nuff

Thursday, February 23, 2023

15 Februari 23 hingga 14 Mac

15 September 2023 akan genap empat tahun saya berada di kebun Kampung Lompat ini. Enam bulan terakhir ini penentu kejayaan usaha empat tahun ini. Penentu kejayaan akan dilihat dari aspek pulangan terhadap pelaburan modal. Kejayaan juga dinilai dari segi sumbangan kepada masyarakat. Ada orang yang dapat kerja. Orang yang dapat keuntungan perniagaan hasil dari produk kebun Kampung Lompat ini. Kejayaan juga diukur dari segi faedah yang diperolehi oleh masyarakat dari  hasil penyelidikan di kebun ini. Kebun ini boleh dijadikan contoh kepada pekebun atau meransang orang bersara untuk meminati aktiviti bertani ini.
Persoalan di atas itu amat kritikal untuk diterjemahkan supaya menjadi nyata. Enam bulan terakhir ini serupa seperti pelari 100 meter yang tinggal 10 meter ke garis penamat. Langkah kena kemas, mata kena fokus kepada garisan penamat. Hayunan kaki mesti lebih laju. Pernyataan di atas itu bersifat teori. Ceritanya sedap belaka tetapi apa yang ada di atas tanah 20 ekar itu belum tentu. Boleh diramal, hasil enam bulan akan datang masih belum boleh memberi pulangan yang selesa. ROI nya amat amat rendah. Rekod pendapatan enam bulan terakhir hingga Januari 2023 adah seperti berikut:
Ogos 22.......rm1350. .............67.5
September 22 .... rm1417......70.9
Oktober 22 ......rm1558 .........77.9
November 22 ... rm2188........109.9
Dismember 22.... rm3027......151.3
Januari 23....rm2566.............128.3
Purata pendapatan bulanan setiap ekar bagi tempoh enam bulan tidak sampai rm100 sebulan. Pencapaian yang parah. Ada ketikanya pendapatan tidak cukup untuk membayar upah kepada pekerja. Terpaksalah korbankan dari poket sendiri. Pembelian Input pertanian seperti baja dan racun bagaimana? Menambahkan tekanan perasaan. Perbelanjaan sentiasa melebihi pendapatan.
Menjelang enam bulan terakhir, perasaan saya amat cemas. Saya perlu meningkatkan hasil. Mahu menambah jualan kelapa. Kelapa muda, kelapa tua untuk santan dan kelapa untuk inti kueh sentiasa mencari pelanggan. Persaingan untuk menjual kelapa di kawasan Maran ini boleh dikatakan sengit juga.  Sejak bulan Disember 2023 pekerja lama iaitu Amir yang pulang ke Lombok selama setahun tujuh bulan, telah kembali bekerja di kebun ini. Dua minggu pertama, Amir menanam pisang sebanyak 200 lubang di tapak yang dibersihkan oleh Nawar. Hingga awal Mach 2023, Amir berjaya menanam benih pisang nangka dan berangan sebanyak 400 lubang tetapi hasilnya setahun lagi. Puaslah menunggu pisang masak. Untuk pulangan segera, saya suruh Amir menyelanggara pokok pisang lama yang terbiar. Ada yang berbuah tetapi buahnya kurus. Bilangan sikat dalam setandan  ada 3 sikat aja yang boleh pakai tetapi banyak yang kerdil serta bangkok. Saya mahu mendapatkan pisang yang gebu. Suruh Amir sembur baja folia NPK 19-19-19 yang disembur kepada batang dan bahagian pangkal tandan agar baja dapat segera meresap masuk ke buah. Kini selepas tiga bulan, jualan pisang sudah menyambung sedikit pendapatan. 
Entah berapa ribu pokok Nanas MD2 terbiar. Ulan dan akar telah menewaskan pucuk Nanas. Setahun lebih tidak diperdulikan. Nasib baik masih hidup walaupun lemas. Dua minggu Amir membuang semak yang menutup pokok nanas. Buah nanas dibungkus dengan karung plastik. Kini nanas sudah menyumbang sedikit hasil. Hasil dari buah yang masak dan juga sulor. Jualan sulor semakin meningkat. Bulan februari 23 hasil jualan sulor mencapai rm839. Satu jumlah yang lumayan.
Pokok limau kasturi ada 20 pokok dicelah pokok kelapa. Usianya lebih dari tujuh tahun, tidak diberi perhatian, rajin berbuah tetapi larah sahaja ke tanah. Tidak ambil peduli kerana harganya yang rendah dan juga buang masa memetik buah yang kecil. Kini harga LK di pasar dan di pasar raya sudah melebihi rm7 sekilo. Inilah peluang untuk dapat sedikit wang kopi. Saya bersihkan semak keliling pokok dan beri baja. Dalam setahun tiga kali berbunga. Pokok LK ini ada beri rezeki, saya akan terus menjaganya. Perlu beri baja. 10/3/23 tabur baja NPK 12-12-17.

