4 Januari 2015.
Air banjir mulai surut. Pucuk pokok kelapa dekat pintu pagar keliihatan semakin tinggi melepasi air banjir.
Beberapa anak pokok kelapa dalam polybag yang tenggelam beberapa hari lalu telah timbul. Daunnya diselaputi lumpur. Saya berdoa agar ia boleh hidup.
Ada kira-kira 20 pokok semuanya. Harap esok akan timbul keseluruhannya.
Sebelum banjir saya telah memunggah kayu yang mahu dijadikan perkakas rumah berdekatan dengan kumpulan anak kelapa ini. Juga terkena banjir. Kayu-kayu itu timbul dan banyak yang hanyut. Satu daripadanya ialah kepingan kayu tebal 3 inci, lebar 3 kaki dan panjang 5 kaki. Saya mahu jadikan meja yang antic, Juga hanyut, sungguh kesal. Tiba-tiba pagi ini saya ternampak ia tersangkut pada pokok kelapa sepupu, abang Jamaluddin. Adakah ia masih rezeki saya? Saya berpesan kepada Sukor yang berlindung dalam kebun kelapa sawit itu cuba selamatkan papan itu bila air surut nanti.
Kawasan rendah yang ditanam tebu dan nenas masih tenggelam. Banyak pokok nenas yang tercabut oleh aliran air hujan yang mengalir ke tempat yang rendah.
Pokok buluh madu sebanyak 200 pokok lenyap. Hanya beberapa batang sahaja yang nampak pucuk.
Walaupun diuji saya cekalkan semangat mahu meneruskan projek ini. InsyAllah sabtu ini saya akan terima 400 pokok anak kelapa mataq.
Inilah rupanya kebun yang baru pulih dari banjir. Pokok kelapa dua batang itu hampir lapus. Harap ia akan terus hidup.
Sebelum banjir, pulau dan tebing di sekeliling kolam penuh dilitupi daun keledek tetapi kini telah gersang.
Anak pokok kelapa ini lemas berendam seminggu lebih. Tak tahulah apa nasibnya. Serah kepada takdir Allah.
Pokok belimbing ini bernasib baik ditanam di tempat yang lebih tinggi. Empat pokok yang sebaya dengannya ditanam di teres yang di bawahnya. Habis lenyap tenggelam. Kini kelihatan telah kering.
Kelihatan pokok, dahan xan ranting sahaja. Daunnya telah gugur semuanya.
Ada tujuh pokok kelapa pandan yang besar ditanam sederet. Habis semua tenggelam.
Ingatkan banjir sahaja yang merosakkan tanamanku. Rupanya ada makhluk lain yang menyerang. Ada tecabut, ada yang tersiat pucuknya.
Tebu habis layu berendam dalam banjir. Tinggal longkang kosong.
Namun begitu banyak pokok durian belanda kelihatan tumbuh subur. Syukur alhamdullilah.
Hari ini 10/1/15
Beli 415 pokok anak kelapa mataq. Akan tanam di kebun belakang.
Mula sampai diletak memanjang di tepi jalan dan terpisah dua kumpulan. Saya kumpulkan semula dan lengkongkan dengan plastik hitam untuk melindungi dari pandangan musuh.
16 Januari 2015.
Hari ini saya cuti. Dapatlah jenguk kebun itupun boleh sekejap sahaja. Masuk kebun 7.30pagi dan keluar 9.30pagi. Mula periksa pagar. Ada tiang yang condong menyebabkan talinya kendur. Sempat perhati sahaja. Terasa lenguh juga naik bukit. Perjalanan saya hampir dua kilometer. Banyak juga kesan banjir.
Kayu tersadai atas jalan dalam kebun. Inilah tanda paras tertinggi air banjir yang baru lalu.
Banyak juga pokok yang dipanjat oleh ulan. Hingga nampak pucuk sahaja.
Saya sempat membersihkannya.
Ada banyak lagi yang berada dalam semak. Perlu dibersihkan segera.
Rasanya semua 320 pokok buluh mati lemas.
Ini adalah ketentuan Ilahi. Saya terima semua kejadian ini dengan hati yang terbuka. Tuhan jadikan muka bumi yang rendah hampir setiap tahun dinaiki air. Maka fikirkanlah tanaman yang sesuai untuk ditanam.
Kejadian banjir ini membuatkan saya berfikir kaitan antara muka bumi, air dan tumbuhan. Sungguh indah kejadian Allah.
Pokok yang mati lemas;
Buluh madu 320 pokok.
Kelapa mataq 70 pokok.
Durian belanda 35 pokok.
Tebu.... satu ekar.
Nenas.... satu ekar.
Keledek.... setengah ekar.
17 Januari 2015.
Tiga jam saya melaksanakan maintanance pagar. Pagar sudah tidak ada spark sejak banjir. Banyak puntung kayu yang menghempap, rumput yang tebal dan turus pagar runtuh.
Selepas bertungkus lumus sendirian selama tiga jam... pagar berjaya dipulihkan. Kini sparknya kuat.
