nuff

Tuesday, September 30, 2014

Pengalaman di Jepun

U1. Bagaimana saya dapat biasiswa MONBUSHO
2. Perjalanan ke Matsuyama
3. Di Takanoko --- Ehime Daigaku Koryukaikan
4. Naik basikal ke kampus atau naik densha.
5. Tertinggal payung dlm densha.
6. Orang asyik baca surat khabar dan buku sewaktu tunggu di stesen dan dlm densha.
7. Melawat sekolah rendah dan sekolah menengah.... budak tanam bunga mh... budak bentang guna ohp.
8. Budak malu cakap BI dgn guru mereka. Saya diminta bantu cakap BI dlm kelas.
9. Minum kopi di warung bersama cikgu Hashimoto
10. Dapat markah 87% Bahasa Jepun.... Furuya sensei muram.
11. Orang tua ucap GAMBARO dan MAKENAI
12. Cuci lantai stesen minyak enam orang
13. Ida masuk Tadika sakurs.
14. Bas sekolah ssmpai tepat masa 7.34pagi.
15. Ida suka pergi sekolah ramai kawan... masuk padukan pancaragam sekolah.
16. Sukan sekolah ida.
17. Arbaito 1jam.... 2jam
18. Ida... Syafik dan Hanis bergilir bulan pergi klinik
19. Beli kereta
20. Pilihan raya.... bakal pm ada simpan gaisha... tak jadi angkat sumpah.
21. Isi minyak... minta gomi.... beri tuala lap muka dan tolong tunjukkan jalan.
22. Musim gugur .... happa .... musim sejuk..... musim bunga.... sakura. .....musim panas.
23. Murid yg gagal akan belajar sewaktu cuti musim panas.
24. Emak uruskan persekolahan anak. Ajar anak hingga psndai membaca.
25. Belajar Bahasa Jepun.
26. Shokai
27. Orang Jepun tidak makan kepala ikan.

Thursday, September 25, 2014

SOROTAN DASAR PANDANG KE TIMUR

24 September 2014
Seminar diadakan di KIPSAS.

Orang Korea yang jadi petani masuk kerja awal pagi kerja dulu tiga jam baru boleh makan.... tuan haji Razali Mustafar

Lakukan 30minit setiap hari selama tiga bulan pasti akan nampak perubahan sikap dan kecekapan..... encik A Raman Halib.


Jika mahu maju dan tingkatkan produktiviti mesti guna teknologi baru. Ini yang berlaku di Korea. ..... hj Razali Mustafar.
Buat perancangan untuk jangka panjang.. selitkan rancangan jangka pendek untuk pelengkap.
Biar terus bergerak seperti kura-kura. Ada rakan sepanjang perjalanan. Jangan jadi arnab... laju tetapi tidak konsisten. Perangai arnab yang buruk ialah tidur terlalu lama.

Orang Jepun berjalan pantas, kurang borak kosong, murah dengan ucapan terima kasih dan hobi membaca amat positif.

Banyak yang saya pelajari daripada penerangan Razali. Antaranya beliau mengatakan di Korea kalau pegawai itu obes memang tidak menjamah naik pangkat. Mereka sangat menjaga makan minum dan latihan jasmani. Mereka suka mendaki bukit atau gunung serta berbasikal.

Apa yang saya nampak ada di Jepun serta Korea tetapi tiada di tempat kita? Saya ada pengalaman seminggu di Korea dan lebih setahun di Jepun. Saya nampak ramai orang membaca buku atau majalah di dalam keretapi, lapangan terbang dan stesen bas di dua negara itu tetapi jarang nampak orang membaca di sini. Inilah satu perbezaan yang nyata. Membaca boleh dikaitkan dengan kekayaan ilmu. Secara umum boleh dikatakan mereka lebih berilmu. Maknanya kalau mahu maju kita kena ikut amalan membaca. Kita kena laksanakan mulai dari rumah hingga ke sekolah. Ibu bapa dan guru adalah contoh yang terbaik terhadap kanak-kanak.