Pokok kelapa di kebun belakang masih ada yang belum berbuah. Dianggarkan 100 pokok semuanya. Kehilangan pendapatan (100pokok x 7 biji sepokok x1.5 harga sebiji) bersamaan rm1050 sebulan. Perlu ambil tindakan segera beri baja dan garam. Pada 4/3/23 telah beri baja NPK 12-12-17 satu kilo setiap pokok. Suruh Amir beri baja satu kilo kepada satu pokok. Dua minggu lagi beri garam kasar pula. Ini adalah langkah untuk meningkat pendapatan enam bulan dari sekarang. Satu lagi tindakan ialah membakar daun kering depat pangkal pokok agar asapnya naik menyelubungi bahagian pokok yang mengeluarkan pelepah dan buah. Di situ ada semut bersarang, ada ulat dan kadang2 ada tikus. Jika makhluk2 itu terhidu asap ada yang mati, tikuspun tak tahan akan terjun melompat keluar. Ini adalah amalan orang tua zaman dahulu. Ini juga amalan orang dulu mahu pokok yang tidak berbuah agar segera berbuah. 
Peningkatan pendapatan dari jualan hasil menjadi agenda utama masa kini. Pendapatan mesti mampu membayar upah pekerja. Ini yang paling pokok, tidak boleh tidak. Lebihan pendapatan perlu beli baja untuk menjamin kecukupan nutrien pokok. Jika cukup baja dan air, pokok akan beri pulangan yang baik. Jika pendapatan dari kebun tidak cantik, wang dari poket akan mengalir keluar. Amat perit, terpaksalah mengurangkan perbelanjaan.
Dalam hal berkebun ini, jika menanam kelapa, beri baja hari ini kesan positifnya akan muncul berbulan akan datang. Tidak serta merta akan dapat pulangan yang lebih. Tanam pisang, paling awal satu tahun kemudian akan dapat hasilnya. Jika tanam nanas, dua tahun. Jika kelapa, paling awal empat tahun. Durian pula? tidak dapat dijangka. Hingga kini pokok yang ditanam tahun 2018, usia telah lima tahun masih belum ada yang berbuah. 
Rumput dan pokok liar sentiasa mengancam pertumbuhan pokok tanaman. Pertumbuhan rumput liar lebih pantas. Jiika lambat bertindak, habis pokok dipanjat rumput jalar itu. Pertumbuhan rumput seperti lalang juga amat pantas. Memusnahnya cara tebas dan meracun. Menebas lebih mesra alam tetapi tidak mampu untuk memberesnya. Amat cepat ia menyurung. Cara yang lebih ganas, sembur racun rumput. Tiga bulan akan tumbuh semula atau tumbuh rumput jenis yang lain pula. Perang membenteras rumput tidak boleh berhenti. Berhenti bermakna tewas.

