MENDAKI 3
BAB SATU
Pegaga Terbiar Di Tepi Rumah
Rumput di tepi rumah dipotong dua minggu sekali. Kelihatan dari jauh tiada apa potensi rumput yang hidup subur itu. Setiap dua minggu kau pasti akan dipotong.
"Selamat datang pegaga semua, seronoknya aku kerana ada kawan." DB Long menyapa Pegaga yang baru datang.
"Terima kasih DB Long kerana terima kami sebagai jiran awak." balas Pegaga.
"Saya suka awak duduk di sekeliling saya, boleh kita berbual-bual. Awak suka ke duduk di sini?" balas DB Long.
"Tentulah suka, tempat ini bersih dan duduk selesa. Dulu saya duduk dicelah rumput lain, berhimpit-himpit, nak sedut makanan dari tanah pun payah sebab itulah kami kurus aja. Lagi satu yang saya tak suka tempat dulu ialah tiap-tiap dua minggu sekali kami akan dipotong separuh badan oleh piring yang berputar laju. Bertaburan kepala kami ke tempat lain." balas Pegaga lagi.
"Saya pun suka duduk di sini, dulu saya duduk berhimpit-himpit di tapak semaian. Sejak minggu lepas tuan kita beli saya dan tanam di tempat ini. Saya rasa selamat dan nyaman di tempat ini. Saya rasa di sini selamat dari musuh kerana pagar yang mengelilingi kita kelihatan kukuh. Tuan kita siram saya tiap-tiap hari. Dalam tempoh seminggu ini tuan kita dah tabur baja berjenama SUBUR kepada saya sebab itulah daun saya kelihatan hijau tua dan berkilat." balas DB Long dengan bangga.
"Saya tengok awak macam hendak melonjak ke atas sementara saya pula menjalar di permukaan tanah. Bila awak makin besar, dahan awak akan menjadi peneduh kepada saya. Bagus juga. Oh, saya nak tanya awak DB Long. Tentu awak ada satu keistemewaan sebab itu awak dibeli dan ditanam di kebun ini. Boleh beritahu saya?" kata Pegaga.
"Terima kasih Pegaga kerana menghargai saya. Sebenarnya khasiat saya yang utama ialah boleh mengubat penyakit kanser dan mencegah juga. Kalau nak tahu lebih mendalam awak boleh rujuk kepada http://kongsibersamanora.blogspot.com/2010/10/khasiat-buah-dan-daun-durian-belanda.html , kalau ada masa bacalah." balas DB Long.
"Pegaga, awak dipindahkan oleh Tuan kita ke sini tentu ada sesuatu sebab. Apa keistemewaan kau pegaga?" Tanya DB Long.
"Ada orang kata kalau makan saya, kulit muka jadi cantik, maknanya awet muda dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu lebih mendalam boleh rujuk kepada http://melayukini.net/2011/12/apakah-khasiat-pegaga-menarik/ " balas Pegaga.
"Kalau macam itu kita ini boleh berjasa kepada Tuan kita, oh seronoknya." DB Long menghuraikan lebih lanjut lagi.
8 Februari 2013
"Apa tidaknya Pegaga, tuan kita beri saya baja, lepas itu siram tiap-tiap hari. Jika hujan tuan rehatlah. Saya memang suka tinggal di tapak yang baru ini. Tidaklah berebut-rebut mencari ruang untuk mengembangkan daun." DB Long membalas.
"DB Long, saya nampak awak ada tiga beradik ditanam di dalam pagar ini kan?" tanya Pegaga.
"Betul Pegaga. Kami ditanam sejajar dengan pagar baru ini. Aku DB Long, yang di lereng itu DB Ngah dan di hujung sekalai ialah DB De." balas DB Ngah.
16 Februari 2013
"Pegaga, oh pegaga. Aku tengok bilangan puak gerabak engkau di sekeliling aku ini makin ramai. Apa pasal tuan kita asyik bawa pegaga dari luar dan tanam di sini. Nanti baja yang diperuntukkan kepada aku, engkau orang yang sapu semuanya. Nanti bantutlah aku." DB Long membantah kehadiran ramai anak pegaga baru.
"Jangan bimbang kawan, akar kami halus aja, akar rambut aja. Panjangnya beberapa inci sahaja, sedut baja sikit aja. Lagipun kalau kami tidak ditanam di keliling engkau rumput liar yang cambah keliling engkau. Tuan kita cabut rumput liar itu dan gantikan dengan kami. Lagipun hayat kami hanya beberapa bulan sahaja, tidak seperti engkau hidup hingga puluhan tahun." Pegaga memberi alasan yang logik.
