nuff

Thursday, October 16, 2014

Nama Aku tidak diingati

Pagi ini saya menghadiri seminar berikut:

Sewaktu perasmi menyebut mereka yang hadir... mereka yang duduk di hadapan disebut seorang demi seorang dengan tepat. Saya terdengar..."Dato Zainal.... dari IKIP."
Aduh... salah sebut nama aku tidak mengapa. Bab dari jabatan mana itu yang bengang sikit. Aku dari KIPSAS.

Aku pujuk diriku sendiri. Tak kisahlah nama tidak diingati. Yang penting aku mahu berkhidmat dengan baik kepada KIPSAS.

Thursday, October 9, 2014

Putik Durian Belanda Keguguran

Hairan sejak tiga bulan kebelakangan ini putik durian durian sentiasa gugur. Saya hanya merasa dua biji yang mula sahaja. Lepas itu putiknya tiada yang lekat.

Inilah pokok yang rajin berputik tetapi kebelakangan ini asyik keguguran.

Selepas beberapa hari puyik ini gugut. Apa sebabnya? Perhati betut2... ada semut. Saya perhatikan ada beberapa ekor semut berkerumun di keliling tangkai. Ada itu penyebabya?

Siapa tahu apa sebabnya?

Tengok yang ini... minta2 boleh lekat.

Melalui pengamatan , saya agak gerombolan semut yang mengelilingi putik adalah penyebab?
Saya gunakan kaedah mesra alam. Saya bland bawang putih dan ambil airnya. Saya sembur kepada putik durian belanda itu. Nampak gerombolan semut itu lari. Saya akan tinjau lagi.


Malam semalam saya sembur dengan air bawang putih... semua semut lari. Pagi ini saya buat pemerhatian. Didapati semut-semut itu bertumpu balik di tangkai putik itu. Malam ini saya akan buat pemerhatian lagi.

Saya campurkan cecair bawang putih dengan sabun supaya cecair itu melekat lebih lama. Saya semburkan sekali lagi.

Saturday, October 4, 2014

Kampung Pesagi dan Gunung Pesagi

Kampung Pesagi terletak di daerah Maran, Negeri Pahang, Malaysia.

Manakala Gunung Pesagi terletak di Lampong Indonesia.

Saya difahamkan ada penduduk kampung Pesagi, datuk nenek mereka berasal dari Lampong. Perlu dikaji lagi.

Friday, October 3, 2014

Professorial Talk USM

3 Oktober 2014 di USM Pulau Pinang
Pagi ini hadir di dewan kuliah bersama cerdik pandai dari universiti di Malaysia dan Indonedia. Terasa diriku kecil.  Mereka semua profesor,prof madya dan doktor PhD. Aku dikelilingi pak profesor pagi ini. Aku buat muka selamba aja. 
Prof Dato'Ishak Ismail bercakap fasal pengurusan syarikat. Mengapa Aminah Hasan, Dara Beef,  .... boleh lesap?

Thursday, October 2, 2014

Berani dan Tekun

Walaupun hari ini kita jatuh... esok mesti bangun dan berusaha lebih gigih & tabah...inilah satu keberanian. Inilah petua Hazzirah yang baru berusia 24 tahun berjaya dianugerah PhD dalam bidang Matematik dari UTM Sekudai. 

"Kalau hari ini kita rasa putus asa. Kalau hari ini kita rasa putus asa, esoknya kita perlu bangun segera dan lakukan sesuatu agar rasa negatif itu tidak berpanjangan."..... Hazzirah.

Orang yang berani mampu berdikari, kreatif dan sanggup menghadapi risiko.


Seorang penulis mesti tekun. Gigih membaiki kelemahan diri dan gigih belajar. Kita mesti banyak membaca....inilah pesanan A. Ubaidillah Alias. Kita mesti sanggup menerima teguran dan nasihat.

Orang tekun ada cita-cita yang hendak diicapai. Ada matlamat yang ditetapkan. Orang yang mengejar cita-citanya tidak ubah seperti orang yang sedang melalui satu terowong. Ada kalanya licin menyebabkan dia tergelincir dan jatuh. Dia bangun dan meneruskan perjalanannya.

Orang tekun dan berani sudah memikirkan masa hadapan. Hasil keberanian dan ketekunannya membolehkan seseorang itu berjaya. Kalau ilmu yang menjadi sasaran maka jadilah dia seorang bijak pandai, kaya ilmu dan hidupnya senang. Seorang petani yang tekun dan berani mengeluarkan modal membeli jentera untuk meningkatkan pengeluaran... akhitnya dia hidup senang.

Aku bagaimana?
Aku adalah aku. Namun keberanian dan ketekunan dua orang anak muda ini adalah pendorong untuk aku terus bergerak maju. Cerita mereka memberi motivasi kepadaku.

Seorang petani jangan cepat putus asa bila anak pokok kelapanya dimusnahkan. Cari jalan untuk menyelamatkan. Misalnya tanam semula dan bina pelindung.

Wednesday, October 1, 2014

Kebun Kampung Lompat - Oktober 2014

Adakah usaha ini akan pulang modal? Adakah boleh untung? Adakah akan rugi? Adakah usaha ini tidak menyalahi undang-undang? Tidak mengganggu ketenteraman penduduk? Adakah usaha ini memberi pekerjaan kepada penduduk kampung? Adakah model yang baik kepada aktiviti pertanian? Usahawan tani?

Hari pertama bulan Oktober.
Semua pokok sudah dapat baja. Hari ini membaja dua baris yang paling bawah. Jadual membaja dua bulan sekali. Membaja yang akan datang ialah akhir bulan November.

Pokok kelapa tepi pintu pagar kelihatan subur. Ada sebaris pokok pinang di kiri dan kanan pintu pagar. Di tepi timbunan yang memanjang sebelah longkang ditanam tebu dalam deretan yang panjang.