Ada banyak tempat kelihatan seperti ini. Rumput kering terkena racun. Beberapa bulan kem.udian tumbuh pula rumput liar yang baru. Permukaan tanah ini tidak dimanfaat, malah membazir wang beli racun, rugi masa dan tenaga kerana menyembur racun. Kualiti tanah juga terjejas kerana kerap menyerap cecair racun rumput.  
Untuk manfaat berganda, saya memulakan usaha menanam rumput napear di lereng antara teres. Tidak mungkin dapat menanam di semua lereng dalam masa satu bulan, mungkin ambil masa lebih dari enam bulan. Bulan Mac ini saya tanam satu lereng dahulu. Rumput yang berusia lima bulan boleh diracik dan beri kepada kambing biri-biri. Ini adalah makanan yang amat digemari oleh kambing.
Pokok durian dan kelapa yang ditanam tidak semuanya hidup. Ini bermakna ada celah yang kosong. Nawar telah mengenal pasti 30 tempat yang boleh tanam semula. Saya putuskan untuk tanam pokok Limau Nipis. Pada awal Disember 22 dulu, saya suruh Amir TUT 20 dahan LN. Lima puluh hari kemudian saya dapat 17 dahan yang berakar. Saya cantas dan semai dalam polibag.
Minggu lepas Nawar berjaya tanam 12 pokok LN yang dihasilkan sendiri. Kos menghasilkan setiap anak pokok tidak sampai satu ringgit. Ini adalah hasil inovasi yang menjimatkan belanja. Usaha ini akan diteruskan lagi hingga berjaya tanam 30 pokok. Pokok  LN ini akan berbuah tiga tahun lagi. Ini adalah program jangka panjang.
Pendapatan bulan Februari 23 sebanyan rm4563. Purata satu ekar rm228. Syukur, ada peningkatan dari bulan sebelumnya. Ada petanda baik. Ada kesan positif kerana kehadiran seorang lagi pekerja. Sumbangan terhadap peningkatan datangnya dari jualan sulor, nanas dan pisang. Namun begitu masih terlalu rendah. Momentum peningkatan hasil jualan sangat diinginkan.
Kini masih lagi musim hujan, cuaca redup dan suhu rendah dari 30 darjah celcius. Orang kurang minum air kelapa, maka permintaan terhadap kelapa muda merosot. Harga kelapa tua pula amat menakutkan. Sebiji kelapa tua yang berkupas rm1.50. Timbul soalan, apa cara hendak dapat pulangan yang lebih dari kelapa?

Tanggal 8/3/23. saya menghadiri kursus menghasilkan minyak kelapa dara. Saya nampak penghasilan MKD adalah satu penyelesaian yang inovatif untuk menambah pendapatan. Dari segi pembikian MKD mudah sahaja tetapi pemasarannya menjadi tanda tanya.  Kaedah promosi jualan  secara on-line perlu diaplikasi. Jika usaha dilaksana segera, promosi jualan boleh dilaksanakan mulai Mei 2023. Ini adalah satu peluang pantas untuk meningkatkan pendapatan.
Biasanya buah kelapa tua saiz kecil dibirkan larah ke tanah. Memang tiada harga. Tetapi hari ini saya ambil 10 biji. Saya kupas dan belah, kelihatan isinya tebal. Walaupun saiznya kecil tetapi isinya masih berharga.
Saya proses hingga dapat santan pure sebanyak 2.09kg. Seterusnya jalankan proses pemeraman  selama sepuluh jam untuk menceraikan minyak daripada daripada air. 
Saya berjaya melakukan percubaan pertama. Mahu lakukan lagi.

MESTI BUAT EKSPRIMEN MENGHASIL MKD sebelum 14.3.23. Telah berjaya melakukannya.

JANGAN BUANG MASA.

Pilih 8 biji
Kupas
Bawa ke Temerloh

















































































































































Thursday, February 9, 2023

Asparagos

20.1.23 ... semai biji asparagus.
09.2.23....kelihatan menyurung
01.4.23... pindah kpd polibag besar.
02.7.23... telah pindah ke tanah.
2.7.23..menghijau tetapi lambat besar.
29.7.23...menghijau tetapi tinggi mcm dulu juga.

18.7.23... sudah keluar pucuk, makan mentah


Sunday, February 5, 2023

15 September 2019

15 September 2019 adalah hari pertama saya melangkah masuk kebun selepas bebas dari tugas rasmi di KUIPSAS pada 16 Jun 2019. Saya ambil masa tiga bulan menguruskan perpindahan dari rumah rasmi KUIPSAS ke kampung Sentosa. 16 September 2023 nanti genap empat tahun saya mencurah keringat di tanah kebun ini. Hanya ada baki tujuh bulan sahaja lagi.