19 Februari 2013
"Kawan aku, DB Long dikelilingi oleh pendatang yang menjalar. Tetapi aku lagi teruk, dikelilingi oleh dua jenis pendatang. Yang satu itu kurus dan menegak. Satu jenis lagi tompok-tompok menjalar. Aku tahu dia adalah pegaga. Menyibuk betul, nanti baja aku dirampasnya." Keluh DB Ngah.
"Hoi kawan yang kurus itu, nama awak apa? Fasal apa awak pindah dekat aku ini?" herdik DB Ngah.
"Maaf abang DB Ngah, nama saya Kesum. Sebelum ini saya hidup di tepi tembok dekat rumah tuan kita itu. Sekarang tuan kita nampaknya hendak membina tembok baru. Ramai pekerja lalu lalang, ada kalanya aku dipijak. Badan saya putus dan lumat. Bukan main sakit. Nasib baik tuan kita perasan derita yang saya alami lalu beliau pindahkan kami bersekatan dengan abang dan juga DB Uda. Saya harap abang DB Ngah dapat terima kami sebagai jiran." Kesum memberi jawapan dengan penuh sopan.
"Apa kehebatan engkau? tengok badan kurus aja? Ada kegunaan engkau kepada tuan kita ke?" tanya DB Ngah kepada Kesum lagi.
"Abang DB Ngah nak tahu? saya ini sangat berguna kepada tuan kita itu. Kalau isteri atau anak perempuan tuan kita hendak masak gulai asam pedas ikan tenggiri atau ikan kembung, aku adalah perencah yang menambah aroma gulai itu. Pasti menambah selera makan tuan dan keluarganya. Kalau orang masak laksa pasti dimasukkan daun kesum sebagai perencahnya sebagai penambah rasa. Kalau nak tahu lebih lanjut abang DB Ngah boleh rujuk http://kasihterciptasuarahatiku.blogspot.com/2012/06/khasiat-daun-kesum.html, " balas Kesum dengan yakin.
"OK aku terima alasan kamu Kesum dan aku dah tahu kegunaan pegaga sebab aku dengar perbualan antara abang aku DB Long dengan pegaga di hujung sana. Tetapi aku beri tempoh tumpang sementara sahaja di keliling aku ini." tambah DB Ngah.
23 Februari 2013
"Oi pegaga dah dua hari tidak hujan dan tuan kita pula tak datang siram kita, saya rasa keringlah. Daun saya rasa perit dan batang rasa sakit. Biasanya akar saya sentiasa dapat banyak air." kata Kesum.
"Yalah Kesum, saya rasa awak tidak sesuai duduk di sini. Bayangkan kalau seminggu tiada air? agaknya siapa yang paling cepat mati? Saya kalau kurang air, daun saya jadi tebal dan keras tentu tuan kita tak mahu kalau rupa paras saya macam itu." kata Pegaga.
"Hah baru awak berdua tahu. Saya kalau setakat sebulan tiada air boleh tahan lagi tau sebab akar tunjang saya masuk jauh ke dalam tanah. Awak berdua hanya ada akar jelar dan rerambut sahaja. Bukan saya nak halau awak berdua dari sini tetapi eloklah cari tempat yang lebih sesuai, terutama kesum mesti pindah cepat kalau tidak hasrat awak hendak berbakti kepada tuan kita tidak kesampaian. Makin hari daun engkau makin kecut tentu tidak menarik." ujar DB Ngah.
25 Februari 2013
Tiba-tiba sahaja dalam keheningan pagi, DB Long mengerang kesakitan.
"Aduh sakitnya, aduh sakitnya, aduh sakitnya...." ujar DB Long.
"Mengapa DB Long? apa halnya?" tanya pegaga.
"Kau tengoklah bahagian akar aku sudah tercabut dari dalam tanah. Aku rasa nyawa aku dah tinggal beberapa minit sahaja lagi." DB Long berkata tentang dirinya.
"Mengapa DB Long, pagi-pagi buta meratap dan merayu?" tanya pegaga lagi.
"Kau tahu malam tadi dalam gelap gelita ada binatang sondol aku dengan moncongnya. Dia sodok pangkal aku dan dia makan bahagian akar yang lembut. Sekarang ini badan aku telah tercerai dua. Aku telah terpisah dari akar tunjang. Dia makan akar tunjang aku. Aku tidak mungkin boleh hidup lagi." DB Long berkata tersangkat-sangkut.
"Kasihannya melihat DB Long rebah ke tanah, apalah nasibnya? Manalah tuan aku ni, tengoklah DB Long ni dah terbaring, mana tahu kot-kot ada peluang untuk menyelamatkannya." rintihan pegaga.
1 Mac 2013
"DB Long, DB Long, DB Long ." pegaga memanggul, tetapi tiada balasan dari DB Long.
