nuff

Sunday, August 8, 2010

Harga getah mencapai RM 2.80 sekati hujung tahun 1949, mengapa?

Sejak menulis blog ini, saya selalu berbual dengan ayah untuk mendapatkan bahan. Ayah nampaknya beri kerjasama. Mudahlah saya meneruskan blog ini.
Kali ini saya nak bawa cerita penanaman getah di kampung Pesagi.
Ikut sejarah, orang Pesagi menanam padi untuk sara hidup mereka. Ini adalah kerja zaman berzaman.
Namun begitu sekumpulan penduduk Pesagi pergi ke Estate Belengu untuk mendapatkan biji getah. Mereka naik perahu besar bergalah ke hulu beberapa hari. Sungguh besar perjuangan mereka. Mereka berpakat dengan buruh ladang untuk menyedudup keluar biji getah itu. Waktu itu biji getah adalah bahan larangan untuk diedar keluar. Mereka bawa biji getah penuh perahu. Bila sampai di Pesagi, mereka mengagihnya kepada beberapa keluarga. Sejak itu beberapa keluarga di Pesagi mula menanam getah. Beberapa tahun kemudian mereka mula mendapat hasilnya.
Keluarga ayah saya hanya ada beberapa ekar sahaja. Mereka menoreh bergilir hari.
Ok, saya buka gelanggang untuk perbincangan selanjutnya.