Buah labu kelihatan subur.


Tebing tanjung dalam kolam dipenuhi tumbuhan... antaranya keledek.

Tanaman kontan yang akan dimuatkan di ruang tepi paya yang tidak digunakan ialah keladi dan benteng tepi longkang sempadan ialah tebu. Usaha ini telahpun dimulakan dan akan dipergiatkan bulan ini.

Didapati beberapa batang pokok kelapa mati. Ada beberapa kawasan belum ditanam kelapa. Tanah pangkal pokok durian belanda terhakis... perlu letakkan tanah baru dan juga penghalang.

4 Oktober 2014
Jam 7 pagi.. dua ekor beruk tidak diundang menceroboh kebunku. Tangan dan mulutnya rakus. Ada yang dicabut... pucuk dan umbi dimamahnya.


Inilah cabaran terbaru. Kena cari jalan. Apa ya?
Mungkin kena buat pagar yang mengelilingi setiap pokok di tepi sempadan itu?

Hari ini Jama menanam 48 pokok durian belanda di antara pokok kelapa. Keesokan harinya saya membaja pokok yang baru ditanam itu.

Saya gunakan teknik baru iaitu tebuk tiga lubang dekat pangkal.isikan baja ke dalam lubang. 18 pokok semuanya.

Saya cuba cara kedua. Tebuk satu lebang dan masukkan baja dalam lubang dan taburkan sedikit disekeliling. 
Hari ini saya guna cuptaan teknologi itu mesin penebuk lubang menanam durian belanda. Sungguh pantas. Boleh digunakan gali lubang turus pagar. Titik pulang modal jika boleh gali 1000 lubang.


7 Oktober
Ini ialah pokok kelapa mataq... saya beli rm24 sepokok. Kini baru dua kaki tinggi.


Ini pokok yang berharga rm50 sepokok. Kini tingginya 5 kaki.


Masih banyak lagi kawasan yang belum ditanam pokok kelapa. Pagi ini saya mahu menanam beberapa pokok. Saya dibantu oleh Harun dan Jama berjaya menanam 14 pokok kelapa pandan. Jama pula berjaya menanam 130 pokok durian belanda. Sebelah petang hujan turun menyiram semua pokok yang ditanam, alhamdulillah.

11 Oktober 2014
Mulai bulan ini Kebun Kampung Lompat menambah keluasan. Bertambah 13 ekar lagi. Kawasan baru ini terpisah 500meter dari kawasan sedia ada. Untuk sampai ke sini terpaksa melalui tanah sepupu saya hj Jamaludin bin Ismail. Pembersihan tanah ini melibatkan kos rm21,900.00. Iaitu kerja membersih kawasan dan membuat longkang. Tapak ini akan tanam kelapa. Sebelum tanam kelapa, tanam tebu dahulu. Kerja menanam tebu bermula menggali longkang untuk menanam tebu. Guna jentera buat alur untuk tanam tebu. Cepat sungguh.


Benih tebu disusun dud-dua dalam longkang jarak 2kaki. Jarak antara longkang 8 kaki.


Benih tebu dikambus. Hingga 13/10 baru berjaya tanam 350 pasang beneh tebu. Target bulan Oktober ialah dua ekar.  Kejayaan menanam tebu setakat ini ialah 10.2%.


Membaiki teres.


Benteng teres masih semak ditumbuhi pokok liar. Aku bercita-cita mengganti dengan tumbuhan yang berfaedah seperti roselle.

14 Oktober 2014.
Jama telah tanam semua anak pokok durian belanda. Kini semua pokok durian belanda yang berjaya ditanam lebih 750 pokok. Kelapa pula 450 pokok. 

15 Oktober 2014
Buat pertama kalinya saya menanam empat anak pokok durian belanda yang disemai sendiri. Biji benihnya dari pokok belakang rumah yang saya tanam setahun setengah yang lalu. Sungguh berjasa.


Beri perlindungan... masih kecil... beri baja dan siram



Aku terasa rindu dan ragu. Apa khabar anak kecil empat beradik?

Semalam benih nenas datang bertimbun.
12000 pokok semuanya. 


Hari ini 17 /10 ... beberapa ratus telahpun ditanam.

Trektor sedang pelau tanah tambahan di belakang tanah yang di belakang.


Walaupun jentera melaksanakan kerja pelau tanah.... kerja yang lebih teliti mengutip kayu perlukan ulang empat kerat.


23 Oktober 2014
Memetik daun durian belanda dari kebun. Ini adalah kali pertama. Daun ini akan dikeringkan dan akan hantar ke Makmal herba Malysia Techonology Park Raub untuk diproses jadi tea herba. 
Daun ini akan dikeringkan dahulu.



Produk dari kebun telah mula mengorak langkah. Dalam proses ujian makmal.
Rakaman pada 4 Januari 2015. Pemandangan dari hadapan pintu masuk. Waktu ini banjir sudah mulai surut.

KHASIAT BAWANG BESAR

Ungku Aziz kata makan bawang besar macam makan buah aple. Sepupu isteri saya, kak Nor juga mengamalkan makan bawang besar. Beliau tiada apa2 penyakit walau usia sudah lebih 50 tahun.

Pagi ini saya cuba makan sepotong bawang besar cicah kicap disamping roti putar dan telur ayam kampung. Terasa badan jadi panas. Pernafasan selesa. Itulah kesan awal yang saya rasa.

Khasiat bawang besar ialah;
1. Mengurangkan kolestrol
2. Menghalang jangkitan penyakit
3. Mengelakkan asma
4. Menurunkan tekanan darah tinggi
5. Membunuh kuman dalam mulut apabila mengunyah bawang besar beberapa minit.