nuff

Friday, June 30, 2017

Ikut yang cemerlanag & produktif

PERISTIWA PERTAMA.

Sewaktu remaja dahulu saya pernah ikut jejak langkah orang cemerlang dalam pelajaran. Saya dengar temuramah radio RTM pada bujung bulan Mac 1972. Hasilnya saya juga memperolehi kecemerlangan tersebut. Satu kejayaan dikongsli melalui media, komunikasi populer ketika itu. Oleh kerana betapa mendalam dan berkesannya nostalgia itu maka saya rakamkan dalam bentuk tulisan. Saya tuliskan kisahnya dalam sebuah buku RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Telah berlaku peningkatan mutu pendidikan, saya dapat kelulusan yang baik. Banyak faedah yang saya kecapi berpanjangan. Saya dapat faedah dari sudut ilmu dan juga ekonomi.



PERISTIWA KEDUA

Semalam saya bersama dua orang anak saudara, Topek dan Zizol kebun pisang di Paya Ladang untuk meninjau hasil kerja yang cemerlang. Meningkatkan pengeluaran hasil tani. Lawatan tinjauan singkat 30 minit yang memberi motivasi yang amat mendalam. Terima kasih kepada T dan Z kerana membuka minda saya melalui tinjauan lapangan. Pemilihan projek yang sangat tepat.

Pokoknya besar dan tegap. Jantungnya besar. Buahnya kelihatan besar dan bilangan sikatnya banyak. Tandannya panjang. Berat buahnya mencapai 40kg. Kebiasaannya 25kg sahaja. Lonjakan 60%.

Pokoknya rimbun. Daunnya subur menghijau. Pelepah yang melempai dicantas. Dipangkalnya terdapat paip air yang sentiasa membekalkan air secukupnya. Setiap pokok pisang memerlukan air 8 hingga 12 liter sehari.

Pangkal pokok tiada sulor yang menyurung, semua dipotong. Memang lain dari kebiasaan. Biasanya orang simpan satu anak bila pokok pertama berusia empat bulan. Bila induk berusia lapan bulan satu lagi anak sulor dibiarkan menyurong. Petani kita simpan tiga pokok pada setiap masa. Ada juga yang simpan hingga 10 pokok. Alasannya sayang untuk ditebang. Pengusaha ini hanya memilih satu sulor yg jauh dari pokok bila pokoknya telah ditebang. Baja 100% diambil oleh satu pokok. Pengusaha ini tidak mengambil anak pokok selagi pokok induk tidak ditebang untuk mengelakkan akar induk terputus. Anak pokok hanya akan diambil bila pokok induk ditebang.
Sangat berbeza dengan amalan biasa petani kita. Petani kita menyimpan beberapa batang disekeliling induknya. Maka baja dikongsi, berlaku perebutan baja dan air. Hasilnya tidak seberapa, timbangan buahnya ringan, sedikutlah wang yang diperolehi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Langkah segera yang perlu diambil.
1. Bina satu stor/ rumah pekerja.
2. Beli enjin dan pam air.
3. Buat takungan air hujan.
4. Beri baja NPK dan baja tahi ayam secara berjadual. Telah beri pada 2/7... 2 baris NPK & 2 lagi baja asli. ✔Akan ulangi pada 9/7, 16/7, 23/7,30/7.
5. Ratakan permukaan tanah untuk takungan air hujan.
6. Cukupkan tanam pisang LM enam baris. 210 pokok.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
1.Lihat .... tinjau
2. Rakam .... kaji/fikir
3. Percaya ..... kenali kebaikan/kelebihan
4. Rancang
5. Lakukan
6. Maintanance.
7. Cari pasaran.
8. Rakan yang berpengalaman.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dipetik dari buku First Things First, m/s 25.
Inilah prinsip yang perlu diikuti.

10/7/17. Buat tinjauan di taman Mangala Resort & Spa. Kelihatan pokok kelapa subur. Ada ponjot tergayut pada pelepah. Di dalamnya adalah furadan. Teknik menghalau musuh. Kaedah ini patut ditiru.

