nuff

Friday, October 16, 2015

BERJINAK DENGAN NENAS MD2. Siri 01

Saya mahu belajar menanam nenas. Saya beli benih MD2 ini sewaktu melawat Karnival Pertanian di KV Pertanian Chenor hujung bulan Septemberlalu.Nama saintifiknya ialah Ananas Cosmosus. Saya belanjakan rm50 untuk mendapatkan 25 anak pokok. Sungguh mahal, satu sulor harganya rm2. Harganya 6X lebih mahal dari benih lain seperti N36 hanya 35sen satu.


Mengapa MD2 begitu mahal?
Benih MD2 ini dubawa masuk ke Malaysia pada tahun 2008 dari Hawaii. 

18 Oktober 2015
Memantau perkembangan dan siram.

27/2/2017
Setahun lebih tidak berbicara fasal MD2 ini. Terbiar dalam semak. Nasib baik tidak mati tetapi tinggal nyawa ikan. Saya bersihkan kelilingnya dari rumput liar yang mengancam. Nasib baik ada yang cambah. Dua tandan saya belah jadi lima dan semai. Tengok apa jadi.

Ini ialah satu eksprimen. Satu anak tunas dibelah dua. Yang satu lagi dibelah tiga. Tengok apa perkembangan? 
Ada orang kata selepas tiga bulan ia akan bertunas. Kita tengok.
2/5/17, didapati tiga pucuk baru telah muncul. Kelihatan subur dan hijau. Dua lagi masih belum tahu keputusannya. 3/5/17, dua lagi ada percambahan.
Memang benar kenyataan itu. BERJAYA!!!
Selepas ini saya mahu buat eksprimen belah empat pula.

11/3/17
Cuba mengawal serangan rumput.

Kini sudah dipulihkan sebanyak 12 pokok. Pindahkan 8 perdu yang uzur dari kebun belakang. Saya mahukan kesinambungan untuk membiakkan benih MD2 tanpa membeli benih tambahan.

Sudah ada 32 anak pokok MD2 ditanam di halaman pondok. 14 anak MD2 masih dalam polybag.


4/5/17
Saya buat eksprimen yang kedua. Kini saya belah lapan satu perdu yang subur. Saya semai dalam polybag. Saya sembur racun kulat pada bahagian yang dipotong. Beri serbuk penggalak akar. Siram. Kita tengok apa yang akan kesudahannya. Kita akan dapat tahu selepas 60 hari. Sabar menunggu.

Percubaan keempat. Satu anak pokok MD2 dipecah empat.


Rekod
1. Satu umbi .... dipecah 2 ..... berjaya
2. Satu umbi ....dipecah 3  ..... berjaya
3. Satu umbi ... dipecah 8 ...sudah tumbuh 5
4. Satu umbi ... dipecah 4 ....????
5. Satu umbi .... dipecah 10...????
6. Satj umbi.... dipecah 16 .... ????

Tiga bulan lagi akan diketahui hasilnya.


Yang ini sudah besar.... saya pecahkan kepada 16.

Memeranjatkan.
Dua anak nenas yang hidup hasil semaian pada 27/2/17 telah dipindah dalam polibag didapati bercambah lagi.
Anak yang satu lagi juga nampak ada tunas baru.

Bermula dari 2 umbi kini sudah jadi 8 anak.

24/9/17
Sudah tanam anak benih ke kebun sebanyak 50 pokok.

29/3/18
1. Dapat ilmu hari ini. Kalau nak sembur hormon kpd pokok nanas... tunggu 5.30 petang baru boleh sembur hormon ke pokok db. Sebelah pagi tidak lewat dari 9.30 pagi. Pada selang masa menyembur hormon ke pokok db. Pada ketika ini stomata terbuka. Hormon boleh meresap masuk ke dalam daun.
2. Beli 200 sulor nanas MD2. Bayar rm240. Sehari kemusian rendam dalam racun kulat.

7/4/2018
Dua pokok telah berputik.