Sudah lama saya mengidam untuk jadi petani penuh masa. Mahu terlibat melaksanakan aktiviti menanam, membesarkan pokok dan juga menguruskan hasil.
Sejak pertengahan tahun 2014 saya serahkan kepada pekerja. Pekerja pula jarang yang kekal lama. Saya hanya meninjau seminggu sekali, itu puQ.n lihat dari jauh. Saya berada di kebun tidak sampai dua jam seminggu.
Orang yang pertama membantu urusan tanam menanam adalah saudara Jama Sulai. Pokok kelapa dan pokok durian belanda yang hidup di atas bukit itu adalah air tangan Jama. Namun begitu kebanyakan pokok durian belanda telah dihapuskan. Tempatnya diganti dengan pokok durian.
Jama tinggal di kampung Sentosa , Maran.. Berulang alik tiap2 hari jumlah jarak 70 kilometer. Banyak duit dikorbankan untuk minyak kereta. Akhirnya Jama mengundur diri. 
Saya diberitahu ada sepasang suami isteri, nama suaminya Rahmat (bukan nama? sebenar) bekerja menorah getah di kampung Caruk Sembilan mahu bekerja di sini. seorang yang rajin tetapi bertahan selama enam bulan sahaja. Dia mahu pulang bekerja di tempat asal. Saya minta Rahmat buat kerja menyiram pokok waktu petang secara ?. sambilan. Waktu itu musim kemarau.
Tidak lama kemudian saya dapat dua orang pekerja baru. Amat dan Ariffin. Ariffin baru menjangkau 20 tahun. Amat berbadan tegap memang sangat rajin. Dia kerja tidak berhenti tetapi penakut. Selalu cerita kena ganggu sewaktu tidur. Ariffin sempat sebulan sahaja. Dia tidak tahan berpanas. Dia hendak kembali bertugas kait buah sawit di Chini. Kini tinggal Amat sendirian. Seperti yang saya katakan.. rajin tetapi takut tinggal sendirian di pondok atas bukit. Tidak bertahan lama. Sebulan kemudian Amat pula cabut. 
Datang pula Bakti dan 
isteri beliau. Bakti kelihatan sangat rajin jika diselia. Isterinya tidak banyak mulut tetapi nampak hasil kerjanya. Beberapa bulan kemudian isterinya mahu pulang ke Lombok. Saya uruskan tiket serta dokumen perjalanan. Saya hantar ke KLIA.
Bakti pula saya uruskan permohonan permit kerja tetapi gagal ujin kesihatan. Bakti juga dihantar pulang ke Lombok.
Kini saya dapat yang baru iaitu Amir dan Samsul. Budak dua orang ini rajin. Harap-harap yang dua orang ini boleh bertahan lama. Selepas satu tahun bertugas, Samsul mahu berhenti. Dia kata mahu pulang. Saya uruskan perjalanannya ke KLIA. Kini hanya Amir seorang. Lama juga Amir kerja sendirian. Mengurus kebun seluas 21 ekar seorang diri bukan calang2 kerja. Tentulah tidak boleh dibereskan dengan sempurna. April 2021 Amir mohon untok pulang bercuti kerana ibunya uzur.Pada waktu itu COVID sedan merebak galas. Dia tetep juga mahu pulang. Saya ikutkan kehendaknya untuk bersama dengan ibunya yang uzur. Tiket kapal terbang waktu itu melambung kepada rm1,500. Amir sanggup korbankan upah kerja sebulan.
Sebelum Amir pulang saya dapat seorang pekerja, namanya Nawar. Rumah Nawar tinggal 500 meter dari kebun. Oleh kerana Nawar sibuk dengan tugas mengurus empat orang anak yang masih sekolah, maka saya beri tugas ikut jam yang dia boleh. Saya lihat Nawar ada kebolehan yang sangat diperlukan. Misalnya membaiki mesin rumput, membaiki chainsaw. Boleh memasang pagar elektrik serta mahir dalam kerja bertukang rumah. Sangat beruntung saya dapat pekerja bernama Nawar ini...