15/7/17
BUAT SEMPURNA MELEBIHI TARGET

Target hari ini mengisi tanah dan letak anak pokok kelapa 15 polibag semuanya. Hingga senja tadi dapat 11 pokok.  Pagi2 lepas subuh, 6.30pagi siapkan 6 lagi, jadi 17 semuanya.

17/7/17
AMALAN GOTONGROYONG

21/7/17
YB Dato Nazlan beritahu... pengusaha db di Johor mengatakan pokok db memerlukan banyak air.

30/8/17
Tiger Woods ad: "relentless consistency, 50 percent; willingness to change, 50 percent."

11/9/17
Beli dua pam racun guna bateri untuk cepatkan kerja. 

Teknologi 4.0
Automasi,
 internet of Things, 
analisis dan big data, 
simulasi, 
Integrasi sistem, 
penggunaan robotik 
dan cloud.

Friday, June 2, 2017

Kebun Kampung Lompat Jun 2017

Ada orang kata buat apa masih kejar dunia pada usia 60+. Masih tidak cukup duit kah? Kalau setakat nak hidup dengan wang pencen memang sudah cukup. Rasullalah pernah bersabda " Jika dalam genggamanmu ada biji benih, dan walaupun esok engkau akan mati, teruskan menanam biji benih itu." Sungguh besar pengertiannya.

Genap tiga tahun usaha menanam pokok durian belanda.

1. Bubun kelapa pandan 11 batang.✔
2. Bubun pokok durian belanda.✅
3. Bakar sakibaki longgokan kayu.
4. Baiki pagar hadapan.
5. Racun birai pagar bhg luar kebun belakang.
6. Racun rumput kebun belakang ikut lorong.✅
7. Beli baldi/serkup .... 20 buah.
8. Bungkus putik durian belanda 200 biji.✅ Teruskan lagi minggu hadapan.✔
9. Bersihkan rumput keliling pokok pisang. Suruh Amir racun.✅Siap.✔
10. Letak baja pangkal pokok kelapa dan db kebun satu ekar di belakang.✔ Teruskan lagi minggu hadapan.

11. Tanam 150 anak pokok pisang berangan.✔ Mahu tanam 150 lagi. Sudah letak benih pisang di kawasan yg hendak tanam. Telah racun tapak.✅✔

12. Beli furadan 25kg harga rm108.✔ suruh Amir benteras ulat penyerang pokok kelapa dgn menabur furadan dicelah pelepah.✅✔

13. Perlu tingkatkan pertahanan pagar. Bahagian bawah perlu tutup dgn zink dan apit dengan batang besi. (18 + 7 + 25) rantai. Telah beli 100 keping zink panjang 8' dan tiang besi 103 batang harga rm3902.✅ Pasang selepas raya.

1/6/17 .... jual limau kasturi dapat rm20.✔

Kalau tanam getah dua tahun lagi baru boleh toreh untuk merasa hasilnya.
Jika tanam sawit sudah boleh cop buahnya untuk dapat hasil.
Tanam durian belanda? Sudah berbuah tetapi banyak yg buruk. Kena ada usaha yg gigih utk merasa hasilnya seperti membungkusnya. Aku bersedia menghadapi cabaran ini.

4/6/17.
Lihat keseluruhan kebun. Perlu beri perhatian kepada pokok db yang telah berbuah. Banyak pokok ada sarang semut. Semut merayap hingga duduk pada buah db. Kena guna racun serangga untuk memusnahkan koloni semut ini. Sempat balut kira2 50 putik db.

Ronda kebun belakang. Pokok db yang ditanam hujung tahun 2014 ada yang telah berputik.

Beri baja organik kepada pokok kelapa tapak nenas.✔

Kebun belakang nampak kemas.

Anak kelapa yang baru tanam ada yang dimusnahkan. Ini adalah perbuatan monyet. Saya letak ketulan belacan celah pelepah. Harap2 tektik ini menjadi.

