nuff

Tuesday, March 1, 2016

Kebun Kampung Lompat Mac 2016

1 Mac 16
Saya cuti hari ini.
Ambil 70 pokok durian belanda di Temerloh. Terus tanam. Sasaran tanam 300 pokok telah tercapai.
Beli dua gulung polypipe untuk melancar kerja menyiram.
Nampak lebih 10 pokok tepi pagar layu  dan mati.
Perlu buat jalan tambahan selari dgn pokok sawit.

Pokok yang mula berbuah.

Kebun kelapa dibelakang nampak sudah mula terurus. Kelapa yang dimusnah telah diganti. 

Saya rancang permukaan bumi diliputi kacang penutup bumi. Ini adalah satu cara kurang menggunakan racun rumpair, amalan baik pertanian. Saya buat persediaan menyemai biji kacang tersebut di dalam tray. Ada sembilan tray semuanya. Bila sudah tiga inci tingginya, baru pindahkan ke kebun.

Kaedah ini boleh menjimatkan biji benih. Kebiasaannya orang tabur terus kedalam kebun. Ada kalanya biji benih ini dikutip oleh burung. Banyak yang tidak cambah kerana jatuh atas daun. Inilah satu lagi tindakan untuk Kesempurnaan.
Boleh juga semai di dalam kebun. Cangkul satu kawasan 3'x3' dekat dengan sumber air. Hancurkan dan gaul dgn baja organik. Tabur biji benih Dan siram. Lepas itu pasang atap drp plastik hitam. Siram tiap-tiap hari. Selepas dua minggu pindahkan ke permukaan kekal. 

9 Mac 2016. Jam 5.10ptg. Sempat melawat kebun belakang. Kelihatan dua orang pekerja sedang bertungkus lumus, seorang sedang membersihkan rumput dicelah nenas Dan seorang lagi memesin rumput. Di kebun hadapan pula kelihatan dua orang pekerja sedang menyiram pokok durian belanda yang baru ditanam.

12/3/16
Sempat dua jam berada di kebun. Nampak dua pokok dah belajar berbuah. Pokok ini kelihatan bantut tetapi kerana umurnya sudah lebih dari tiga tahun ia tetap berbuah. Pokok ini perlu baja tambahan Dan penyiraman yang kerap.

Kebun belakang kelihatan makin bersih. Kini sudah nampak pokok nenas. Dulu pokok ini ditewas oleh rumput liar.Telah sembur hormon penggalakan percambahan buah.

Untuk melancarkan kerja menyiram.
Telah beri arahan kepada Arpian untuk pasang pili pada polypipe teres bawah sekali.

17/3/16
Sempat melawat pada waktu malam. Sekurang2 tiga batang mati. APA sebabnya?


Kebun belakang kelihatan makin bersih. Baru nampak jelas kebanyakannya pokok kelapa telah musnah.

20/3/16
Saya masuk kebun awal pagi. Saya lihat satu pokok yang rajin berbuah, pokoknya kecil sahaja. Saya terpaksa membuang beberapa biji buah yang ketot dan yang ada tompok hitam. Ini ialah peroses penjarangan.

Cuaca panas luar biasa. Mahu pasang polypipe panjang dan lebih banyak pili untuk mencepatkan kerja menyiram.
Pokok kelapa kecil nampak telah layu dan daun durian belanda kelihatan ada banyak tompok hitam menandakan kekurangan air.
Berjaya siapkan separuh pemasangan polypipe. Esok sambung lagi.
22/3/16
Pemasangan waktu petang kebun belakang. Sudah nampak tahap penjagaan yang semakin baik.

Daun kelapa kelihatan kering akibat panas melampau. Perlu disiram. Angkut air dari depan, 13 tong semuanya.

26/3/16
Baru perasan ada pokok yang berbuah.

27/3/16
Sudah sebulan tiada hujan. Pokok kelihatan kering. Ada yang telah mati bahagian pucuk.

28/3/16
Syukur alhamdulilah hujan turun membasahi Tanah. Pokok nampak Segar. Banyak pokok yang telah berputek. Dijangka bulan Julai boleh jual. Saya tabur baja 16-16-16. Masih perlu dua kampit lagi. 

29/3/16
Nenas ada hadapan akan pulih. Edar tiga kampit baja 16-16-16. Walaupun hujan turun semalam tetapi pokok masih kelihatan kering.Sudah ada yang berputik.