nuff

Friday, January 15, 2016

Belajar di Lembah Mekong

15 Januari 2016.
Meninjau tanaman durian belanda di Colg Kong, perjalanan tiga jam dari Ho Chi Minh.
Dalam perjalanan menyeberang sungai naik ferry in Cho Gao district.

Berbincang dengan ketua komuniti kampung Tan Phu.

Di hadapan Pusat komuniti kampung Tan Pau, Lembah Mekong.

Di kebun encik Van Gou

Encik Van Gou menerangkan tentang
buah durian belandanya.

Tidak sia-sia mengembara beribu batu. Dapat ilmu yang berguna.

Sunday, January 10, 2016

HOW SUCCESSFUL PEOPLE GROW

Buku ini saya beli pada 23/3/15 di Kyobo Book Store, Seoul tetapi tersimpan lama. Saya mula membacanya awal bulan ini.

Banyak pengajarannya. Antaranya petikan yang menyentuh perasaan saya ialah "Motivation get you going. Displine keeps you growing."

APA yang biasa buat itulah yang menentukan masa depan. Daily habit decide your future.

Orison Swett Marden berkata, "Ada orang dilahirkan mud kekal mud. Sedih.... Ada orang dilahirkan marble t

Mengkagumi idola iaitu orang yang telah buktikan kejayaannya. Ini memberi motivasi dituruti pula dengan tindakan atau kerja yang kemas Dan ada unsur inovasi secara berterusan. Displine diri yang tinggi. Hadapi cabaran dengan tabah. Pasti membuahkan hasil kemudian hari nanti.

Kecemerlangan dan hasil kerja yang bermutu bergantung kepada tenaga dan komitmen kita.

Sunday, January 3, 2016

KEBUN KG LOMPAT JANUARI 2016

Moto tahun 2016 ialah KESEMPURNAAN. Bermaksud menanam pokok di ruang yang masih kosong dan pokok mesti kelihatan subur.

Banyak kerugian sebalik kejayaan. Perlu ataysi segera.
Banyak kesilapan akibat tiada panduan. Perlu betulkan segera.
Pagar kebun belakang tidak kukuh, kerap diceroboh oleh babi. Banyak pokok kelapa musnah. Dianggarkan kerugian rm8000. Nasir kata tabur ubat gegat keliling pangkal pokok kelapa. Babi tak suka bau itu. Saya akan Cuba tektik ini.
Pokok kelapa yang ditanam di teres kebun hadapan tidak subur. Perlu pindahkan me kebun belakang. Gerakan memindah telah dimulakan pada 3/1/16. Sebanyak tiga pokok telah dipindahkan.

Target tahun 2016.
1. Pagar yang kukuh
2. Menanam 1500 anak pokok kelapa di kebun belakang dalam masa enam bulan.
3. Tanam 300 pokok durian belanda di kebun hadapan dalam masa tiga bulan. Telah tanam 30 pokok pads 4/1/16. Baki belum tanam 270 pokok.Tanam 40 pokok pada 11/1/16. Tanam tiga pokok pada 14/1/16. Tanam dua pokok pada 24/1/16. Baki belum tanam 225 pokok. 
4. Semai 3000 benih durian belanda.
5. Tanam 200 pokok pisang Lemak Manis.

Berjumpa Hj Rahim di pekan sehari Maran pagi ini. Beliau berkata, "Pokok durian belanda akan mati selepas dua Kali berbuah. Sebabnya... pangkalnya buruk diserang kulat akar. Akar akan kering. Lepas itu anai-anai pula menyerang."
Satu maklumat berguna daripada seorang yang Arif dalam bidang pertanian. Kenyataan INI memberi amaran terhadap usaha saya. Saya perlu adakan langkah pencegahan. 

Kalau pertumbuhan pokok lain lebih 100 batang tidak terganggu, insyAllah enam bulan akan datang 100 pokok akan berbuah seperti di atas. Racun kulat, racun anai2 dan baja perlu beri ikut jadual. Jika panas berpanjangan perlu siram.

Ada yang melonjak serta rendang. Ada yang meranting.
Pertemuan dengan encik Mohd Sanusi pada 9/1/16 sangat bermakna. Beliau mengatakan pagar mesti kukuh. Bahagian bawah konkritkan.

10/1/16
Banyak pokok kelapa yang rosak. Penceroboh meredah pagar. Pagar kebun belakang masih rapuh. Jangan marahkan dia. Sebaliknya cari jalan membina pagar yang kukuh.

11/1/2016, 9malam.
Melaksanakan kawin bunga.

Debunga jantan disapu kepada putik menggunakan berus lukisan. Yang sebelah kanan belum matang.

13/1/16
Beri penerangan kepada Jama kaedah bina pagar Tanah yang disewa. Ingat, tahun 2016 adalah Tahun Kesempurnaan.

15/1/2016
Hari ini saya menimba ilmu dari orang yang berpengalaman tentang durian belanda. Saya pergi ke Lembah Mekong until memperolehinya.

Encik Van Gao sedang memberi tunjukajar kepada saya.

Rasa berbaloi walaupun beribu batu jauhnya perjalanan kali ini. Pegawai pertanian Dan ketua komuniti di sini sangat baik hati. 

Serangan hebat musoh. Ranap lebih 400 pokok. Engkau mengamok dalam kebun aku. Tiada belas kasihan. Ini sudah melampau.
Perlu kukuhkan pagar.

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk berbudi kepada bumimu ini. Sesungguhnya banyak dugaan yang aku hadapi."

Ketika yang getir.
1. Pekerja berhenti
2. Musoh memuncak menyerang
3. Luahan kurang yakin orang di sekeliling
Inilah dikatakan cabaran.
31 Januari 2016
Iklan kerja borong.
1. Meracun  rumput sekitar pagar Dan dlm kebun.
2. Membetulkan pagar.
3. Membaja
4. Meracun kulat, racun serangga Dan racun anai2 di pangkal pokok Dan daun pokok.
4. Mencuci pangkal pokok kelapa durian belanda Dan nenas.
5. Menyiram jika tiada hujan tiga hari.

Lebat. Ada Lima peringkat. Buah sulung dah lapan minggu.... Lima minggu lagi noleh petik.