Rancangan 10/6/17
1. Bubun kelapa pandan di kebun 4.5 ekar. Periksa baris yg dkt paya. ✔
Suruh Amir potong rumput lorong untuk tanam anak kelapa. 
2. Angkut baja ke kebun 1.5 ekar untuk tabur terus ke pangkal pokok kelapa dan pokok durian belanda. Tabur juga kpd kelapa dlm kawasan segitiga dkt ibu bateri._✔
3. Bersihkan rumput sekeliling pokok pisang. ✔
Siram pokok pisang guna air mengandungi baja. Pindahkan tunas baru pisang. ✔
Pindahkan juga anak pisang dekat belukar belah hilir.✔
4. Baiki pagar dekat serai.
5. Bungkus 50 putik db.✔
6. Periksa pagar kebun hadapan.

Rancangan 11/6/17
1. Tanam 150 pokok anak pisang berangan.✔
2. Pinjam tiga orang pekerja abang Long untuk kerja meracun.✔

Rancangan 12/6/17
1. Dua orang pekerja tambahan separuh hari untuk kerja meracun.

Jual betik muda 14kg., dapat rm20. Syukur alhamdullilah.✔
Tindakan segera untuk sembur racun serangga kpd pokok durian belanda yg. ada sarang semut.✔

TIDAK BOLEH TEWAS. BANGUN SEGERA MENGATASI SEGALA RINTANGAN. PASTI BOLEH. JANGAN LENGAH LAGI. TELAH LALUI 80% PERJALANAN. BUATLAH YANG TERBAIK. DEDIKASI PASTI DAPAT HADIAHNYA.
Telah tebas 10 pokok yg dipanjat ulan. Tanam 9 pokok anak pisang lemak manis. Benteras semut yang buat sarang. Ambil 150 anak pokok pisang berangan dari kebun abang Long. Suruh Amir tanam.✔

Inilah penghiburku. Putik kelapa ada 10 biji, barap-harap akan lekat. Ini sulor yang keempat. Yang pertama tidak lekat. Yang kedua satu dan yang ketiga lekat 2.
 ( 0, 1, 2 , 10 )
Mayam pertama ..... tidak lekat putik
Mayam kedua .... lekat satu putik
Mayam ketiga .... lekat dua putik
Mayam keempat .... lekat 10 putik

Terdapat beberapa batang pokok kelapa yang kerdil dan pucat. Perlu rawatan. Racun hama, racun kulat dan racun anai2. Selepas itu berikan baja 15x3 /baja organik dan siram. Lihat perkembangannya.

18/6/17
Mayam yang kelima. Nampak ada 8 putiknya. Tetapi  mayam yg ketiga sudah gugur satu, tinggal satu sahaja.
( 0, 1, 1, 10, 8 )

24/6/17
Sangat bahaya. Musuh semakin berani. Pokok ubi kayu dekat rumah digalinya.

26/6/17
Banyak yang ketot.




Empat pokok ini terbantut pertumbuhannya. Pagi ini saya beri dua cebok baja asli tahi ayam campur sekam padi. Saya mahu lihat apa perkembangannya minggu depan. Adakah memadai dua cebok itu?
Perlu tambah baja dua skop lagi. Perlu bubun juga yang mati.

27/6/17
Sempat ambil masa dua jam pagi untuk tanam 11 batang anak pokok pisang lemak manis dibantu oleh Amir. 7 dari belakang rumah dan 4 batang dari yang cambah dari pokok yang ditanam bulan lepas,

27/6/17... 4 anak pokok pisang LM telah dipidahkan.
29/6/17.... 2 aak pokok dipindahkan.

Telah mula keluar bunga  di kebun belakang, dijangka 200 pokok akan mula berbuah awal tahun 2018.

28/6/17
Berjaya gali 13 benih pisang Lemak Manis di kebun adik Mat dan sudah tanam 7 pokok di kebun belakang kg Lompat. Target 200 pokok. Kini ada 150 pokok. Esok cuba ambil 15 lagi. Dapat 20, lebih 5 dari target.✔

 30/6/17.
Target 20 anak benih pisang lemak manis.✔ Dapat 23, lebih 3 dari target.