9/7/18
Dua biji buah telah besar. Terdapat 3 sulor yang subur. Saya petik sulor untuk ditanam. Sulor dipetik sebelum buahnya masak. Ada orang kata tunggul nanas itu tanti akan mengeluarkan sulor lagi.

Sunday, October 4, 2015

CERAMAH MOTIVASI SMK KUALA TEMBELENG

4 Oktober 2015. Di Rhu Resort.

Beberapa minggu lalu seorang guru SMK KT menelefon saya mengundang untuk beri ceramah ke sekolahnya. Saya terus menyatakan persetujuan. Walaupun tarikhya jatuh pada hari ahad.

Saya mulakan dengan contoh orang yang sanggup berubah. Selepas itu saya menasihatkan mereka agar membuat pembetulan terhadap jawapan yang salah. Tuliskan pembetulan dan minta guru semak. Bincang dengan kawan dan rujuk buku untuk mencari jawapan yang sebenar. Amalkan JSB... maksudnya jawab semua betul.

Setelah selesai ceramah pengetua mengajak saya minum tes tarik di cafe.
Saya bercadang hendak jenguk sekolah ini dua minggu lagi.

28 Oktober 2015 saya tunaikan janji. Saya pergi ke Kuala Tembeling. Saya lihat kertas jawapan setiap orang pelajar.


Tahniah, ada kemajuan.

Friday, October 2, 2015

CERAMAH MOTIVASI DI SMK SERI CHEDONG MARAN

Hari ini 2 Oktober 2015, saya memenuhi undangan pn Nor Hayati pengetua SMK SERI CHEDONG beri motivasi kepada pelajar tingkatan 5 seramai 57 orang. Cikgu Hazora kini GPK HEM menunggu saya di hadapan pejabat. Sementara menunggu pelajar berkumpul di dewan saya dipelawa ke kantin terlebih dahulu. Di kantin saya jumpa cikgu Mat Kilau. Cikgu Sabi menjadi pengerusi majlis. Mereka adalah rakan sama bertugas di SMK Maran tahun 1999 hingga 2005.

Saya bertanya diri sendiri, "Apakah topik yang paling sesuai untuk dicakapkan kepada pelajar yang tinggal 42 hari untuk menghadapi peperiksaan SPM?"

Saya ambil keputusan menghuraikan pengertian berubah. Saya berikan dua contoh orang melakukan PERUBAHAN hingga membuah kecemerlangan dirinya.
Contoh pertama: Bagaimana susahnya Tiger Wood berubah dalam masa tiga bulan. TW mengubah buka kangkangnya dari 15darjah kepada 12darjah. Untuk mengukuhkan hujah saya itu, saya bawa kayu golf.
Contoh kedua: Bagaimana saya boleh berubah hingga jadi cemerlang matematik? Saya berubah dari menunggu guru kepada belajar dahulu sebelum guru mengajar.

Saya bertanya beberapa orang pelajar tentang "Markah hilang" bagi mata pelajaran Sains peperiksaan percubaan SPM yang baru ditempuhi. Mereka kelihatan tergamam. Tidak dapat menjawab pertanyaan saya itu.

Thursday, October 1, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - OKTOBER 2015

Ini bulan ke 17.

Berita gembira. Daun durian belanda yang dikirim dua hari lalu kepada seorang pelanggan telah sampai pagi ini.

Sempat melawat kebun belakang.
Kawasan nenas yang telah dibersihkan semakin luas. Perlu tabur baja 15-1-16 diberikan oleh LNN. Sawal siap membaja, siap 18 bag semuanya. Telah beri upahnya.

Kawasan belah hulu perlu ditebas. Lepas itu racun. Pokok kelapa celah nenas nampaknya bantut.

4 Oktober 2015
Jumpa Arpian. Suruh segerakan kerja mencuci nenas. Hubungi Arpian. Dia kata buat kerja pada 5/10. Hari ini buat kerja cuci nenas.

9 Oktober 2015
Jama sanggup mencuci pangkal pokok db dan kelapa kadar uph 50sen sepokok.

Serangan anai-anai hingga pokok berlubang dan reput.