Friday, September 19, 2014

Mengharungi Sungai Pahang

Aku berdiri di hadapan masjid kampung Pesagi. Aku menoleh ke tebing sungai. Nampak hamparan pasir yang luas. Banyak sungguh kenangan di sini. Mulai belajar tingkatan satu tahun 1967 hingga tamat belajar di universiti tahun 1978 aku menyeberang menaiki bot penambang. Ada juga sekali ayah menghantar aku dgn naik perahu. Ayah kata naik perahu lebih jimat tetapi sangat meletihkan. Apa tidaknya... terpaksa berkayuh tidak berhenti setengah jam. 

Aku terpaksa berjalan kaki dari tebing Ayah Awang Pet terus ke hilir mencari bot yang sanggup menghantar aku ke seberang sana iaitu ke jety tebing Paya Pasir. Jika air sungai surut... pasir menghampar hingga ke tepi tebing. Air mengalir berliku-liku ikut alur. Hanya bot kecil enjin sangkut sahaja yang boleh bergerak meredah alur... kadang-kadang tersadai. Kami kena turun untuk sama2 menolak bot itu. Ini menyebabkan ramai pengusaha bot tidak mahu menghantar ke   seberang. Kalau terjadi begitu... aku terpaksa menapak lagi hingga ke Chedong. sampai ke kedai Tokki Nor. Tokki Nor yang baik hati terus menghantar aku ke seberang tetapi sampai di tebing Tok Amah sahaja. Aku terpaksa menapak lebih jauh dari biasa. Aku menyusur tebing sungai dan seterusnya meredah kebun getah untuk sampai di jalan raya Temerloh-Maran.

Kini tiada lagi cerita ngeri itu. Orang Pesagi terus sahaja naik kereta atau motosikal melalui jambatan di Chenor untuk pergi ke sekolah menengah. Malah ada yang berlang alik tiap-tiap hari ke sekolah. Saya dulu tinggal di asrama. Ada kelebihan tinggal di asrama. Pertama jimat masa dan kedua jimat belanja. Ketika itu yuran makan asrama hanya rm9 sebulan. Purata sehari 30sen. Apa yang dapat dibeli dengan 30sen tahun 1967 hingga 1969? Tentunya ada bantuan makanan dari kerajaan.

Sejarah persekolahanku tidak sama dengan kisah anak hari ini. Kita melalui pengalaman yang berbeza.

Tuesday, September 16, 2014

Mail Sanding & Limah Eda Aji

Catatan 16 September 2014 sewaktu di dalam Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan.

Aku berdiri di tebing sungai Pahang. Aku menoleh ke darat, kelihatan masjid yang berusia 51 tahun. Aku masih ingat, sewaktu aku darjah tiga tahun 1963, KDYMM Sultan Pahang sultan Abu Bakar berangkat ke sini merasmikan masjid ini.

Aku ada kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sewaktu darjah lima tahun 1965. Satu hari sewaktu pulang dari sekolah kami lalu di hadapan masjid ini. Entah apa puncanya aku bergaduh dengan Mail Sanding kawan sekelas. Beberapa orang melihat kami yang sedang bergaduh. Kemuncak pergaduhan itu..... saya membaling batu sekuat hati ke arah Mail. ..... Mail mengelak. Tidak disangka batu itu melayang ke arah dinding masjid. Tiba-tiba kedengaran bunyi "prappp..." Macam bunyi kaca pecah. Tiba-tiba Limah menjerit..."habis .... cermin tingkap habis pecah." Saya terpinga-pinga sambil memerhati ke arah tingkap masjid. Jelas sekeping cermin tingkap pecah jurunya tetapi masih melekat pada framenya. Limah terus bercakap... "nanti cakap kepada guru besar." Aku mula rasa kecut. Kalau budak perempuan lain yang cakap sudah tentu kena penampar aku... Tetapi Limah... aku tak berani sebab aku belajar mengaji quran di rumah dia. Emak dia Mak Awa mengajar aku mengaji. Mak Awa sangat penyabar dan tidak pernah marah kepada kami. Kadang-kadang Limah juga yang bantu mengajar aku. Aku terasa malu sebab di sekolah prestasi aku lebih baik dari dia. Kini terbalik pula. Limah memang handal mengaji quran. Petang itu sewaktu mengaji di rumah dia aku senyap aja. Keesokan hari... aku nampak Limah masuk ke bilik guru besar. Beberapa ketika kemudian aku dipanggil masuk ke bilik guru besar. Selepas soal siasat... aku dihukum satu rotan. Aku keluar selamba aja. Memang aku salah. Kalau boleh peristiwa ini tidak diketahui ayah. Aku masih bimbang..... bimbang Limah melaporkan kepada ayah pula. Kalau ayah tahu tentu aku dapat hadiah lagi. Seminggu aku tak senang duduk.... selepas seminggu aku kembali tenang. 
 Itulah nostalgia kenakalanku sewaktu kanak-kanak di desaku.

