nuff

Sunday, April 30, 2017

Kebun Kampung Lompat 05 2017

Cabaran mulai 1 Mei.

Perlu siapkan kerja tertunggak dari bulan lalu.
1. Gali lubang untuk tanam kelapa dan durian belanda.✔ 
2. Pindahkan pokok kelapa dari kawasan satu ekar.
3. Sokong pokok yang condong.
4. Pasang wayer pagar.
5. Baiki pagar hadapan.
6. Cuci keliling pokok.
7. Baja pokok db.✅
8. Cuci pokok limau kasturi.
9. Racun hama pada pokok kelapa.
10. Racun rumput kebun hadapan.
11. Bersihkan pokok dari ulan.
12. Isi baja ke dalam lubang.✔
13. Racun kawasan baru.
14. Siapkan sistem penghantaran air.✔

15. Bina atap peneduh tangki air.

16. Beli 85 anak pokok kelapa mataq .✔ Dapat 116 pokok.

Beli
urea 2 kampit, ✔
racun rumput satu tong dan✔
racun allay.✔

Pokok kelapa matak yang kedua sudah keluar mayam.. inilah kegembiraanku hari ini. Satu permulaan yang memberansangkan bagi bulan Mei.


Ada pula berita yang tidak sedap. Bil air kebun meningkat mendadak rm306.20 .. ini adalh akibat paip becor... membazir dan rugi besar. Mahu bayar hari ini juga, elakkan dari pemotongan.✔
Minta Tan ganti tap selepas meter yang bocor.✔


Persediaan untuk menyiram menghadapi musim kemarau. Kini boleh menyiram anak pokok dengan mudah.

Perlu beli urea dua kampit lagi.

Buat percubaan cuci pangkal pokok, beri baja galak buah. Buang buah besar, sembur racun serangga, bungkus putik dengan kertas untuk sepuluh pokok.
Tengok apa kesannya.

1. Bersihkan 10 pokok db dan bungkus putik.✔
2. Tanam 40 ulas biji labu. ✔
3. Tanam 3 pokok markisa.❌
4. Kutip daun db 4 kg.✅✔
5. Baiki pagar belakang.✅✔


Berasa lega dapat beli buku ini, harganya rm120, tidak mengapa banyak ilmu di dalamnya.

Ada tajuk mengenai serangan serangga perosak dan kulat. Sudah siap baca. Tindakan pertama selepas membaca ialah membungkus buah muda.

Dari m/s 71 hingga 83 semua cerita tentang perosak durian belanda.

22/5/17
Pokok pertama yang berbuah.
Sudah mula nampak putik kelapa tiga biji.

Sudah memulakan gerakan menyampul.

Pokok kedua yang berbuah. Mayam pertama tidak lekat. Mayam kedua lekat dua biji.
Syukur alhamdulillah.

27/5..... membubun 5 anak pokok kelapa pandan.✔
28/5.... membubun 8 anak pokok lagi.✔


Banyak pokok yang telah dipanjat oleh rumput yang memanjat.

Telah berjaya membersihkan ulan yang memanjat itu. Banyak lagi pokok yang telah dipusu oleh ulan ini. Ambil masa 10 minit untuk membersihkannya.

Pemerhatian.

1. Banyak pokok db yang tumbang. Antaranya yang ditanam tepi tebing teres. Pegangan akar tidak kuat. Kena tanam sekurang-kurangnya 50 pokok sebagai ganti. Tanam di sebelah dalam teres. Tebuk lubang guna khidmat trektor.

2. Pagar kebun hadapan masih lemah. Ada turus pagar yang telah patah. Akibatnya terdapat pencerobohan babi . Perlu tindakan segera. Beli besi bulat saiz Y10 panjang 4 kaki 100 batang.

Sempat tanam tujuh pokok kelapa pandan senja 31/5/17. Ada 11 lubang lagi yang kosong.

Saturday, April 29, 2017

HANG TUAH catatan OKINAWA

Begitu sukar untuk membuktikan adakah Hang Tuah betul-betul wujud dan benar keperwiraannya. 
Nampak jelas kekurangan rekod sejarah bentuk tulisan di negara kita. Rupanya pada era tersebut masy. Melayu masih buta huruf. Nasib baik pedagang luar dari Timur dan eropah ada merekodkan perjalanan perdagangan waktu itu. Adalah sedikit catatan tentang Hang Tuah. Antaranya terdapat dalam catatan Kyrukoku Okinawa.

Saturday, April 22, 2017

JeBe Rimau Malaya

Ingin mengetahui corak penceritaan Azizi Ali dalam bentuk novel.