Rupanya DB Long sudah kering, daunnya bahagian bawah telah luruh. Habislah riwayat sebatang anak pokok durian belanda.
"Kasihan DB Long. Kejadian ini boleh dielakkan jika tiada bahagian pagar yang bocor. Saya nampak masih ada bahagian yang hampir dengan tembok masih belum disiapkan. Inilah tempat musuh mencuri masuk. Sepatutnya tuan saya ambil berat tentang pagar. Kalau dibiarkan banyak lagi yang akan menjadi mangsa." Pegaga merintih sedih.
"Seperkara lagi, nampaknya rumput liar tumbuh begitu pantas sekali. Daunnya cepat membesar. Kalau tuan aku tidak cabut mereka, nanti aku pula yang terancam, semakin terhimpit dan boleh lemas dipusu oleh rumput liar ini. Aku perasan dah seminggu tuan tidak pedulikan aku. Peringkat awal dulu dia rajin mencabut rumput liar yang mula tumbuh. Tuan jangan abaikan saya, bimbing ikut jejak DB Long pula." Keluhan pegaga.
9/3/2013
"Sunyi pula rasanya bila DB Long dah tiada. Kami rasa cepat menyurung bila kerap disiram oleh air hujan."
Dalam pada itu tuan datang bawa penyongkeh tanah. Rupanya tuan mengambil secekak pegaga termasuk akarnya. Tuan bawa masuk dapur. Dia bersihkan pegaga daripada tanah. Lepas itu Tuan masukkan ke dalam blander dan tambah air suam. Sejurus kemudian pemutar blander bergerak laju memotong daun, batang dan akar pegaga hingga lumat bercampur air. Lepas itu Tuan tapis, kelihatan air hijau pekat dicurahkan ke dalam cawan, dapat dua cawan. Tuan terus minum satu cawan dan secawan lagi disimpan dalam peti sejuk.Nampaknya pegaga yang ditanam dua bulan yang lalu sudah berjasa kepada tuannya.
18 Mac, 2013
"Sejak seminggu yang lalu aku nampak tuan datang jenguk kami tiap-tiap hari, ada kalanya malam. Kalau malam dia pakai lampu yang melekat pada dahi. Tuan akan cabut rumput liar yang mula meninggi di celah-celah kami. Kalau rumput liar itu dibiarkan alamatnya kami akan tewas. Terima kasih tuan. Sekarang kami sudah mula terasa berhimpit-himpit. Kami yang di kawasan tengah sudah mula rasa tidak selesa. Aku harap tuan aku faham ketidak selesaan ini. Tuan, cepatlah tolong." Pegaga mengeluh.
19 Mac 2013
"Semalam aku bergaduh bahawa kami telah rasa rimas kerana berasak-asak. Tiba-tiba malam tadi tuan kita mengambil beberapa tompok dipindahkan ke tempat lain. Di mana pula kawan kami itu dipindahkan?" Pegaga bertanya sesama mereka.
Sebenarnya pegaga itu dipindahkan ke tempat baru yang dinamakan Taman Pegaga Rozel, ringkasnya TAPERO. Taman itu bentuk tangga yang dibina di belakang tembok batu. Pokok Rozel yang telah tinggi sekaki juga dipindahkan ke situ. Nampaknya rozel itu ada dua tugas. Bunganya berguna untuk dibuat air dan tugasnya yang kedua ialah sebagai pelindung cahaya mata hari kepada pegaga.
Ini adalah satu terjemahan idea yang uniq. Satu inovasi yang memberi pulangan yang berganda. Namaun begitu satu persoalan, apakah yang akan dilakukan bila pegaga itu memenuhi permukaan yang luas itu?
21 April 2013
Telah lama saya tidak kesah, rupanya pokok DB Ngah telah lama mati kering.
Banyak rumput, terbiar.
30 Jun 2013
Lama sungguh pegaga ini tidak diperdulikan. Rumput liar sudah menewaskan pegaga. Pertumbuhan rumput lebih laju dari pegaga. Pegaga berasa sedih, inilah akibat jika tuannya tidak menjenguk hampir tiga bulan. Tidak patut pegaga dibiarkan begitu. Dia banyak berjasa.
17 Julai 2013
Terus terbiar. Pegaga telah ditewaskan oleh rumput liar. Mesti ambil tindakan segera.
22 Julai 2013
Ambil tindakan potong biar tinggal akarnya sahaja. Tindakan seterusnya mencabut akar rumput liar.
.... bersambung lagi.
BAB SATU
Pegaga Terbiar Di Tepi Rumah
Rumput di tepi rumah dipotong dua minggu sekali. Kelihatan dari jauh tiada apa potensi rumput yang hidup subur itu. Setiap dua minggu kau pasti akan dipotong.