Kalau Limah dan Mail baca catatan tentu mereka ketawa. 

Thursday, September 11, 2014

Khasiat Kelopak Putik Durian Belanda

Ada orang kata kelopak putik durian belanda matang bewarna kuning. Akhirnya gugur.

Pagi tadi saya kutip tiga kelopak yang matang. Saya bersihkan, hiris dan rendam dalam air panas. Beberapa minit kemudian saya minum airnya. Terasa lebih enak.

14 September 2014

Saya menunggu kelopak ini matang. Saya agak esok atau lusa ia akan gugur. 

15 September 2014, 5.45pagi

Saya dapati hanya tinggal secebis yang masih lekat. Lima yang lain telah gugur mulai tengah malam hingga 5.45pagi ini. Saya petik yang secebis ini. 
Kini putik durian belanda ini sudah bebas dari dinding yang dua lapis itu.


Inilah rupanya kelopak yang matang. Kelopak luar ada 3 keping kelihatan lebih besar dari kelopak dalam.


Kini semuanya telah berada dalam gelas berisi air panas. 10 minit lagi saya akan hirup air dalam gelas itu.

Tuesday, September 9, 2014

Nota Bahasa Arab - September 2014

8 September 2014


9 Sept 2014

Aduh... kuat sangat lupa.
Ansa....

Heh.... aku mesti cari jalan...
Ya Allah berilah kekuatan kepada aku.
Amin.

Tuesday, September 2, 2014

NASIB SI BULUH TELOR

Aduh sakitnya aku, rasa hendak putus nyawa. Apa tidaknya.... pagi semalam aku bertiga hidup selesa di dalam semak belakang kampung Paya Ladang. Tiba-tiba dua orang datang membawa pengali. Diterjahnya hujung pengali tajam ke tanah betul-betul ke tepi badan aku. "Aduh...", beberapa urat akarku putus. Diterjahnya lagi berkali-kali tetapi hanya beberapa urat sahaja yang terputus. Mereka menggelingkan kepala macam tanda tidak puas hati. Tiba-tiba mereka menghilang. Oh terselamatlah aku.
Setelah sejam berlalu tiba-tiba mereka muncul semula memikul cop kelapa sawit pula. Aku takut melihat cop itu.
Tanpa belas kasihan mereka menerjah kelilingku hingga semua akar aku putus dan akhirnya aku dicungkil. Aduh sakitnya tercabut dari perdu aku. Mengapa aku diperlakukan begitu.
Aku bersama dua puntung lagi dibawa pergi. Tiba-tiba aku diletakkan di belakang kereta proton saga warna biru. Oh lemasnya dulduk dslam tempat gelap ini.

Tiba-tiba aku dipindahkan pula ke kereta proton inspira warna matelik silver pula. Aduh kesalnya aku kerana tidak kenal huruf dan angka. Tidak faham apa ysng ditulis pada plat kereta itu. Aku diletakkan di ruang barang di belakang. Aduh gelapnya. Kadang aku terlambung... tentu kereta ini bergerak laju. Aku terasa perit dan kering. Tiba-tiba aku diangkat keluar diletakkan dibawah pili. Tiba-tiba pili itu dibuka. Oh aku dihujani air sejuk. Oh bahagianya. Terima kasih Tuan aku yang kedua ini.

Oh tiba-tiba aku dipindahkan ke belakang kereta lain pula. Kini aku duduk di bahagian belakang yang terbuka. Lantainya penuh dengan tanah. Tadi lantai karpet yang cantuk tetapi gelap gelita. Kini aku duduk di ruang terbuka. Aku tidak tidak tahu ke mana pula akan dibawa. Kadang-kadang melambung. Macam melalui jalan sempit. Apalah nasib aku?

Aku sampai di satu tempat yang asing. Tiba aku disemai. Kaki aku tenggelam dalam tanah. Tuan tabur baja debu penggalak akar. Lepas itu aku terasa sejuk disiram. Kini aku duduk berdekatan dengan anak pokok kelapa. Di mana aku kini?