Ingin mengetahui suka duka. Bagaimana kelayahan dapat dirempuh. Ingin tahu liku-liku untuk sampai ke puncak.

Jarang sekali orang boleh menceritakan kehidupan waktu kecil dihurai begitu ditel dan teliti. Tetapi Azizi berjaya membawa saya membayangkan kehidupan waktu kanak-kanaknya. Namun begitu kehidupan waktu kecil beliau tidak seperit pengalaman yang saya lalui. 

Saya membaca sampai tamat. Memberi motivasi kepada saya untuk mengikut jejak langkahnya.

Friday, April 14, 2017

TAKDIR AKU DI SINI

"Pernah terfikir ingin melihat pokok durian ini berbuah. Pernah terdetik ingin melihat bangunan auditorium ini siap. Buah pinang yang disemai masih belum cambah.Terfikir bahawa masih banyak kerja yang belum siap. Pusat Bahasa Arab yang unggul belum nampak bayangnya. Ah... aku sendiri masih buntu untuk memahami bahasa ini. Rupanya masih banyak impian yang belum kesampaian dalam tempoh masa yang singkat ini. Koperasi yang baru setahun jagung ini perlu dimeriahkan."
Renungan malam.... 14/4/17... 12.05mlm.


Sewaktu saya mula duduk rumah ini tahun 2013, pokok durian itu terbiar, pangkalnya masih dibaluti polybag yang telah pecah. Akarnya telah menjalar keluar. Tingginya tidak sampai 5 kaki. Saya jangka umurnya tidak kurang 2 tahun. Saya buang polybag yang rosak itu, beri baja dan siram. Kini umurnya lewat enam tahun. Tingginya sudah menyamai hujung atap tingkat dua rumah saya tinggal. Masih belum nampak tanda-tanda mahu berbuah. Saya sabar menunggu. Ada seorang kawan kata itu pokok durian Musang King.

Projek oditorium ini diluluskan kpd KUIPSAS pada tahun 2015. Pembinaannya bermula pertengahan 2016. Kini pembinaannya sedang rancak. Dijangka siap pertengahan tahun 2018. Adakah saya sempat melihat bangunan ini siap? Mungkin tidak sempat kerana kontrek saya akan tamat pada Mac 2018.

Mengikut lazimnya pokok durian itu akan berbuah jika mendapat air dan baja. Mungkin pertumbuhannya terganggu sedikit kerana naung pokok besar di sebelahnya. 
Pembinaan auditorium itu berjalan lancar. Kerajaan telah mengadakan peruntukan yang cukup. Kontrrktor pula kelihatan sentiasa melaksanakan tugasnya. Satu hari akan tesergamlah bangunan cantik ini di kampus KUIPSAS.
Yang masih samar ialah projek bahasa Arab. Inilah yang membelengu aku.
Rupanya ketika ini lebih sukar membina kekuatan ilmu berbanding dengan membina harta benda.

Alang-alang berada di sini aku mesti melangkah walaupun perit. 6 Mei ini adalah langkah pertamaku. Diikuti sabtu berikutnya 13 Mei dan lapan minggu lagi untuk menghadiri kuliah di UPSI.



Sudah bayar diposit rm100 sebagai tanda jadi.
Aku menanti hari 6/5/17. Petang 5/5/17 akan bergerak ke Tanjung Malim. Sudah tempah satu unit rumah homestay dekat dengan UPSI.

Biasanya aku teragak-agak untuk belajar peringkat PhD. Banyak sangat halangan psikologi yang menghantui aku. Tetapi kini tarikan PhD amat kuat. Buktinya, ada program lawatan luar negara bertembung dengan tarikh 23/5. Saya pilih untuk hadir kuliah. Jika mereka mahu saya turut serta lawatan luar negara itu. Begitu kuat tarikan PhD kali ini. Saya harap semangat ini akan terus subur.



6/5/17... hari pertama mengikuti kursus di sini. Aku belajar selama 7 jam dengan tekun. Ada 9 kali sabtu lagi yang perlu diharungi. Tidak boleh mengelak lagi, kena teruskan projek PhD ini.

Aku akan menghadiri kuliah kedua pada 14/5/17. Sebelum hadir kuliah aku kena siapkan tajuk kajian PhD untuk disemak oleh Dr Fadli.

Draf tajuk kajian PhD aku:
"Sejauh mana PRS berwibawa mempu membangu rakan sebayanya menigkatkan prestasi mata pelajaran Matematik Tambahan: Kajian di SBPI Temerloh."

Satu lagi tugas aku sebelum 14/5/17. Perlu baca hingga tamat  buku ini.


7

14/5/17..... kali kedua hadir ke Kaizen.

