur kemudian tabur baja penggalak akar, kambus hingga tenggelam buah kelapa dan kemudian siram.

Buat percubaan tanam nenas klon MD2. Benih ND2 saya beli sewaktu pameran pertanian di KV Pertanian Chenor minggu lepas. Lepas ini pasang plastik penutup bumi.

Petang ini sempat siram 16 pokok db yang ditanam minggu lepas.

××××××××××××××××××
Tindakan segera. 
1.  Beli tangki air putih yang ada bingkai besi untuk menyiram pokok.
28/9/2015 ..... sudah bayar deposit rm200. Harganya rm380. Sudah beres. tangki telah hantar ke kebun.✔
2. Beli wayer 50meter dan batang copper untuk pagar elektrik. Sudah beli.✔
Khairul akan pasang hari sabtu 3/10/15.
××××××××××××××××××

No comments:

Post a Comment