Order daun durian belanda yang kedua. Telah hantar kepada pelanggan. Dapat laporan daun itu berkulat. Perlu hantar gantian.

10 Oktober 2015
Sempat jenguk kebun. Rumput pagar telah siap ditebas dan diracun. Urea dua beg 50kg telah habis tabur ke pangkal pokok kelapa. Sawal telah sempurnakan tugasnya.
Kawasan nenas yang diterang semakin luas. Ini kerja kumpulan enam orang Indon itu. Pangkal pokok telah diterangkan oleh Jama mulai hari ini.

Ulan sudah memanjat anak kelapa. Perlu dibenteras segera.

8.45pagi.
1. Menghubungi Arpian... beliau kata sudah memulakan kerja mencuci nenas dari rumput liar. Saya suruh dia segerakan tugas.
2. Menghubungi Jama... dia sedang menunggu kawan untuk pergi ke kebun. Tugas dia ialah mencuci pangkal pokok kelapa dan durian belanda.
3. Menghubungi Sawal. Dia kata sedang cop buah kelapa sawit tuan dia. Bila ada masa free dia akan menjalankan tugas yang saya suruh semalam iaitu meracun rumput celah nenas dan meracun tanah lapang yang telah diroto.

6.30ptg.
Menghubungi Jama untuk dapatkan laporan. Jama kata tidak pergi kerja hari ini kerana rakannya mahu cuti hari minggu. Sedikit hampa dengar berita itu.

12 Oktober 2015
Jama dan seorang kawannya melaksanakan tugas membersihkan pangkal pokok. Arpian dan kawan2nya juga ada bertugas di kebun nenas.
Sawal masej kata telah siap meracun celah nenas dan tanah sebelah paya.
Arpian melaporkan telah buat kerja pagi ini.

Pokok durian belanda yang dibeli semalam. Hendak tanam di kebun minggu depan.

13 Oktober 2015
Melawat waktu malam. Jalan makin teruk. Banyak lekuk panjang kesan hakisan air hujan yang mengalir. Perlu naik taraf jalan, tabur batu jalan.

14 Oktober 2015
01 Muharam 1437
Rancangan hari ini.
1. Menerangkan kerja kepada Sawal.
2. Tanam lima pokok durian belanda.
3. Memeriksa kebun belakang.✔
4. Tanda tapak curah batu jalan.

23 Oktober 2015
Kawasan ini telah dipelau tetapi tidak dapat meneruskan rancangan menanam rumput kerana belum diroto. Masalah trektor. Ikut rancangan esok pagi trektor akan roto tapak ini. Jama dan Zahrin kutip kayu.

Periksa kawasan semaian kelapa. Terkejut bebera batang pokok dicabut kerana pagar letrik tidak berfungsi. 

24 Oktober 2015

Telah siap roto. Boleh tanam rumput napier. Harun sanggup menanam. 
Sempat menanam dua pokok durian belanda pada waktu malam bersama Harun dan kawannya. Pagar di belakang tidak berfungsi akibatnya kebun telah diceroboh. Banyak pokok kelapa jadi korban.

25 Oktober 2015
Akibat pagar tidak berfungsi banyak pokok kelapa jadi korban. Setakat ini tidak kurang 40 pokok yang jadi korban.


29 Oktober 2015
Menanam empat pokok durian belanda pada waktu malam dibantu oleh Harun. Kerja pada waktu malam nampaknya lebih selesa. Boleh diteruskan lagi.

31 Oktober 2015
Seawal 6.30pagi saya masuk kebun. Saya mencuci pangkal pokok 14 pokok semuanya.
Pokok kelapa 5 dan durian belanda 9.

Pokok dipusung oleh ulan hingga ke pucuk.

Berhaja dipulihkan.

Berjaya membersihkan pangkalnya. Ada yang telah mula belajar berputik.
Bila beri tugas kepada pekerja, keupayaannya sangat lambat. Maka saya cuba usahakan sendiri. Ya saya boleh lakukan tetapi masa free sangat terhad.


Banyak kegagalan bulan ini.