Jumpa pula dengan buku ini.


Sunday, April 9, 2017

KUASA INFINITI

09 April 2017. 

Saya jumpa buku ini di sebuah kedai buku di Bandar Seri Begawan. Buku ini sudah usang menandakan telah lama di situ. Saya lihat di muka dalam, tahun cetakan 1999. Sudah sembilan tahun ia di situ. Harga offer $8.70 sahaja. Saya lihat resit, harga asal ialah $17.40. Walaupun kelihatan usang saya yakin banyak yang boleh ditimba dari hasil tulisan Anthony Robins ini.  Saya mahu memanfaatkannya.

Tulisannya halus dari biasa dan jarak antara baris juga dekat menyebabkan bacaan jadi lambat.

✔"Untuk usaha yang berdisplin banyak ganjarannya." ...Jim Rohn,  ms11.

✔Kejayaan memerlukan tindakan yang logik dan konsisten dan jalan-jalan tertentu untuk kecemerlangan, yang boleh dicapai oleh kita semua.
1. Tindakan yang sesuai
2. Berterusan
3. Memenuhi peraturan

✔AR banyak menghuraikan "berjalan atas bara." dan bercakap fasal prinsip NLP.
✔ Kita mesti cabut rumput di halaman kita tiap-tiap hari.

✔ Lakukan apa yang anda boleh, dengan apa yang anda miliki, di mana sahaja anda berada. ........ Theodore Roosevelt.
Gunakan segenap kemampuan sendiri.
Usahalah bersungguh-sungguh.
Berdikari. Tidak perlu meminjam.
Tidak perlu meminta.
Lakukan sentiasa di mana kita sahaja kita berada.

✔ Kebolehan luar biasa datangnya dari siri latihan serta pendidikan yg berkualiti dan berterusan dalam tempoh ysng lama.

✔Jika anda boleh membaca tentang pencapaian orang lain, anda boleh mewujudkan kepercayaan yang membolehkan anda berjaya.

Mengambil contoh pengalaman kejayaan orang lain boleh menjimatkan masa dan kos untuk berjaya, mungkin lebih berjaya lagi.

Saturday, April 8, 2017

Buah durian Duri Hitam

Kata orang durian jenis Duri Hitam ini lebih enak dari Musang King. Warna buahnya kemerahan seperti durian tembaga. Mengikut cerita, ia berasal dari Pulau Pinang. Namun begitu pokok DH ini telah tersebar ke Raub dan Johor. Ada juga dari Thailand.

Melihat kepada gambarnya memang sedap, sungguh menarik minat untuk merasanya. Saya mula menanam minat untuk menanamnya. Saya beli tiga anak pokok bernilai rm290. Saya bercadang untuk menanam 10 pokok di kebun kg Lompat.

🌿 Tanam 6 bulan lalu, tinggi 4 kaki.

Monday, April 3, 2017

RAHSIA Keluarga Bestari

28 Mac 2017

Sewaktu lawatan kerja ke Singapura saya ada ruang masa untuk melawat kedai buku. Saya tertarik dengan buku di atas itu kerana mahu tahu apakah RAHSIAnya? Lalu saya beli sebuah.

RAHSIA pertama.

Mencari ilmu dari buku.... membina masa depan.

RAHSIA kedua.

Sunday, April 2, 2017

Kebun Kampung Lompat 04 2017

Telah memulakan usaha kali kedua memulihkan tanah enam ekar. Telah gagal kali pertama dua tahun lepas. Tanaman kelapa enam ekar habis dilanyak musuh. Banyak kegagalan setakat ini. Tetapi aku tidak mahu berakhir dengan kegagalan. Perkukuhkan pertahanan.

Banyak cabaran.
1. Pokok kelapa kuning dan berbintik hitam. Telah beli racun ulat & hama. ✅
2. Pagar bhg hulu banyak rosak.Telah pasang jaring hitam. ✅
3. Rumput kebun belakang hilir tebal. Ada yg melenyapkan kelapa. Telah racun. ✔
4. Rumput kebun belakang atas bukit makin tebal. Telah racun. ✔


Banyak pokok yang seperti ini. Hujung daun macam terbakar dan banyak bintik-bintik pada daun.
Pokok pisang LM yang ditanam bulan Februari lalu kini berada dalam semak. Sedih melihatnya. Akan sembur racun ulat & kulat minggu hadapan.✅

Seorang pekerja tidak dapat melakukan kerja dengan sempurna bagi kawasan seluas 27 ekar. Perlu seorang pekerja lagi dan gunakan jentera seperti trektor mini.

Terpaksa buat pindahan pokok pisang dari lot tepi sempadan ke lot tengah untuk mengelakkan gangguan musuh.