Saya dekati, renungkan dari dekat rupanya ada sejenis tumbuhan menjalar yang berguna tersebit di celah rumput yang hidup subur. Tumbuhan itu ada faedahnya kepada kita, kita panggil pegaga. Nama saintifiknya ialah Centella asiatica . Saya cungkil berhati-hati agar akarnya tidak terputus dan himpunkan beberapa tompok. Banyak juga rupanya populasi peraga di celah rumput yang menghijau itu.
"Kini aku tidak mahu persia-siakan kehadiran mu."
Saya pindahkan komuniti pegaga itu ke lapangan baru yang lebih selesa. Saya tanam dia di sekeliling pokok durian belanda, nama khasnya DB Long. Mulai hari ini kau peraga ada kawan baru iaitu DB Long, silalah berbual-bual.
"Selamat datang pegaga semua, seronoknya aku kerana ada kawan." DB Long menyapa Pegaga yang baru datang.
"Terima kasih DB Long kerana terima kami sebagai jiran awak." balas Pegaga.
"Saya suka awak duduk di sekeliling saya, boleh kita berbual-bual. Awak suka ke duduk di sini?" balas DB Long.
"Tentulah suka, tempat ini bersih dan duduk selesa. Dulu saya duduk dicelah rumput lain, berhimpit-himpit, nak sedut makanan dari tanah pun payah sebab itulah kami kurus aja. Lagi satu yang saya tak suka tempat dulu ialah tiap-tiap dua minggu sekali kami akan dipotong separuh badan oleh piring yang berputar laju. Bertaburan kepala kami ke tempat lain." balas Pegaga lagi.
"Saya pun suka duduk di sini, dulu saya duduk berhimpit-himpit di tapak semaian. Sejak minggu lepas tuan kita beli saya dan tanam di tempat ini. Saya rasa selamat dan nyaman di tempat ini. Saya rasa di sini selamat dari musuh kerana pagar yang mengelilingi kita kelihatan kukuh. Tuan kita siram saya tiap-tiap hari. Dalam tempoh seminggu ini tuan kita dah tabur baja berjenama SUBUR kepada saya sebab itulah daun saya kelihatan hijau tua dan berkilat." balas DB Long dengan bangga.
"Saya tengok awak macam hendak melonjak ke atas sementara saya pula menjalar di permukaan tanah. Bila awak makin besar, dahan awak akan menjadi peneduh kepada saya. Bagus juga. Oh, saya nak tanya awak DB Long. Tentu awak ada satu keistemewaan sebab itu awak dibeli dan ditanam di kebun ini. Boleh beritahu saya?" kata Pegaga.
"Terima kasih Pegaga kerana menghargai saya. Sebenarnya khasiat saya yang utama ialah boleh mengubat penyakit kanser dan mencegah juga. Kalau nak tahu lebih mendalam awak boleh rujuk kepada http://kongsibersamanora.blogspot.com/2010/10/khasiat-buah-dan-daun-durian-belanda.html , kalau ada masa bacalah." balas DB Long.
"Pegaga, awak dipindahkan oleh Tuan kita ke sini tentu ada sesuatu sebab. Apa keistemewaan kau pegaga?" Tanya DB Long.
"Ada orang kata kalau makan saya, kulit muka jadi cantik, maknanya awet muda dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu lebih mendalam boleh rujuk kepada http://melayukini.net/2011/12/apakah-khasiat-pegaga-menarik/ " balas Pegaga.
"Kalau macam itu kita ini boleh berjasa kepada Tuan kita, oh seronoknya." DB Long menghuraikan lebih lanjut lagi.
8 Februari 2013
"Pegaga, oh pegaga. Saya nampak awak makin ramai mengelilingi saya. Saya nampak Tuan kita membawa pegaga dari tempat lain dan ditanam di sini. Apa sebabnya? Mesti ada rancangan." DB Long bertanya.
"Ye betul DB Long. Kami ini pada mulanya tumbuh liar di tepi rumah, pada mlanya memang tiada nilai. Nasib baik Tuan kita ada timbang rasa, ambil kami dan tanam semula di satu tapak khas. Kami tumbuh dengan selesa. Saya harap janganlah potong lagi badan kami dengan mesin rumput itu, bisa sangat kena pancung oleh mata mesin yang berputar laju itu. Habis daun kami terpelanting bersama rumput yang lain. Kalau tuan kita cabut saya jadikan ulam tidak mengapa. Saya suka dikunyah dan masuk dalam perut kerana saya ada sumbangan terhadap kesihatan manusia. Saya nampak daun awak DB Long makin lebar dan pucuk dah jadi daun baru. Awak memang nampak sihat." Pegaga menyatakan pendapatnya yang bernas itu.