Sudah tiga hari aku diletakkan di tepi tiang ini. Tiada siapa yang pperduli. Kebanyakan waktu siang terasa amat panas. Malam rasa nyaman. Aktu tak merasa air siraman walau setitik pun. Oh di mana tuan aku. Mereka yang ada di sini tidak perdulikan aku. Aku mahu berteduh seperti pokok durian belanda dan anak getah di hujung sana. Aku menjerit meminta pertolongan tetapi suaraku perlahan, tidak sampai ke telinga mereka. Inilah nasib aku.
Oh tuan, kalau macam ini lebih baik kembalikan aku ke tempat asal ku. Aku lebih selesa di sana. Teduh dan ramai kawan yang serupa dengan aku.

Tidak disangka kira-kira jam 9.45 malam 5 Sept.14 tuanku datang. Dia menghampiri aku sambil tangannya memegang baldi penyiram warna biru. Badan aku disiramnya. Lepas itu kawanku dua batang itu dijirusnya juga. Oh seronoknya dapat mandi, sejuknya. Barulah terasa nyaman.

6 Sept. 2014.   Seronok betul mandi hujan. Aku sebetulnya mahu hidup. Aku mahu buat jasa kepada tuan aku yang baru ini. 


Monday, September 1, 2014

Kebun Kampung Lompat - September 2014

Tingkatkan kawalan keselamatan.
Tingkatkan penyeliaan terhadap pokok.
Benteras serangan musuh pokok.
Benteras rumput dan pokok liar.
Siram pokok jika seminggu tidak hujan.
Bertindak pantas.
Buat pintu pagar yang lebih kemas.
Baja urea.

Buat rangka khemah guna buluh


 tepi tebing sungai.


Kerja mengisi anak pokok kelapa mataq ke dalam polybag. Marathon menyiapkan 500 pokok semuanya.


Buluh dijadikan rangka khemah.


Masih banyak yang belum masuk ke dalam polybag.

2 September 2014
Dapat tiga puntung tunggul buluh akar daripada Sani. Saya letak dallam polibag.


4 Septrmber 2014
Aduh... terkejut melihat anak pokok durian belanda layu. Daunnya kelihatan layu dan kering.... tak cukup air. Tidak disiram. 
Memerhati polibag kelapa mataq pula. Ada beberapa polibag tidak penuh. Maksudnya tanah dalam polibag tidak penuh. Ini boleh merencatkan pertumbuhan akar.
Tidak boleh dibiarkan. Pagi ini terus beritahu dua orang pekerja. Kecewaian dan kerja lebih asal siap perlu dielakkan.
Sudah lima hari kerja mengisi tanah dan anak kelapa ke dalam polibag.... baru 120 yang telah siap. Purata hanya 24 pokok. Ini kerja main-main. Tinggal dua hari lagi. Adakah boleh disiapkan 380 dalam masa dua hari. Tentu mustahil. Aduh..... kelewatan bermakna tidak efesion dan menambahkan kos.

Ada ruang kosong dalam polibag.

Layu tidak disiram. Malah ada daun yang dah kering. Dua gambar ini akan saya tunjuk kepada dua orang pembantu saya.

8 Sept. 2014
Masih banyak yang belum diisi dalam polibag.


17 Sept 2014
Tabur baja bantuan Kerajaan habis satu bag 50kg.



20 September 2014
Kini tidak boleh rehat..... menyelia.... menebas.... mencabut.... meracun dan membaja tidak boleh tidak. Pagar dan longkang mesti diperiksa sentiasa.

.

21 September 2014
Beli 40 pokok kelapa pandan dibeli dari Zali Pelangai untuk tambahan.

Pemandangan dari jalan raya

Pemandangan dari lereng bukit...


Dua hari tidak tengok kebun rasa tidak selesa. Hari ini 27/Sept 2014 aku hanya ada sedikit masa untuk melawat kebun. Saya pergi jam 5.15pagi. Sampai di kebun 6 pagi. Selat subuh di kebun. Selepas itu jenguk pokok secara randum.Kelihatan subur. Kebun kelihatan bersih dari anak pokok yang tumbuh liar. Pokok liar telah dicantas. 

 
Gambar awal pagi...masih belum dapat sinar mentari pagi.