Berjaya menyiapkan 14 lubang petang ini. Suruh Amir teruskan. Amir kata sudah siap satu baris 38 pokok. Dia siap gali satu baris lagi. Saya suruh dia siapkan tiga baris untuk tanam petang sabtu depan. Siap tanam semula satu baris lagi pada 15/4. Kami bertungkus lumus menggali pokok dalam semak dan berjaya menanam semula. Pokok pisang yang ditanam minggu lepas kelihatan subur.

Inilah keadaan buah db.


Perlu cari jalan untuk mengatasi masalah buah yang buruk ini.


Masih ada yang elok. Isinya putih bersih. Bijinya hitam menandakan cukup matang. Rasa isinya sungguh enak, bergas dan masam manis. Bermutu tinggi.

Janji dengan Zizol mahu tebuk lubang untuk tanam kelapa dan pisang pada hari ahad ini. Ya ... dia hadir.


Pokok pisang yang dipindahkan dua hari lepas kelihatan subur. Semua anak pisang di kebun hilir telah dipindah ke kawasan baru. Kini ada tiga baris semuanya. Pindahkan semua pokok pisang belakang rumah ke kebun. Tabur baja keliling pokok pisang dan tutup dgn plastik hitam.

Ada makhluk buat sarang dan bertelor dicelah dahan pokok db.

Lokman melaporkan buah di hujung tanah dekat paya ada yang telah larah.

Amir telah tanam 130 pokok kelapa. 
Suruh Amir tabur furadan celah pelepah pokok kelapa dan pasang jaring pagar. 
Kebimbanganku ialah pagar yang masih belum kukuh. Jaring hitam belum dipasang seluruh.

Buah db untuk Noraini, adik untuk ganti lapan biji buah yang buruk yang dijualnya kepada kawan2 dua bulan lepas.

Kebun 4.5 ekar suruh buruh kontrak ambil upah meracun rumput. Mereka memulakan kerja hingga siap pada 19/4/17. Sudah bayar kerja meracun rm490.

Hantar jaring hitam 70% dua gulung untuk lengkapkan pagar, pvc paip & pam air. Amir telah pasang pam tetapi kurang kemas. 

Suruh Amir cuci keliling pokok kebun belakang dan kebun hadapan bahagian belakang berikutnya suruh buruh meracun laksanakan tugas. 4.5 ekar telah siap disembur racun rumpair. Suruh buruh kontrak meracun 3.5 ekar kadar rm50 dan 1.5 ekar kadar rm70 seekar. Inilah langkah untuk meningkatkan prestasi kebun. Upah rm175+rm105 = rm280.00 Telah bayar rm250.00, baki rm30.00 akan bayar selepas puas hati mutu kerja. Jumlah upah meracun bulan ini ialah rm770.00

Saya dapati beberapa batang pokok kelapa berada dalam semak. Perlu dipulihkan esok. Begitu juga pokok db.

Hari ini siap menanam 200 pokok kelapa. Kena guna jentera untuk mencepatkan kerja. Mahu tanam 100 pokok lagi.

Banyak pokok db yang kerdil. Ambil langkah membersihkan pangkal dan beri baja. Dapat bereskan 20 pokok. Pokok kelapa pula banyak dipanjat ulan. Perlu hadapi cabaran ini. 
Bersihkan daripada rumput jalar dan memanjat, 
beri baja, ✅ belum siap.
sembur racun ulat, ✅ sudah beli.
tabur furadan, ✔
racun rumput, ✔
sulam pokok db dan kelapa, 
tungkat/sokong pokok yg condong dan
alih kelapa.

Pagar perlu dikukuhkan lagi. Tambah tiang tengah, guna pvc 2" atau 1" panjang 2.5 kaki. Ganti tali yang bawah dengan tali yg baru.


Alhamdullilah..... sudah mula keluar mayam. Pokok yang pertama. Pokok ini saya tanam bulan September 2014. Umurnya ketika itu satu tahun lebih. Ini bermakna dia mula mengeluarkan mayam bila melepasi 3 tahun setengah. Syukur alhamdullilah.

Keperluan untuk akhir bulan.
Urea .... 3 beg ✔
Furadan ...... 1 karung✔
Dawai pagar elektrik .... 1gulung.✔
Tali plastik penjerut ..... 1 bungkus.
Tebuk lubang untuk kelapa ..... 100 lubang.❌
Tebuk lubang untuk db .... 50 lubang.❌
Penyembur racun... 1 buah.✔
Bakar kayu yang berlonggok. ✅
Perlu beli lagi urea dua guni.
Pagar belakang perlu dikukuhkan lagi.