nuff

Tuesday, October 17, 2023

Beras mahal Pisang mahal Betik tiada

Beras tempatan amat sukar hendak dapat. Pisang berangan kini di pasar raya Maran rm7.59. Di kedai runcit rm6.50. Harga yang tidak masuk akal. Dua tahun lalu satu kilo rm4. Kini harga meningkat gila2, peningkatan harga 89%.

Mengapa pisang mahal?
Pengeluaran pisang tempatan amat berkurangan. Tanaman pisang tempatan tidak cukup menampung permintaan tempatan. Mengambarkan petani hanya menanam atas tanah seluas kankang kera. Mahu tanam atas tanah yang luas? Tanah yang sesuai? Kena guna trektor untuk sediakan tanah. Katanya kekurangan pekerja. Musuh tanaman kuat sangat merosak tanaman. Benih pisang payah nak dapat. Harga pisang jadi mahal kerana harga buah lain sudah mahal juga. Misalnya harga tembikai telah meningkat kepada rm5 sekilo. Buah mangga rm6 ke atas. Keledek pula melonjak kpd lebih dari rm5 sekilo. Hari ini, tidak ramai yang tanam pisang. 

Hasil kelapa dari kebun pula masih diperingkat awal. Pulangan hasil belum mampu untuk membayar gaji pekerja dan juga untuk beli baja dan racun. 

Mesti cari jalan keluar untuk meningkatkan hasil atau ambil tindakan untuk penjimatan kos. Kebun ini masih ada ruang untuk menanam pokok kontan. Walaupun tanaman kontan, hasihnya ambil masa berbulan atau menjangkau setahun setengah. Nenas smbil masa 18 bulan. Pisang ambil masa 14 bulan, tebu ambil masa 12 bulan. Betik 10 bulan. Ubikayu 10 bulan, Keledek 6 bulan. Apakah pilihan di hati?

19 Oktober 2023.
Angan2... mahu tanam tanam pisang 1000 pokok dan tanam betik 200 pokok. Hingga kini telah tanam 600 pokok pisang. Perlu tanam 400 pokok lagi. Kerja membersihkan tapak sedang giat dijalankan. Mendapat khidmat trektor untuk memotong rumput dan anak kayu satu kawasan terbiar yang semak. Penggunaan parang dan sabit sudah tidak relevant lagi. Tiga hari, habis semak samun dipancung oleh bilah pemotong rumput yang berputar laju. Sebelum tumput baru  Inilah masa untuk bertanam di kawasan lapang. Ambil tindakan segera sebelum rumput baru menyurung, tanam 63 anak pokok durian. Dicelah baris durian, saya mahu tanam pisang. Perlu tanda tempat yang 
Benih betik 200 polibag sudah siap semai dalam polibag. Mahu tanam betik di kebun depan. Cadangannya tanam di tepi jalan tengah dan kawasan tepi pondok.

Langkah
1..pindahkan anak betik ke dalam polibag yg lebih besar. Bila tingginya tiga kaki baru pindahkan ke tapak sebenar.
2..racun tapak utk tanam.
3.. gali lubang, bakar sampah dan tabur baja.
4.. 


No comments:

Post a Comment