Dawai yang bawah sekali kendur hingga mencecah tanah. Ini menyebabkan short. Saya tegangkan dengan cara tambat dgn tali tarik ke atas dan tambat kepada dawai yang paling atas. Kerja membaiki pagar adalah perkara yang paling penting untuk melindungi tanaman. Minggu hadapan perlu baiki lagi. Ada tempat jarak antara tanah dan tali paling bawah lebih dua kaki. Pagar di belakang perlu dijenguk. Rumput cepat menyurung. Perlu racun.
18 Januari 2015
Diselaput ulan dan akar hampir 100%. Jika dibiarkan boleh lemas.
Berjaya membebaskannya. Ada lagi yang begitu terutama pokok yang rendah. Pokok yang rendah lebih cepat dilenyapkan dari pandangan mata. Pokok yang rendah lebih cepat ditutup ulan dan akar yang memanjat.
20/1/2015.
Dapat seorang pekerja baru. Topek dan Ami menguruskan rumah tempat duduk pekerja itu. Sementara waktu ini pondok yang sedang dibina itu menjadi tempat tumpangan beliau. Ami bersama Topek pergi ke sebuah ladang di Kuala Krau mengambil pekerja itu. Seterusnya bersama Topek dan pekerja itu bertukang memasang dinding rumah.
23/1/2015.
Kehadiran pekerja baru telah memberi ketenangan kepada saya. Telah nampak hasil kerja dua harinya.
Ada beberapa pokok yang lebih tinggi dari saya. "Telah tujuh bulan kau berpindah ke sini. Aku doakan kau terus subur."
24/1/2015
Aduh.... pagar elektrik kebun belakang banyak yang musnah. Ada ysng hempap buyau. Ada yang dihempap batang kayu. Ada turus pagar yang tercabut. Tali kendur dan terbenam dalam tanah. Itulah penangan banjir.
Sebelum pulang saya tanam sepokok anak durian belanda yang saya semai sendiri.
25/1/2015
Saya sampai di kebun sebelum 8 pagi. Saya mahu Amat tanam ubi kayu. Saya punggahkan pokok ubikayu itu di. tepi jalan yang menghala ke paya.
Sewaktu banjir melanda... kira-kira 70 pokok Durian Belanda telah tenggelam dan mati.
Saya perlu tanam semula dan menyulang pokok yang mati. Hari ini saya pergi ke Seremban untuk membeli pokok Durian Belanda.
Pokok paras dada ... 100 pokok.
Pokok tinggi satu kaki .... 300 pokok.
26/1/2015
Kehadiran surat ini ada kaitan dengan usaha saya menanam pokok durian belanda ini.
Ini ialah surat kebenaran penyaringan produk semulajadi untuk penghasilan produk Teh Herba Durian Belanda. Saya sudah menghampiri kejayaan untuk mengeluarkan TEH HERBA DURIAN BELANDA WAWA. Pokok durian belanda yang ditanam di kebun ini akan membekalkan daun untuk produk itu.
Hari ini bermulanya pasaran daun durian belanda. Pelanggan pertama dari Petaling Jaya mahu daun durian belanda. Beliau mahu daun yang fresh. Malam semalam saya petik. Saya masukkan dalam karung plastuk dan selepas itu letakkan dalam kotak. Pagi ini saya pos di pejabat pos Kuantan.
27/1/2015. Menerima bayaran yang pertama.
Walaupun amaunnya kecil tetapi sungguh memberi motivasi. Perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama.
30 Januari 2015
Hari ini saya cuti dari tugas rasmi. Saya terus melawat kebun. Melihat Amat sedang membaja spray nenas. Arifin pula meracun dan menebas pangkal pokok. Saya terlihat satu pokok mati. Apa sebabnya? Saya mahu pandangan Amat.
Saya mengajar Arifin menanam anak pokok durian belanda. Dia berjaya menanam dua pokok. Saya pula mengambil masa 10 mencucuk pokok ubikayu.
Satu batang pokok yang telah melepasi ketinggian saya. Seronok lihat pokok tumbuh subur.
Ada dua batang lagi pokok durian belanda yang mati. Setakat ini ada tiga batang. Apa sebab?
Tiga batang yang kering daunnya saiznya kecil. Erti kata lain terbantut. Soalnya mengapa terjadi begini selepas bsnjir? Mereka tidak kena banjirpun. Ada kemungkinan suasana kering selepas banjir selama tiga minggu ini. Mungkin diserang anai2 atau kulat akar? Untuk mencari puncanya, saya lerlu cabut dan lihat akarnya. Perlu juga lihat keadaan tanahnya.
31 Januari 2015.
Saya melawat kebun awal pagi. Aduh.... banyak anak pokok telah tumbuh dicelah nenas. Perlu adu kepada Lembaga Nenas esok.
Aduh... banyaknya kerja ysng belum beres.
Pagar?
Rumput celah nenas?
Rumput dalam longkang tebu?
Ada baki tebu yang boleh diselamatkan?
Membaja?
Tanam 100 pokok db?
Tanam 800 pokok kelapa?
Para?
Kayu yang bertaburan?
Anak pokok?
Papan 6x3?
Bat