12ag k0 pasu yang lebih besar. 0Separuh 0 bawah pasu isi daun kering. Selepas itu letakkan pokok terung kerdil itu. Selepas itu isi tanah hitam hingga bahagian akar dan pangkalnya terbenam. Lama
⁰pĺ itu saya himpunkan daun dan ranting kering keliling pokok. Bancuh baja ke dalam sekendi air dan jurus ke pangkal pokok.
Selepas dua minggu pokok makin segar. Sejak itu tiap hari dapat air. Jika dua hari tidak dapat air, kelihatan layu. Kini saya rasa sayang. Dia mula berbunga warna putih.
Kini saya sudah makan jasa. Buahnya bersaiz dua inci bewarna hijau dimasukkan ke dalam gulai asam pedas ikan tenggiri. Sungguh enak.
Bunga putih.
Buah bentuk kurus panjang.
Saya biarkan sebiji kekal pada dahannya hingga kuning. Bila sudah hampir kering, saya petik, belah dan jemur. Kini saya dapat beratus ulas biji benih yang besedia untuk dibiakkan.
Jika cuaca panas, daun kelihatan layu seolah-olah memerlukan air siraman tiap-tiap hari.
29.12.22.... berjaya semai 24 polibag. Mahu semai 50 ulas.
2.1.23....tambah 6 .... jadi 36 polibag
3.1.23...tambah 6 .... jadi 42 polibag
Pokok ini sukar untuk mrmbesar, akarnya berputar di dalam pasu kecil. Ikan jika berada di dalam aquarium tidak boleh membesar seperti ikan di dalam sungai atau di laut lepas. Saya mengagak pokok ini boleh tumbuh lebih lama jika akarnya berada di dalam tanah, serta cukup air dan baja. Syarat utama jika tiada gangguan anai-anai atau kulat. Atas hujah itu, saya mahu pindahkan ke kebun agar ia tumbuh lebih subur.
02.1.23
Hari pemindahan dari tapak lama tepi rumah ke kebun. Letak sabut di keliling pangkal pokok. Sudah siap.
.