Tanggal 21.4.2021, Amir pulang ke kampungnya.Tinggallah Nawar seorang. Saya tahu Nawar tidak termampu menyelenggara kebun seluas 20 ekar seorang diri. Ke begun belakang, kebun depan semak. Saya minta Nawar utamakan pengeluaran kelapa. Nanas dan pisang terpaksa direhatkan penjagaannya. Kini hasil tanis saya ada yang gagal dipasarkan. Limau nipis ada 20 pokok, buahnya terbiar larah begitu sahaja. Waktu ini kebun kekurangan pekerja. 
Sepatutnya mesti ada dua orang pekerjz sepenuh masa, bekerja lapan jam sehari.kelihatzn semak. Saya memberanikan firi untuk turut serta bersama NNawar.Saya memilih tugas memotong rumput keliling pokok kelapa atau durian. Saya berasa seronok menggalas mesin rumput. Beberapa hari sahaja sudah terasa sangat penat. Pernah satu hari selepas galas mesin rumput satu jam, rasa bumi ini bergelombang. Nyaris tumbang. I I memberi amaranth, tidak boleh jalankan tugas berat untuk tempoh yang panjang. Aku memerlukan pembantu.
Kini Amir meronta-ronta mahu pulang bekerja semula. Sayapun sangat memerlukan tenaganya. Nampaknya pucuk dipinta ulama mandating. Tetapi waktu ini Covid sedang .melanda, bukan mudah untuk merentas negara. Diringkaskan cerita, selepas berbagai usaha, akhirnya Amir dapat memulakan tugasnya pada 30/11/22.
Kini kebun saya ada nampak Rupa kebun. Kerja utama dilakukan Nawar dan Amir ialah menanam 300 pokok anak pisang. Jika perancangan ini menjadi, mulai awal tahun 2024 nanti, upah kerja Amir boleh dibayar dari duit pisang. Mintak-mintak begitulah. Selepas itu saya suruh Amir tut dahan Limau Nipis, dapat 16 dahan. Saya suruh Amir tambah 10 dahan lagi. Selepas itu Amir bertungkuslumus membersihkan kebun di belakang. Saya lihat kebun kelapa 5.5ekar itu telah siap potong rumput dan racun rumput. Kini hilux.. sudah boleh ronda dalam kebun. Kini Amir sedang berusaha memberihkan kebun yang sudah naik belukar. Di dalamnya ada pokok kelapa yang telah dipanjat ulan hingga ke pucuk. IPokok durian juga ada tetapi sedang lemas di asak anak pokok liar. Ini adalah tugas yang mencabar. Nawar pula sibuk menerangkan kebun hadapan. Nawar tahu apa yang mahu dilakukan. Hari ini kebun hadapan sudah nampak semakin kemas. 
Awal Februari lalu saya beritahu Nawar bahasa saya mahu tanam 20 pokok Limau nipis. Saya suruh Nawar tentukan lokasi yang sesuai. Awal bulan Mac 2023 saya suruh Nawar tandakan tempat yang mahu gali lubang. Saya mahu Nawar menanam 25 anak pokok Limau Lipis pada bulan Mac nanti. Lokasi itu akan diberi nama Tanjung Limau Nipis.
Ada seorang lagi yang membantu saya sekali sekala di kebun ini. Dia ialah Majid. Majid sangat mahir memotong rumput dan menanam pokok. Namun begitu saya amat jarang dapat menggunakan khidmat beliau. M seorang yang sangat sibuk. Bertugas untuk majikannya. Jika ada masa terluang barulah saya dan orang lain dapat bantuannya. Upah kira ikut hari. Dalam satu bulan , secara purata saya hanya dapat satu hari setiap bulan. Sehari Majid datang, sebulan kemudiaan akan nampaklah pokok napear sudah mula melonjak.

Saya berdoa kehadrat Allah agar kesihatan kami dipelihara dan boleh memberi khidmat yang cemerlang.

Kejayaan kita dalam berkebun sebahagian besar terletak kepada kebolehan mengurus pekerja. Sebastian lagi terletak kepada kerajinan kita mencebur diri secara langsung secara hand's on di dalam kebun.